Sukar untuk aku menghadapi. Dalam ruang pekerjaan yang semakin mencabar ini tentunya cabaran terlalu banyak menekan. Aku keseorangan di atas..Pendakian karier ku tidak seiring dengan kehidupan ku di luar sana. Tiada siapa yng memahami diri ini. Tiada siapa yang bole kuletakkan kepercayaan....Namun, tak kan ku biarkan keseorangan ini membunuh cita-cita ku.
Itu hanyalah perasaan ku...aku hanya menilai dari pandangan ku...tidak! tidak...!!! aku bukan keseorangan. Disekeliling ku ada teman penguat semangat..ada pentadbir menjadi anchor ku..ada guru menjadi pendorong untuk aku terus kuat menerajui sekolah ini. Ada pekerja yang sering tersenyum menanti aku menegur mereka..aku ada segalanya..huhuhuhu... tekadang kala aku lupa..mereka lah yang mengisi kekosongan dalam hati ini..Merekalah penguat jiwa...
.
.
Anak-anak ku, kehadiran ku di sini memaksa untuk kau sedar dan bangun dari lena mu.. Mama tiada daya lagi untuk menjadikan engkau insan yang inginkan kejayaan. Hadirnya mama dalam bicara mama yang agak panjang tadi hanyala bertujuan memberi inspirasi untuk kau transform kepada yang lebih baik. Tiada yang mama mau..mama hanya maukan kau punya cita-cita. Kau punya impian untuk hidup senang di kemuadian hari.
Kau akan menghadapi SPM pada tahun ini..tak kan kau ingin habiskan kehidupan di sini menjadi sia-sia.. Sayang, hargai kehidupan kamu hari ini..kerana kehidupanmu selepas SPM merupakan kehidupan yang berpijak di dunia nyata..Pada ketika itu kau akan sendiri..tiada lagi mama melontar kata..tiada lagi kata nasihat dapat kau dengar dari bibir mama. Segala-galanya dah berakhir..Keluarnya diri mu selepas SPM bermakna kita tidak punya pertalian lagi..cuma mungkin kau ingati mama sebagai seorang guru dan pengetua .
No comments:
Post a Comment