Tuesday, September 10, 2013

Laporan Penandaarasan - SM SAINS MUZAFFAR SYAH MELAKA





            Inilah sekolah tempat aku membuat penandaarasan - MOZAC. Sekolah berprestasi Tinggi yang tak mungkin akan dapat dicapai oleh sekolah ku yang berada dalam Band 4. Sekolah ku dihuni oleh murid yang datang dari semua peringkat pencapaian akademiknya iaitu dari straight A yang tak sampai 3%, Pertengahan pencapaian akademik sebanyak 40% dan selebihnya yang lemah 50%. Di sini aku ingin menulis sedikit tentang laporan penandaarasan di sekolah ini mengikut pemerhatian selama 2 minggu berada dalam kelompok murid-murid Band 1. Huraian projek penandaarasan ini akan aku update mengikut turutan yang dikehendaki dalam laporan penandaarasan. Bahagian1 iaitu bahagian profil sekolah tak perlulah aku updatekan. Yang itu semua tau dah nak buat.

HURAIAN PROJEK PENANDAARASAN
1. SITUASI1.1  PENGENALAN
Bagi mengecap kejayaan yang berterusan dalam bidang akademik, pemimpin sekolah sentiasa mengilhamkan pelbagai program setiap tahun. Mengikut situasi dan keperluan. Namun demikian ada program-program yang dikekalkan serta dibuat penambahbaikan kerana telah jelas program tersebut sememangnya memberi impak kepada pencapaian akademik di sekolah tersebut.
1.2  PENCETUSAN IDEAProgram yang dilaksanakan ialah “Memahkotakan Impian Remaja”. Program ini  bermula dengan pencetusan idea pada minggu ke 2  bulan Januari 2012.  Program ini dicetuskan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Hassan Bin Topit. Program ini asalnya merupakan kelas tambahan yang biasa dijalankan pada setiap minggu, namun pada tahun lepas Tuan Pengetua menyarankan supaya program ini ditukar namanya atau di “rebranding” kepada Memahkotakan Impian Remaja dengan membuat beberapa penambahbaikan bagi keperluan murid kumpulan sederhana dan lemah.
1.3  BILA DILAKSANAKAN?.Program ini mula dilaksanakan pada bulan Mac 2013 hingga bulan Oktober semasa dalam Kelas Persediaan Malam. Murid-murid yang menjadi mentor dan guru-guru mata pelajaran akan menjadi fasilatator. Tempat bagi pelaksanaan program ini adalah di sekolah.

1.4  MENGAPA PROJEK INI DIPILIH?Program ini di laksanakan bagi melatih pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua mata pelajaran di setiap tingkatan untuk membantu rakan-rakannya yang lain supaya semua murid akan mendapat keputusan cemerlang. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ialah wadah yang terbaik untuk memastikan kejelekitan ukhuwah antara murid berlaku dalam setiap tingkatan khasnya murid-murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Program ini menumpukan kepada killer subject iaitu Bahasa Inggeris, Add Maths, Biology, Kimia dan Physic. Program ini akan memberi peluang kepada murid-murid yang mempunyai potensi melonjakkan kecemerlangannya dengan mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk memperoleh kecemerlangan bersama-sama. Oleh itu, guru-guru dan murid –murid yang berpotensi berkolaborasi dalam tempoh terdekat ini membuat pecutan dan bimbingan kepada murid-murid sasaran seterusnya membolehkan mereka boleh menjawab semua aspek soalan dalam peperiksaan. Dalam pelaksanaan program ini guru dan murid cemerlang akan menggunakan pelbagai teknik pengajaran untuk membantu murid dalam kelompok sederhana dan lemah. Dalam program Memahkotakan Impian Remaja perkongsian idea sesama rakan sebaya  seperti aktiviti membuat perbincangan kumpulan, belajar sambil membuat latihan bersama-sama serta mengajar rakan lain adalah proses yang berlaku.


Rajah 6: The Learning PyramidDalam The learning pyramid memperlihatkan bahawa proses Program Memahkotakan Impian Remaja melibatkan 3 bahagian bawah pyramid di mana bahagian pembelajaran yang paling berkesan ialah perbincangan kumpulan sebanyak 50%, membuat latihan sebanyak 75% dan yang paling tinggi kesannya ialah mengajar orang lain sebanyak 90%.Projek ini dipilih kerana untuk mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.46, semua warga tingkatan 5 perlu mendapat sasaran yang telah ditetapkan. Oleh itu murid yang lemah perlu dibantu supaya pencapaian mereka nanti tidak menurunkan GPS sekolah. Seterusnya target KPI SBT Mozac akan dapat dicapai dan jumlah calon yang mencapai straight A-Plus seramai 15 orang dan seramai 67 orang murid mendapat straight A. Selain dari itu program ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan dapat menerbitkan ukhuwah dalam kalangan murid SBP.


 1.4 AHLI YANG TERLIBAT DALAM PROJEK INI
Dalam menjayakan program ini, semua warga sekolah terlibat dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan jayanya, jawatankuasa pelaksana dibentuk dimana Pengerusi untuk program ini ialah Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran menjadi Timbalan Pengerusi.. Penyelaras program merupakan kaunselor dan ahli jawatankuasa terdiri dari penyelaras Tingkatan 5 dan guru-guru Tingkatan.Sebagai orang yang bertanggung jawab terhadap kurikulum, Pengetua bertanggung jawab menggerakkan guru-guru di bawahnya di mana Pengetua bertindak sebagai pemimpin instruksional – “ Menumpukan pada apa perlu dilakukan bagi memastikan P&P berkesan berlaku. Teknik dan Pendekatan Mengajar, Penggunaan Teknologi dan penggunaan data post mortem penilaian untuk mengenal pasti dan menangani kelemahan murid dan lain-lain.”


