Monday, May 04, 2020

*MIMPI NGERI MENANTI* - #ishakjsjtpn



TRIBUTE

Pabila hatiku terpetik dan kuilhamkan buat arwah yang terlibat dalam Sekatan Jalan raya Ops Covid19 .



Tegakku berdiri demi tugas yang diamanah,
Demi SJR COVID-19 kutunaikan penuh berhemah,
Kutinggalkan anak isteri tanggungjawab nafkah,
Kuperahkan keringat lalu letih ku campakkan sudah. 

Semua insan tidur lena dibuai mimpi,
Aku disini masih setia tegak berdiri,
Rasa mengantuk ku buang ketepi,
Pengorbananku ku tunaikan demi pertiwi.

Ya... Allah apakah dosaku dihukum begini,
Segelintir manusia rakus mabuk pentingkan diri,
Tidak hiraukan kami di sini,
Kecelakaan menimpa jadi impian ngeri,

Wahai.. insan belas kasihan kami seisi,
Demi memerangi virus itu sudah pasti,
Keikhlasan diri dari hati sanubari.
Kewajipanku demi rezeki sesuap nasi.

Andainya maut menimpa kepada diriku,
Bersemadikan jasadku yang terbujur kaku,
Ku pohon kemaafan dosa dosaku yang lalu,
Agar kedamaian di sana sesejuk salju.

nukilan
#ishakjsjtpn

Nota:
Koperal Safwan Muhammad Ismail maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai dipandu seorang pemandu mabuk di sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 di Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya LEKAS, Kajang awal pagi tadi. Ahad , 3 Mei 2020

No comments:

Post a Comment