Wednesday, October 30, 2013

LAPORAN SANDARAN - PENILAIAN PROGRAM



a.  Pemerhatian
Melalui pemerhatian selama empat hari, latih tubi secara berkumpulan telah meningkatkan interaksi  sesama rakan, saling membantu dengan menerangkan kepada rakan yang kurang faham. Teguran juga dibuat jika dilihat ada ahli yang mementingkan diri dengan membuat penyelesaian secara berseorangan tanpa mempedulikan rakan-rakan di sekeliling yang memerlukan bantuannya. Pergerakan guru dari satu meja ke meja yang lain untuk melihat dan mendengar penerangan ahli dalam kumpulan dengan membuat peneguhan atau pembetulan jika perlu.

 b.  Penyelesaian soalan
Bagi setiap topik yang dipilih sebagai latih tubi, setiap kumpulan akan diminta menyediakan satu salinan penyelesaian untuk dinilai kefahaman dan kerjasama dalam kumpulan. Kumpulan tercepat dan tepat jawapannya akan diberikan markah tertinggi dan pada akhir program ini akan muncul kumpulan yang menang dan mendapat hadiah.

Hasil dapatan borang penilaian program:
                     Pengisian Program
i.              Tajuk
Tajuk yang dipilih adalah daripada Kertas 2, format SPM tahun-tahun lepas. Semua pelajar bersetuju tajuk yang dipilih amat penting dalam peperiksaan SPM, sudah dikenal pasti tajuk tersebut dan bentuk-bentuk soalan. 100% pelajar menyatakan kandungan soalan adalah menepati aras kesukaran pelajar dalam menyelesaikan masalah secara aplikasi. Pelbagai bentuk soalan memberikan ruang pada pelajar mengetahui selok-belok penggunaan formula berdasarkan kefahaman dan isi kandungan soalan.

ii.            Persembahan
       Bentuk aktiviti adalah perbincangan dalam kumpulan di mana ahli yang mahir atau dapat menyelesaikan masalah perlu membantu rakan dalam kumpulan yang belum memahami. 94 % pelajar bersetuju kaedah ini kerana kumpulan 6 orang sangat sesuai sebagi kumpulan perbincangan. 97% pelajar menyatakan interaksi sesama ahli berjalan dengan baik memudahkan untuk bertanya.
iii.           Logistik Kursus  Dan Urusetia
Kursus ini diadakan di d’Village selama dua hari satu malam, pelajar seramai 4 orang ditempatkan dalam satu bilik yang berhawa dingin, 86% pelajar merasai satu keseronokan , hanya 4 pelajar yang biliknya bermasalah penghawa dingin merasakan tempat ini kurang sesuai. Penyediaan makanan yang banyak dan menyelerakan  juga menggembirakan pelajar semasa menjamu selera. 91% pelajar amat gembira kerana dapat membuat rekreasi di kolam renang yang disediakan. Ini memberi  peluang kepada pelajar yang belum pernah merasai bermandi manda di kolam renang. 
Rumusan Penilaian Program
Dalam program ini, disediakan 3 tajuk  dan satu tazkirah daripada penceramah jemputan telah menarik minat pelajar, majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa dengan harapan dapat membentuk hati supaya bersungguh-sungguh membuat latih tubi dan berusaha mengingat formula-formula asas dalam penyelesaian. Pada malam hari pula, selepas tazkirah diadakan solat hajat supaya pelajar dapat mendekatkan diri serta memohon untuk diterima doa mereka. Harapan pihak kami ialah pelajar dapat membawa amalan-amalan yang dilaksanakan dalam program ini untuk kehidupan mereka di rumah.  
Pada  keseluruhannya, program ini berjaya bukan sahaja meningkatkan markah pelajar malah dari segi semangat untuk belajar Matematik Tambahan kerana mendapat kaedah yang pelajar rasakan mudah dan selama ini merasakan tiada harapan lulus kerana selalu gagal menyelesaikan masalah aplikasi. Walaupun seharian menghadapi latih tubi, pelajar tetap setia tanpa cuba mengelakkan diri kerana suasana dalam bilik yang selesa dan sentiasa mendapat bimbingan guru yang sentiasa bersama. Perbincangan sesama rakan meningkatkan motivasi untuk meneruskan kepada soalan yang berikutnya.
(Rujuk lampiran 18 dan 19) Bagi soalan pertama, ujian pre-test bagi Index Number menunjukan 12.0% gagal mendapat markah dan selepas ujian post-test hanya 6.0% sahaja murid gagal. Ini menunjukkan ada kesan positif latih tubi yang dijalankan, di mana hampir  semua pelajar   telah dapat meningkatkan markah. Begitu juga bagi tajuk Solution Of Triangle, semasa pre-test 30% pelajar  tidak mempunyai idea untuk menjawab, tetapi post-test menunjukkan hanya tinggal 16% pelajar yang tidak dapat menjawab. Bagi tajuk Differentiation pula, keputusan pre-test 44% pelajar tidak mendapat markah , setelah latih tubi  masih terdapat 32% pelajar yang masih gagal menguasai tajuk ini. Ini bermakna tajuk ini perlu diberi banyak lagi latih tubi.
Keseluruhannya, ada peningkatan kefahaman pelajar setelah latih tubi diadakan berdasarkan peningkatan markah ujian dalam post-test.  Daripada 23 pelajar yang mengambil ujian pre-test dan pos-test didapati seorang pelajar  (4.3%) tidak mengalami perubahan markah bahkan kehilangan markah pada tajuk tertentu. 22 orang pelajar telah meningkat markah dari  lapan hingga lima puluh enam markah.
% Peningkatan
0 - 9
10 - 19
20 - 29
30 - 39
40 - 49
50 - 59
Bilangan pelajar
3
5
4
7
3
1
        
 Jadual 9: Peratus peningkatan markah dan bilangan pelajar
Tajuk yang perlu diberi perhatian iaitu Differentiation, ia perlu ditambah soalan dan masa latih tubi perlu ditambah supaya pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab. Tindakan susulan juga perlu diambil pada pelajar yang telah dikenal pasti kerana belum dapat menguasai soalan penyelesaian segi tiga. Bagi tajuk Index Number  pula kebanyakan pelajar telah dapat menguasai dengan baik.
Memandangkan masa untuk latih tubi bagi satu tajuk hanya dua jam adalah tidak mencukupi kerana bagi kertas dua, setiap soalan memerlukan masa menjawab dua belas minit , sudah tentu tidak sampai 10 soalan dapat diselesaikan dengan penuh kefahaman. Sebanyak 6 soalan sahaja dapat dibuat, pelajar hanya menguasai atau mendapat asas utama sahaja, maka dicadangkan masa yang lebih lama diperlukan untuk latih tubi pada masa akan datang iaitu satu hari hanya satu tajuk sahaja supaya fokus pelajar lebih mendalam.




No comments:

Post a Comment