 Jadual 9: Analisis pencapaian peperiksaan percubaan SPM                                                                                            (Snelbecker, 1974)
ANALISIS  PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SELARAS SBP TAHUN 2012
A+
A
A-
B+
B
C+
C
D
E
G
Lulus
Subjek
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
ADDITIONAL MATHEMATICS
5
6
21
5
21
13
13
13
17
30
114
BAHASA INGGERIS
8
24
43
27
24
14
4
144
BIOLOGI
2
1
16
22
17
10
17
9
18
13
112
FIZIK
6
19
39
17
9
24
17
10
2
1
143
KIMIA
2
9
15
18
26
12
12
19
16
15
129
ANALISIS  PEPERIKSAAN SPM  TAHUN 2012
A+
A
A-
B+
B
C+
C
D
E
G
Lulus
Subjek
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
ADDITIONAL MATHEMATICS
60
3
26
18
13
15
6
2
1

114
BAHASA INGGERIS
13
75
36
18
2
0
0
0
0

144
BIOLOGI
37
36
22
15
13
1
1
0
0

112
FIZIK
40
13
32
27
16
14
2
0
0

143
KIMIA
24
16
23
23
16
20
13
0
0

129




















Jadual 10:  Analisis   Peperiksaan SPM 2012

Berdasarkan dari data  Peperiksaan Percubaan SPM  dalam 5 matapelajaran jumlah  A+  amat sedikit murid mampu untuk mencapainya. Untuk mata pelajaran Additional Maths hanya 5 orang, Bahasa Inggeris seramai 8 orang, Biology seramai 2 orang, Fizik seramai 6 orang dan Kimia seramai 2 orang.Apabila peperiksaan SPM diumumkan didapati terdapat peningkatan yang ketara dalam semua mata pelajaran tersebut. Bagi mata pelajaran Additional Mathematics peningkatan sebanyak 48.24%. Bahasa Inggeris sebanyak 4.38%. Biology sebanyak 31.24%. Fizik sebanyak 23.77% dan kimia sebanyak 17.05%.
Begitu juga di bahagian lulus D, E dan G, ramai murid telah meningkat pencapaiannya kepada  peringkat kepujian.  Ini menunjukkan bahawa program ini telah memberi kesan kepada seluruh pencapaian  murid sekolah ini di samping dapat mengimbangi pencapaian GPS sekolah. Walaupun GPS sekolah menurun sebanyak 0.02% namun ia adalah disebabkan faktor lain iaitu penurunan dalam mata pelajaran teras yang kurang diberi penekanan tahun lepas. Dalam mesyuarat kurikulum yang diadakan pada 5 April 2013, satu perubahan tentang strategi peningkatan matapelajaran telah dibentangkan di mana kini mereka mengambil inisiatif untuk melaksanakan  Program Memartabatkan Impian Remaja kepada semua matapelajaran supaya tiada yang ketinggalan atau tidak ambil endah kerana mata pelajaran tersebut dianggap mudah. Namun demikian program ini tidak berdiri dengan sendirinya. Program ini juga disokong dengan program-program lain yang juga program yang mempunyai objektif yang sama iaitu menuju ke arah kecemerlangan. 


Friday, September 06, 2013

Transform Jangan Tak Transform

                Sejak akhir-akhir nie, aku asyik postkan assignmen-assignmen yang aku buat semasa aku mengikuti kursus NPQEL. Dan aku juga tak menyangka assigmen aku dilihat oleh visitors yang tak pernah aku kenali.  Pengalaman aku di IAB banyak mengajar aku tentang kepimpinan. Menjadi pemimpin perlu mempunyai aura pemimpin. Berkarisma, berpandangan jauh dan sentiasa boleh transform demi kepentingan pendidikan masa kini.
                Bagi ku sebagai pemimpin aku mengamalkan teori kepimpinan mengikut situasi. Dalam dunia pendidikan kita berhadapan dengan berbagai kerenah manusia kerana klien kita adalah dari kelompok muda hinggalah keperingkat tua. Dari status ekonomi yang rendah sampailah ke peringkat yang kaya raya. Dari yang tiada pangkat hinggalah yang bergelar Dato dan Tan Sri atau pun kerabat Di Raja. Semuanya perlu dihadapi mengikut keadaan. Oleh itu kita perlu segera berubah macam “camelion” mengkarung mengikut keperluan ketika itu.

                Begitu juga dalam menghadapi kemajuan ICT, aku perlu berubah dan menerokai dunia tanpa sempadan dalam keadaan yang terpaksa. Kalau dulu handphone ku sekadar boleh hantar message , menalifon  dan menjawab telefon. Kini aku dah pakai SAMSUNG GALAXY  NOTE 2. Sekarang pun orang dah tak pakai NOTE 2. Namun yang mengelikan hati ku, merangkak-rangkak aku nak pandai guna gajet ni. Terima kasih, kursus NPQEL mencelikkan mata dan minda ku pada gajet-gajet yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang.
ni la SAMSUNG GALAXY NOTE 2 milikku


Wednesday, August 21, 2013

PENILAIAN PRESTASI - semua impikan prestasi yang awesome...



