Sunday, January 12, 2020

SELANGKAH KE PERJALANAN YANG INFINITI

Tika aku mengikrarkan akujanji sebagai  pendidik,ia merupakan suatu amanah yang  kelak akan dipersoalkan. Samada aku  melakukan dengan rela atau terpaksa, amanah itu perlu dipikul dan aku adalah akauntable terhadap kemenjadian anak-anak murid ku. Kini telah menjangkau 33 tahun aku dalam perkhidmatan..dan masih gigih mengkotakan janji ikrarku.

Anak-anak ku, sejak aku menjadi pengemudi kapal di sekolah ini, aku telah melihat jatuh bangun kamu. Ada yang meneruskan perjalanan terus ke mercu gading. Ada yang terus meneruskan kehidupan menyambung legasi ayah ibu yang masih merangkak dan ada yang telah terdampar hanyut terus...Aku melihat semuanya penuh keinsafan.

Bagaimana aku dapat mengseimbangkan antara dunia dan akhirat?. Bagaimana aku menyuntik kerohanian kepada anak-anak ku yang pelbagai kaum dan agama? Bagaimana tika aku melangkah ke sekolah ini, aku melihat kekurangan yang perlu aku teguhkan?. Bagaimana aku menyatukan warga sekolah dalam membentuk pasukan yang mantap dalam membangunkan sekolah ini. Bagaimana aku melengkapkan prasarana dalam memberi kemudahan kepada semua warga?.

Andai ku hitung ku baca..sukar aku nyatakan bertapa segala-galanya tak pernah terfikir. Bersama ku sentiasa ada Allah. Tiada yang kebetulan...segalanya semua dalam perancangan Allah SWT. Aku tidak menjangkakan setelah 5 tahun berada disekolah ini. Kini aku telah dapat bernafas lega..Pada saat aku menghadapi murid yang seperti kehilangan ibu, yang kehilangan kasih sayang yang seterusnya memberi impak kepada keputusan akademik mereka. Aku berdiri teguh berbicara tentang cinta, mencurahkan segala kasih sayang disamping meneguhkan akademik dengan pelbagai program..Ku kuatkan barisan pentadbir dan guru...aku berbicara tentang keikhlasan yang tidak bole diukur tidak bole dipersoalkan.

Bagaikan kapal yang membawa muatan yang patut dibuang sahaja...ku jagai dan aku kemudikan perlahan-lahan dalam mengharungi lautan bergelora...sangat mencabar. Ya Allah, tanpa bimbingan mu tak mungkin aku dapat melakukannya. Engkau sentiasa memberi aku ilham bagaimana untuk aku menerajui sekolah ini.

Syukur alhamdulilah, tahun pertama saja telah mula dapat dirasai iklim positif ini...Tiba-tiba segala bantuan dan peruntukan datang..setapak demi setapak ku kembangkan fizikal yang kondusif. Guru-guru semakin berusaha ingin memajukan organisasi ini. Selaras dengan berkembang digital dalam pendidikan..aku terus tidak pandang ke belakang, ku perkenalkan eRPH..dan terkial-kial guru-guru
ku meletakkan momentum terhadap digital. Syukur alhamdulilah..seperti satu kebetulan aku dikurniakan 2 orang guru yang mahir dalam IT. Terima Kasih Faizal dan arwah Zaty.. kamu berdua telah memulakan dan seterusnya kita ke hadapan walaupun sekolah kita dihujung tanjung dan sering 3 terkebawah dalam pencapaian akademik. Namun dari segi pembestarian kita dalam kelompok 20 terbaik di Melaka... Kokurikulum kita juga mulai disegani.

Terima kasih semua..aku tetap akan meneruskan perjuangan ini sehingga hari terakhir aku dalam perkhidmatan. Doakan kita dalam lindungan yang esa.

No comments:

Post a Comment