OBJEKTIF DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu
setiap anggota perkhidmatan
awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan
(knowledge)
yang bersesuaian, melalui program pembangunan
sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan
pembelajaran berterusan
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam digubal untuk mencapai
objektif-objektif berikut:
i. Menyediakan anggota yang
berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi;
ii. Mencapai hasil kerja
yang berkualiti / bermutu tinggi;
iii. Meningkatkan
kompetensi dan produktiviti;
iv. Membentuk nilai-nilai
murni dan sikap-sikap positif;
v. Mewujudkan nilai cipta (value–creation) dan
nilai tambah (value–added) di dalam sektor awam; dan
vi. Menyediakan hala tuju
kemajuan kerjaya..
STRATEGI PELAKSANAAN
Dasar Latihan Sumber
Manusia Sektor Awam dilaksanakan dengan menggunakan strategi-strategi
berikut:
i. Setiap Kementerian /
Jabatan hendaklah menyediakan peruntukan tahunan bersamaan
sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk
tujuan latihan;
ii. Setiap Ketua Setiausaha
Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota
masing-masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya
tujuh hari setahun;
iii. Penubuhan Majlis
Latihan Sektor Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam bagi pelaksanaan di peringkat pusat.
iv. Penubuhan Panel
Pembangunan Sumber Manusia.
TANGGUNGJAWAB
ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM
i. Merancang keperluan
kursus yang bersesuaian dengan tugas, objektif Jabatan dan pembangunan
diri;
ii. Menghadiri dan
mengikuti kursus yang diluluskan atau ditetapkan dengan penuh komitmen dan
jaya;
iii. Menyedia dan
mengemukakan laporan kursus kepada Ketua Jabatan masing-masing setelah
selesai menjalani kursus berkaitan; dan
iv. Mengemukakan salinan
sijil / dokumen berkaitan bagi tujuan pengesahan kehadiran kursus
dan bagi tujuan rekod kepada Ketua Jabatan masing-masing
sebaik sahaja tamat menghadiri kursus.
No comments:
Post a Comment