Soalan 1:
Senaraikan tiga isu yang dihadapi dalam pelaksanaan penilaian prestasi di sekolah/organisasi anda.
Di sekolah isu penilaian prestasi merupakan isu yang menjadi topik yang hangat dibincangkan apabila Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) diumumkan. Ramai yang mempersoalkan guru –guru yang terpilih menerima APC.  Apakah kriteria pemilihan yang dibuat?.  Inilah beberapa isu atau persoalan dalam membuat  penilaian prestasi di sekolah untuk difikirkan dan dibuat tindakan penambahbaikan..
1.  Guru-guru tidak berpuas hati terhadap penilaian prestasi mereka dan menganggap penilaian yang dilakukan adalah tidak tepat dan menyeluruh. Penilaian yang bias dan mementingkan kroni serta tidak telus. Markah yang diberikan tidak setimpal dengan tugas yang diberikan. Guru yang tidak banyak tugas mendapat markah yang tinggi manakala mereka sebaliknya.  Penilaian prestasi  yang rendah menyebabkan guru “demotivate” lalu seterusnya malas untuk komited dalam tugas.
2.  Pegawai penilai sering menerima tohmahan dan dituduh menyalah gunakan kuasanya oleh pihak bawahan lantaran terdapat andaian yang menyebut melalui penilaian prestasi ia menjadi alat kepada pihak atasan untuk menghukum mana-mana kakitangan bawahan yang tidak sehaluan dengannya. Situasi ini menyebabkan pegawai penilai merasa tertekan kerana mungkin beliau merasakan telah membuat penilaian yang terbaik namun disebabkan tuduhan tersebut iklim bekerja di sekolah tidak lagi kondusif.

3.  Pegawai penilai mempunyai masalah dan berada dalam dilema kerana mereka tidak mempunyai kemahiran dalam penilaian prestasi  namun mereka terpaksa membuat penilaian kerana disebabkan tugas dan tanggung jawab. Penilaian menjadi subjektif dan sukar untuk dinilai contohnya bagaimana menilai kakitangan yang berumur untuk tempoh semasa sedangkan secara logiknya tentu sekali kakitangan muda lebih kreatif, bertenaga dan berdaya saing berbanding kakitangan yang berumur. Patutkah kakitangan yang berumur diberi markah rendah sedangkan beberapa tahun sebelum itu dirinya telah memberikan perkhidmatan yang baik dan cemerlang. Isu tidak kompeten dalam membuat penilaian akan menerbitkan isu yang lain.
************************************************************

Soalan 2:
Huraikan bagaimana isu-isu tersebut boleh ditangani di sekolah/organisasi anda
Definasi penilaian prestasi
Penilaian Prestasi adalah satu perkara yang dilakukan oleh manusia pada setiap masa. Perkataan penilaian atau (appraisal) berasal daripada perkataan latin iaitu (pretiare) yang bermakna menilai (Coens & Jenkins, 2000). Prestasi pula adalah pencapaian atau performance atau “ the way in which someone or something functions”. Oleh yang demikian kita mengatakan penilaian prestasi sebagai proses membuat penilaian untuk menentukan sama ada seseorang itu berfungsi dalam menjalankan sesuatu tugas, Dalam lain perkataan penilaian prestasi dianggap sebagai proses di mana sumbangan pekerja kepada organisasinya dinilai disepanjang tempoh masa tertentu oleh penyelianya  berbanding standard-standard yang telah ditetapkan.
Menurut Mc Gregor (1960:257-259)  bahawa penilaian prestasi selalu dipandang sebagai satu bentuk teknik pentadbiran. Ia menjadi sebahagian dari strategi pengurusan yang logiknya bertujuan untuk mengarahkan pekerjanya supaya menunjukan usaha ke arah mencapai matlamat organisasi. Oleh yang demikian dalam mengurus prestasi di sekolah seorang pemimpin sekolah perlu memahami Model Pengurusan Prestasi iaitu asas-asas pengurusan prestasi, penetapan matlamat, bimbingan prestasi, dorongan berkesan dan penilaian prestasi. Dalam mengurus prestasi pula faktor akauntabiliti, kemahiran pengurus dan bagaimana melaksanakan pengurusan  prestasi perlu diutamakan.
 Proses pengurusan prestasi bermula dengan Perancangan Tahunan Sekolah. Penetapan perancangan strategik sekolah berdasarkan visi dan misi iaitu penetapan halatuju sekolah. Seterusnya penetapan rancangan atau program dan penetapan SKT - Sasaran Kerja Tahunan. Kemudian proses pelaksanaan kerja dan pengesanan. Pada pertengahan tahun kajian semula dibuat. Pelaksanaan kerja dan pengesanan dibuat semula sehinggalah kepada penilaian pencapaian kerja di mana pada peringkat ini tercapainya Perancangan Tahunan Sekolah. Seterusnya penyediaan laporan penilaian prestasi. Laporan dibincang dan dihantar ke panel Panel Sumber Manusia untuk penerimaan anugerah atau tindakan kepada pekerja dan akhirnya  kepada penyimpanan maklumat prestasi.
Namun demikian dalam membuat penilaian prestasi di sekolah, banyak kontroversi atau isu-isu yang timbul. Ketidakpuasan hati terhadap penilaian yang dibuat oleh pegawai penilai selalu menjadi bualan dan persoalan dalam kalangan warga sekolah.  Coens and Mary (2000), menyatakan hari-hari penilaian prestasi menuju kepada kematian. Laporan yang dikeluarkan dalam kajian ini mengatakan penilaian yang dibuat tidak berkesan dalam menilai kekuatan dan kelemahan mereka. Mereka juga berpandangan laporan penilaian tidak membantu dalam perancangan latihan yang diperlukan oleh mereka.
Oleh itu bagaimana kita dapat menangani isu ini supaya penilaian prestasi dapat membantu organisasi ketika membuat keputusan-keputusan mengenai satu dasar yang berkait dengan warga sekolah. Warga sekolah pula akan dapat mengetahui tahap prestasi masing-masing berbanding dengan standard-standard yang telah ditetapkan. Hasilnya penilaian prestasi dapat memberi penilaian yang lebih adil dan tepat kepada mereka.
Sistem penilaian prestasi amat terdedah kepada penyelewengan. Di atas kertas sistem ini kelihatan senang untuk dilaksanakan tetapi ianya tidak mudah seperti yang dijangkakan. Kelemahan dalam pelaksanaannya menyebabkan pekerja mempunyai persepsi negatif terhadap sistem ini. Daley (1992), menyatakan penilaian prestasi sangat bergantung kepada skil seorang pegawai penilai. Kebanyakan pegawai penilai dilihat mempunyai masalah ketika membuat penilaian kerana mereka tidak mempunyai kemahiran. Penilaian atau laporan yang diberikan cenderung menjadi sangat subjektif dan tidak setara dengan laporan-laporan yang dibuat oleh pegawai penilai lain.
Faktor-faktor seperti interpersonal, bias atau “personal liking” dan “external preferences” seperti fahaman politik, ugama, umur dan jantina telah mempengaruhi proses penilaian. Pegawai penilai tidak dapat menunjukkan pengetahuan, skil dan keupayaan untuk menjadi pegawai penilai yang berkesan dan tidak memberi perhatian yang sepenuhnya kepada proses penilaian. 
McCourt and Eldrige (2003) menyenaraikan beberapa kesilapan yang berlaku ketika membuat rating.
Leniency: adalah kecenderungan pegawai penilai untuk memberi rating yang tinggi daripada sepatutnya. Apabila berlaku, pekerja akan memperolehi rating markah yang tinggi daripada kelayakan sepatutnya.
Dispersion: adalah kecenderungan pegawai penilai menggunakan skor dalam skala tertentu sahaja ketika membuat penilaian. Umpamanya hanya menggunakan skor  7, 8, 9 daripada skor 1 hingg 10 yang ditetapkan.
Halo effect: adalah kecenderungan pegawai penilai memberikan penilaian tertentu berdasarkan pengetahuan dan pengalaman terdahulu beliau terhadap pegawai yang dinilai. Umpamanya jika pada tahun lepas seorang pekerja mempunyai prestasi baik pegawai penilai mungkin akan memberikan markah yang tinggi pada tahun penilaian semasa juga sebaliknya.
Contrast error: terjadi apabila seseorang pekerja itu dinilai dengan membandingkan prestasinya dengan pegawai lain dan bukannya bersandarkan kepada pencapaian sebenar.
Hal yang demikian, untuk melaksanakan penilaian prestasi dengan lebih sempuna, beberapa kaedah digunakan  supaya isu dalam penilaian prestasi dapat dikurangkan.
Appraisal Feedback
Appraisal Feedback (AF) adalah sangat penting dalam proses penilaian prestasi kerana tanpanya tidak ada cara lain pekerja atau pegawai yang dinilai dapat mengetahui prestasi kerja mereka. AF menyediakan saluran kepada pegawai penilai membincangkan dengan pekerja tentang prestasi dan merancang rancangan masa hadapan. Sebagai motivasi, pekerja perlu mengetahui jika mereka dinilai sebagai berprestasi dan dalam masa yang sama dapat mengambil tindakan pembaikan jika mereka mengetahui prestasi mereka tidak mencapai standard yang ditetapkan.
James A.F.Stoner berpendapat bahawa kemajuan seseorang pekerja bawahan hendaklah melalui satu proses yang berterusan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan atau bila mana ia difikirkan perlu. Pekerja yang dinilai hendaklah diberitahu secara lisan atau bertulis berkenaan prestasinya sepanjang masa.
Dalam hal yang demikian AF boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah dan yang paling utama adalah melalui temubual secara formal di antara majikan dengan pekerja. Temu bual tersebut perlu mempunyai unsur penyertaan 2 hala majikan pekerja. Pegawai penilai yang berjaya ialah yang memberi ruang kepada pekerja menyatakan pandangan mereka semasa proses penilaian. Komunikasi  2 hala mempunyai kebaikan-kebaikan berikut.
1.       Pekerja yang dinilai berpeluang mengetahui kelemahannya dan perlu dipertingkatkan.
2.      Memberi peluang pekerja mengemukan pendapat.
3.      Penilai dapat mengetahui bidang kelemahan yang ujud dengan tepat yang membolehkan mencari jalan pembaikkan yang praktikal.
4.      Penilai dapat mengeksploit pengajaran dan pembelajaran dari pekerja ke arah memajukan prestasi dengan menguntungkan organisasi.
Appraisal Understanding
Segala maklumat mengenai semua elemen sistem penilaian prestasi perlu disebarkan agar guru dan staf dapat memahami bagaimana sistem berkenaan beroperasi. Adalah sangat penting bagi guru dan staf untuk mengetahui keseluruhan ide proses penilaian.  Mereka mesti mengetahui apakah asas yang digunakan untuk menilai prestasi mereka kerana dengan cara ini mereka dapat mempamerkan prestasi yang menepati tahap yang ditetapkan. Mereka juga perlu tahu tujuan penilaian prestasi diadakan dalam organisasi, kaedah rating yang digunakan dan standard prestasi yang ditetapkan.
Menurut Berman dll., (2001) Sistem penilaian prestasi memerlukan bukan setakat polisi dan prosedur tetapi perlu mendapat sokongan dari semua tenaga kerja. Pekerja perlu diberikan kefahaman mengenai polisi dan prosedur penilaian prestasi. Mereka akan lebih menerima sistem berkenaan jika mereka memahami.
Appraisal participation
Penilaian prestasi akan lebih berkesan jika penglibatan secara tidak langsung oleh pihak pekerja. Etcalfe (dalam McCourt & Eldridge.2003), menyatakan pegawai penilai yang berjaya adalah mereka yang membenarkan kakitangannya melibatkan diri dalam proses penilaian. Nemeroff and Wexkley ( dalam McCourt & Eldrige, 2003) juga menyatakan penyertaan pekerja akan meningkatkan penerimaan sistem ini oleh mereka.
Pendekatan pengurusan pada masa ini adalah menggalakkan pekerja dalam proses membuat keputusan. Tanpa penyertaan pekerja, tugas membuat penilaian akan menjadi sukar di mana penyelia akan cenderung untuk membelakangkan proses dan prosedur penilaian. Penglibatan pekerja perlu diambil kira dalam membentuk dan melaksanakan sistem penilaian prestasi. Jika pekerja dibenarkan ikut serta,  kefahaman mereka terhadap penilaian prestasi akan meningkat dan seterusnya mereka akan dapat menerima sistem ini.
Kajian menunjukkan untuk meningkatkan penglibatan pekerja, kaedah penilaian diri sendiri atau “self appraisal”  perlu digalakkan. Menurut Daley (1992), “ After all, manager mostly does not know what their employees are doing because manager cannot be with them all the time. Since the employee is the only who accurately knows about their own performance, it has been suggested to allows them to evaluate their own performance.”

Kesimpulannyanya,  penilaian prestasi adalah perkara sangat kompleks dan untuk menjadikan ianya berkesan sistem ini mesti dibentuk dan dilaksanakan dengan cukup berhati-hati. Jika tidak itulah yang dikatakan ianya banyak mendatangkan lebih keburukan dari kebaikan. Pelaksanaan yang lemah menyebabkan sekolah gagal mendapatkan faedah daripada sistem tersebut. Bukan salah sistem tapi pelaksanaannya yang menjadi isu dan perhatian yang tinggi perlu diberikan  terhadapnya. Pegawai penilai perlu mempunyai kemahiran dalam melaksanakan penilaian prestasi. Pekerja perlu melibatkan diri dalam penilaian tersebut. Selain dari itu maklumat sistem penilaian prestasi perlu disebarkan supaya pekerja dapat meningkatkan persepsi serta penerimaanya. Kaedah “multiple appraisals” dalam membuat penilaian mungkin boleh dipraktikkan. Jika  proses penilaian prestasi  lebih terbuka, semua pihak dalam organisasi akan mendapat kebaikan darinya.

Pesanan buat junior NPQEL



Kepada rakan-rakan NPQEL yang sedang mengikuti kursus ini, 
Sebenarnya aku pun terkedu pabila aku melihat pageview bagi blog ini meningkat naik. Namun aku rasa sejak aku updatekan assigment yang aku buat dulu, tiba-tiba eh! peliknya rupa-rupanya ada yang membaca blog aku ni. Aku amat berharap andai tuan/puan membaca assignmen ku, aku relakan namun kalaulah soalan tu sama dengan soalan yang aku buat, jangan lah tuan/puan tiru 100%. Bukannya apa, pensyarah IAB ni pandai-pandai belaka, mereka ada cara untuk trace samada tiru/plagiat. Apa yang perlu tuan/puan buat ialah ambil isi-isi penting kemudian karanglah sendiri. Kalau boleh tambahlah isi-isi yang lain, mana tau markah akan lagi awesome. Aku buat ikut kefahamanku. Kadangkala pensyarah mempunyai pendapat yang berbeza. Mungkin dengan pensyarah yang berbeza markah juga berbeza. So selamatlah membuat tugasan kepada junior2 ku. Aku kat sini sajer syok sendiri.....
HUBUNGAN SESAMA MANUSIA
  Berdasarkan video yang disediakan, cadangkan satu aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah anda yang merangkumi semua sub-modul dalam Modul 5 yang telah anda pelajari.
Cadangan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font Arial 11, double spacing, tidak melebihi tiga (3) muka surat. 

Pelbagai program yang di jalankan di sekolah melibatkan hubungan dengan komuniti.  Hubungan dengan masyarakat setempat dan komuniti luar yang akrab akan membina jaringan dan jalinan yang memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak.  Pihak sekolah memerlukan pihak luar bagi mendapatkan sokongan dana untuk menjalankan program dan pihak luar pula sering memohon bantuan dari segi murid-murid dan guru untuk melibatkan diri dalam program mereka.
Program yang boleh dibuat di sekolah ialah program mencari dana bagi menampung pembiayaan untuk membeli sebuah van di sekolah ini. Program yang disebutkan ialah program Hightea. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan ibubapa dan guru. Kejayaan program Hightea banyak bergantung kepada kemahiran pengetua dan PIBG untuk melaksanakannya. Kerjasama dari kedua pihak membolehkan ia dapat dijalankan Perbincangan pengetua dan PIBG adalah dalam suasana muzakarah, mencari penyelesaian masalah bagi mencari sumber kewangan. Di sinilah perlunya komunikasi yang berkesan antara kedua pihak supaya persefahaman dapat dijalinkan. .
Sebagai seorang pengetua beliau seharusnya bijak membina dan membangunkan kapasiti staf bermula dari perancangan hingga kepda pelaksanaan program. Dalam hal staf pula satu jawatan kuasa dibentuk di mana guru-guru dikenal pasti tentang peranan dan tugas yang perlu dijalankan. Guru yang berpengalaman dan guru baru dibangunkan melalui (PLC) Komuniti Pembelajaran Profesional dan melalui Profesional Guru Berasaskan Sekolah. Di sini pentingnya coaching and mentoring, team teaching di mana perkongsian ilmu dalam (PLC) dan PGBS dikongsi bersama. Peningkatan kompentensi guru berlaku dan program dapat dilaksanakan dengan cemerlang seterusnya ia akan menjadi budaya dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di sekolah.

Foto contoh
Program Hightea sememangnya melibatkan komuniti luar di mana pihak sekolah berhubung dengan pihak luar untuk menjual kad-kad Hightea. Semua warga sekolah dan ibubapa murid terlibat dalm penjualan kad hightea. Ibubapa berperanan dalam sarana PIBG membantu sekolah bersama-sama menjual kad hightea. Kerjasama ini akan mengeratkan hubungan PIBG dan sekolah. Hubungan jaringan dan jalinan dengan pihak luar memudahkan pihak sekolah mendapat tajaan seperti kemudahan pinjamaan khemah dari Kem Askar Sungai Udang Melaka. Selain itu pihak sekolah boleh mendapatkan hiasan-hiasan bunga, karpet,kerusi dan meja dengan percuma melalui Majlis Perbandaran Alor Gajah. Dengan ini membolehkan pihak sekolah mengurang kan kos perbelanjaan hightea dan seterusnya mendapat keuntungan yang lebih.

Kerja berpasukan
Dalam proses pelaksanaan, kerja sepasukan amat diperlukan. Ini adalah kerana semua kerja memerlukan satu pasukan yang mantap dan berpengalaman untuk menjayakan Hightea kerana program Hightea merupakan satu program yang besar. Oleh itu, semua warga sekolah perlu bergerak ke satu visi dan satu matlamat, iaitu mencari dana bagi pembelian sebuah van di sekolah. Sememangnya kerja sepasukan bukan mudah dilakukan. 

Banyak cabaran yang akan dihadapi namun kerjasama dan tolak ansur dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas dan juga yang setara membolehkan program ini berjalan lancar. Dalam hal yang demikian komunikasi berkesan sangat memainkan peranan.
Semasa Hightea berlangsung, banyak perkara-perkara tentang majlis rasmi tidak formal perlu diambil kira. Ini adalah kerana protokol yang perlu dipatuhi. Seorang event manager perlu dilantik untuk memastikan perjalanan majlis pada hari itu berjalan dengan lancar. Pakaian adalah baju batik. 

Dalam majlis begini, pengerusi majlis memainkan peranan yag sangat penting kerana dialah yang mengawal majlis. Sistem bunyi perlu dijaga kerana kegagalan berfungsi dengan baik akan mencacatkan majlis. Pelan kontigensi untuk sistem bunyi perlu ada. Biasanya penggunaan  bateri kereta untuk mendapat tenaga elektrik disediakan untuk pelan kontigensi. Semasa majlis begini, pihak sekolah akan memaklumkan kepada Tenaga Nasional untuk menghantar juruteknik sebagai bantuan teknikal kerana majlis ini akan dihadiri oleh ketua negeri.  

Bermulanya dari persediaan menyambut tetamu khas iaitu Ketua Menteri Melaka Yang Berhormat Datuk Idris Bin Jusoh. Yang Berhormat Datuk akan disambut dengan kompang dan bunga manggar. Persediaan untuk lagu Negara ku dan lagu negeri Melaka siap terpasang apabila Yang berhormat sampai ke tempat duduk yang di khaskan. Posisi bagi Yang berhormat ialah di tengah. Sebelah kanan pengetua dan kiri Yang DiPertua PIBG. Jawatan Kuasa  sambutan perlu membuat tagging pada tempat duduk utama supaya tidak berlaku salah posisi kedudukan.

Aturcara bagi ucapan pula, dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian pengetua akan berucap sebagai tuan rumah dan diikuti oleh Yang di Pertua PIBG. Akhir sekali Yang Berhormat Datuk Ketua Menteri. Seterusnya beliaulah yang akan merasmikan majlis tersebut. 

Teks ucapan bagi Yang Berhomat perlu dihantar ke pejabat Ketua Menteri 2 minggu lebih awal kerana setiausaha peribadi Datuk akan meneliti sebelum menyerahkan kepada ketua menteri. Biasanya jika ada perubahan dan sebagainya, pihak Ketua Menteri akan memaklumkan kepada pihak sekolah untuk membetulkan. Pihak sekolah perlu menyediakan teks ucapan tersebut dan menyerahkan kepada Datuk semasa beliau duduk.

Kesimpulannya dalam kita membuat program yang besar yang melibatkan seluruh warga sekolah, komuniti setempat, ibu bapa dan komuniti luar, seorang pengetua perlulah mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan program tersebut. Kemahiran mengurus program dari A sampai Z perlu ada pada seorang pengetua. 

Selain itu kemahiran berkomunikasi dengan berkesan oleh seorang pengetua akan memudahkan seorang pengetua mengurus staf di bawahnya untuk bekerja dalam satu pasukan.. Pengetua yang bijak dapat membangunkan kapasiti surbodinatnya. Di samping itu kemahiran berkomunikasi juga memudahkan pengetua mendapat sokongan PIBG dan masyarakat luar. 

IAB, IAB aduhai IAB kena datang lagi....

Tamatnya NPQEL, rasa lega bertapak dihati. Hah! boleh la aku tumpu pada sekolah. Al-maklum sejak mengikuti kursus NPQEL ramai student ku yang merindui ku. Malah guru-guru kat sekolah pun sering bertanya tentang aku. Macam chipmores, kejap ada kejap tak ada.

Entah apa la sebabnya nama aku naik untuk berkursus di IAB lagi. Aduh! belum panas kerusi ku. Aku telah diarah untuk ke IAB pada minggu depan. Bayangkan baru seminggu berada di sekolah dah nak kena pegi kursus STRATEGIK ICT. Hah! kursus pemenda ni. Nak belajar aplikasi ker... Tak jemu ker dok asik naik gunung? pelbagai rasa dan perasaan. Baru nak berjinak semula dengan sekolah.

Nampak gayanya aku jadi supir kepada kekawan ku yang akan ke sana.  3 hari di sana. Okay juga, tapi aku rasa santai sangat. Dah biasa kursus pack dengan kuliah dan assignmen. Kali nie relax dan tak payah buat apa-apa kecuali involve dalam perbincangan. Bab berbincang no hal...kita kan dah banyak ilmu yang dah dipelajari di NPQEL, so discussion no problem.

Hari kedua kami dibawa ke 2 sekolah untuk bench mark ICT. Yang pertama sekolah Rendah Kebangsaan Choong Wen. Wow! sekolah nie buat aku kagum. Sarana PIBG nya sungguh mengagumkan. Kami disambut oleh ibu bapa murid. Mereka benar-benar terlibat dalam semua aktiviti sekolah. Segala aktiviti semua ibubapa murid terlibat. Bangsa cina nie memang dah terkenal kalau untuyk kepentingan kaum cina mereka akan berkorban apa sahaja, harta dan wang ringgit. Bayangkan seorang individu boleh menderma sampai setengah juta ringgit. Aduhai! kalaulah ada bangsa melayu yang sanggup berbuat demikian. Rasanya jarang yang  nak sedekah kerana lebih kepada kepentingan individu seperti membesarkan rumah, menambah isteri dan etc, etc.....

Update terkini... aku kena panggil untuk kursus Akulistik, entah apa kemenda nie pada 3-5 September 2013 anjuran IAB. Alamak! kursus lagi.....nasib baik boss aku tak benarkan...selamat. Nampak gayanya, boss aku dah mula nak tahan aku dari keluar sekolah. MMI. Okaylah tue...time to fokus di sekolah.
Sekolah turun temurun

Lihatlah derma dan sumbangan yang diperoleh

Murid yang aktif semasa PDP
BerT-Shirt Biru adalah ibu kepada murid di sekolah itu


Wednesday, July 17, 2013

NPQEL...Aku datang, kini bye, bye



Rasanya dah lama sangat aku tak update blog ku ini. Bukannya tak mahu buat, kengkangan masa sangat cemburu pada ku. Sejak bulan Januari lagi aku sibuk memanjang menguruskan sekolah, Maklumlah awal tahun, banyak mesyuarat-mesyuarat yang perlu aku hadir dan juga mesyuarat yang aku terpaksa pengerusikan. Inilah tanggungjawab yang mesti aku pikul sebagai orang no 2 di sekolah.

16 Februari aku memandu ke genting. Maka bermulalah episod aku menjadi pelajar semula. Hah! untuk makluman semua, aku telah diterima untuk mengikuti NPQEL di Institut Aminudin Baki. Kursus yang memakan masa 6 bulan aku terpaksa rela hadiri. Tentunya aku amat teruja menjadi pelajar semula. Bayangkan tak pernah termimpi untuk belajar dalam usia 5 siries. Kalau BMW 5 series seronok kita lihat . Nie semua group yang cun melecunnya dah semakin pudar serinya. Begitu juga yang lelaki yang ketampanannya dah hilang. Majoriti tidak menepati selera ku. Agaknya mereka juga sama, melihat wanita-wanita yang diperingkat monopaus. Hahaha! gelihati aku melihat orang tua dok belajar. Androgogi. pembelajaran orang tualah katakan...lambat nak tangkap terutama bab-bab ICT. Nasib baik aku ni celik sikit. Jadilah aku tempat pergantungan kekawan yang kurang mahir dengan ICT.

3 minggu aku berada di sana, seminggu lebih aku demam dan batuk. Apa taknya setiap hari hujan dan cuaca mendung dan sejuk. Dalam keadaan demam dan batuk ku gagahi jua melangkah ke dewan kuliah. Dari jam 8 pagi hingga 11 malam kadangkala  aktiviti  terpaksa dilalui. Allah saja tahu betapa penat dan lelah untuk ku hadapi. Malam di asrama IAB sangat sunyi. Jiran bilik sebelah ku sering tak ada sebab balik KL setiap hari. Jadi aku seorang menghadapi bilik yang sepi. Kadang kala seriau jugak, apa taknya, ramai yang suka bercerita yang entah apa-apa. Buat dek jer sebab kalau fikir mau tak boleh tidur.

Bila bercerita soal makan....... banyak yang tak kena di tekak kami. Namun terpaksa juga ditelan. Biasalah makan di asrama. Aku bersyukur kerana kerajaan kita berbelanjakan jutaan ringgit untuk program ini, hanya nak memertabatkan profesion perguruan dan pemimpin sekolah, Cuba bayangkan di negara luar seperti India, Indonesia, Iraq dan negara lain. Nak makan pun susah, nak kerja pun perit, so tak tau bersyukor ke?.
Sebenarnya duit yang diperuntukan untuk makan banyak namun yang amat dikesalkan pembekal makanan asrama agaknya nak untung banyak.....$$$$$$. peduli apa tak cukup makan. Biasanya tengahari aku tak turun makan di dewan makan. Rehat sejam dari 1 tengahari ke 2 petang membuatkan aku lagi sakit. Oleh itu aku stay jer kat bilik kuliah dan makan kat cafetaria. Mahal memang tak dinafikan, namun aku agak santai bergerak. taklah tergopoh-gapah nak kuliah jam 2.

Inilah permulaan cabaran ku berada di Institut Aminudin Baki, namun kini pada 13hb Julai 2013 aku meninggalkan IAB dengan seribu kenangan. Pahit banyak manis pun banyak. Rasa tak percaya aku berjaya menamatkan kursus NPQEL. Kalau nak diikutkan banyaknya assignmen yang hendak disiapkan, rasa-rasa tak sanggup nak buat. Namun ku teruskan jua perjuangan ku dengan sokongan keluarga, teman-teman sekolah dan teman seNPQEL. Akhirnya ....kini aku menunggu untuk komensmen di PICC tahun hadapan.

Monday, July 15, 2013

e-pembelajaran NPQEL...cabaran yang menstresskan

Tidak  pernah terfikir untuk berjaya menamatkan kursus ku di Institut Aminudun Baki. Apa tidaknya,dalam satu masa aku terpaksa memegang jawatan ku sebagai GPK Pentadbiran di sekolah yang memang berat tanggung jawabnya. Di samping itu aku terpaksa menyediakan persiapan anak ku yang melangsungkan perkahwinan pada 29 Jun lepas dan juga aku terpaksa menyiapkan e-learning NPQEL yang assignmen banyaknya auzubillah. Semua ku harung dalam keadaan yang sangat tension. Aduhai ketika itu aku sebenarnya sendirian menguruskan segala-gala. Walau bagaimanapun aku ingin mengucapkan perhargaan ku kepada rakan sejawat yang memahami keadaan ku ketika itu...apa taknya kadangkala bila di sekolah aku macam blurr...hah! jam 2 dan 3 pagi tidur mostly tiap hari. besuk bangun pegi sekolah kepala miung... geli hati bila ingat kembali. Bertapa setiap hari aku akan letakkan target...apa perlu siap dibuat pada hari tersebut. Bayangkan selepas saja majlis perkahwinan anak ku habes, at the same day Sandaran NPQEL ku juga tamat, blood pressure ku mendadak naik 140/90. Tak pernah  umur BP ku naik. biasanya low blood pressure..Hah! nie lah penangan tidur lewat tiap hari...siapkan assignmen. Yang paling akhir aku menyiapkan laporan Sandaran ku...macam tesis. Lebih kurang 108  muka surat.
Anyway, bagi ku kursus ini walaupun terlalu packed namun ia memberi banyak ilmu kepada ku. Ilmu yang dibekalkan pada ku untuk menjadi pemimpin akan datang sangat memberi manfaat kepada ku dan kepada bidang pendidikan. Insya Allah aku akan praktikkan ilmu tersebut kelak. Dalam banyak-banyak modul, terus terang kukatakan modul bahagian kewangan ..aduh! pening nak faham....Nampak gayanya kelak aku kena memohon untuk mendalami modul kewangan....
Persiapan untuk perkahwinan anakanda ku

Kumpulan ku dalam SMI 2/2013

Pelajar yang mengikutimProgram Sandaran bersama guru dan YDP PIBG

YDP PIBG Dr. Ihsan Bin Osman memberi motivasi kepada pelajar