Saturday, April 11, 2020
PENERANGAN RINGKAS SURAH AL AHZAAB AYAT 33
*APAKAH BENAR ADA KAITAN SURAH AL AHZAAB AYAT 33 DENGAN DENGAN LARANGAN KELUAR DARI RUMAH EKORAN PENULARAN WABAK COVID19 (VIRUS CORONA?)*
_Susunan dan Ringkasan oleh: Ust. Adika Zain Ali_
Diantara yang sedang hangat dan viral melalui aplikasi whatsapp, facebook, ig dan seangkatan dengannya adalah artikel yang mengaitkan ayat 33 surah al-Ahzaab dengan larangan keluar dari rumah ekoran penularan wabak COVID19 atau Virus Corona.
Ditegaskan bahawa penurunan ayat ini *TIADA* kaitan langsung dengan larangan keluar dari rumah ekoran penularan wabak COVID19 ini, dan ayat ini adalah ayat berkenaan dengan hijab tubuh badan untuk kaum wanita.
Jika dikaitkan dengan corona (covid 19) maka terdapat beberapa kesilapan dan salah faham dalam tafsiran tersebut.
*Pertama* pada permulaan ayat 33 tersebut ditulis dengan ‘wa qorna’ bukan bermaksud *corona virus* atau pun penyakit.
*Kedua* Dalam ayat ini juga menjelaskan bahawa larangan berada di rumah ini adalah untuk kaum wanita sahaja, kaum lelaki dikecualikan, sedangkan pada situasi sekarang ‘stay at home’ adalah larangan dari pihak pemerintah pada semua termasuk lelaki dan seluruh ahli keluarga.
*Ketiga,* Turunnya ayat ini bukan sebab berlakunya penularan penyakit.
*Kesimpulan*
Bahawa tafsiran dengan (ijtihad) iaitu seseorang yang pakar terhadap al-quran adalah diharuskan.
Tiada kaitan penurunan surah al ahzaab ayat 33 dengan larangan keluar dari rumah ekoran penularan wabak COVID19 (virus Corona).
Perbuatan menafsirkan Al-Quran melalui pendapat sendiri, tiada asas dan kelayakan adalah haram hukumnya.
Wallahu Taala Alam.
Tarikh: 5 April 2020
*Rujukan:*
_Irsyad Al-Fatwa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur._
_Tafsir Ibn Kathir_
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment