Thursday, February 27, 2014

Alahai interview DG52....

Tak pernah terfikir oleh ku bertapa sukarnya laluan untuk menjadi pengetua. Pabila PPPM dilaksanakan dalam gelombang 1 (2013-2015). Aku terkedu kerana syarat untuk menjadi pengetua mestilah mempunyai NPQEL....dah lama rasanya menjadi guru penolong kanan pentadbiran, rasanya high time nak merasa jadi pengetua. Syarat mandotori ini amat perit untuk dibuat. Apa taknya dalam usia 5 siri ini, mampukah aku untuk belajar lagi..... Hah! akhirnya aku berjaya dalam kursus NPQEL selama 5 bulan setelah melalui pelbagai ujian mendaki genting tiap minggu, belajar hingga ke pagi, menyiapkan assignmen yang bertimbun-timbun sambil menguruskan sekolah dan rumah tangga. Hebatkan...
Kini tiba saatnya aku terpaksa memohon jawatan memangku DG 52 untuk pengetua...ok aku teruskan dan tiba masanya aku akan dipanggil untuk temuduga...Aduhai! rasanya makan nasi dah tak kenyang begitu juga tidur dah tak tentu arah..Dalam masa seminggu lebih aku terpaksa membuat fortfolio tentang projek yang pernah aku buat yang memberi impak yang besar kepada sekolah. Selepas temuduga saya diminta untuk update maklumat diri kerana dimaklumkan untuk dihantar ke SPRM untuk tapisan. Adui! dah lah sesi temuduga banyak soalan cepu mas. Aku nasihatkan kau orang fahamilah apa yang dipelajari di NPQEL. Banyak ilmu di sana diguna pakai masa temuduga...Setelah bersusah payah begini ku harapkan pemangkuan DG52 akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin..

Di bawah ni ku coretkan fortfolio ku yang perkataan lebih kurang 700 perkataan seperti yang di kehendaki oleh penemuduga.

Program MUTIARA “A” PMR

Rasional
Prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaan Percubaan PMR 2013 amat mendukacitakan dan sangat membimbangkan. Keputusan terlalu jauh dari mencapai sasaran.
( Rujuk  Lampiran 1- 2  )
Gred Purata Mata Pelajaran bagi 9 mata pelajaran untuk percubaan 2013 jatuh berbanding keputusan PMR 2012.  Dapatan menunjukkan:
1.     Murid belum bersedia untuk menghadapi  peperiksaan.
2.    Murid tidak cukup latihan.
3.    Murid tidak fokus dalam belajar.
Berdasarkan faktor ini, satu program yang drastik telah dirangka bagi meningkatkan prestasi murid supaya sasaran GPS PMR bagi sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dapat dicapai iaitu sebanyak 2.5. (Rujuk lampiran 3)
Program ini  khusus untuk membantu  pihak sekolah mencapai matlamat melalui  3 strategi iaitu:
1.    Mengumpulkan murid kumpulan cemerlang berdasarkan pencapaian peperiksaan percubaan PMR 2013.
2.    Membuat  “team teaching”  dalam kalangan guru tingkatan 3.
3.    Membuat latih tubi berfokus.
Dalam mengurus perubahan dalam organisasi, saya sebagai Guru Penolong Kanan pentadbiran  bertanggung jawab sepenuhnya dalam bidang kurikulum. Saya mengambil tindakan yang strategik, berani dan proaktif untuk meningkatkan GPMP bagi setiap mata pelajaran.

( Rujuk lampiran 4 - 7  kertas kerja program)
Seramai 70 orang murid dikenal pasti sebagai murid yang berpotensi untuk cemerlang berdasarkan peperiksaan Percubaan PMR. Guru yang terlibat terdiri dari semua guru tingkatan 3. Semua mata pelajaran yang diajar pada waktu petang akan menggunakan strategi “team teaching”.  
Latihan yang diberikan kepada murid adalah soalan-soalan pada tahun lepas dan juga soalan dari sekolah berasrama penuh. Latihan berbentuk objektif dan struktur.
Dalam proses melaksanakan program tersebut, setiap warga komuniti perlu mempunyai satu tujuan dalam melakukan perubahan melalui komitmen, sumber dan kerja sepasukan. Fullan (2011) menyatakan untuk mendapatkan hasil yang baik dalam melakukan perubahan memerlukan satu tekanan yang positif. Tekanan yang positif ini mendorong kepada kebaikan. Justeru itu saya mengambil keputusan untuk tidak berlengah dengan memanggil semua guru yang mengajar tingkatan 3 untuk menerangkan visi dan misi sekolah.
( Rujuk lampiran 7 – 9 )
Jadual  guru dan kelas disusun semula untuk membolehkan program dijalankan tanpa sebarang halangan. Guru-guru yang bertugas pada waktu petang diberi sagu hati kerana mereka sanggup berkorban masa dan tenaga bagi kelangsungan program ini. Guru bidang dan ketua panitia diarah untuk membuat pemantauan dan menyiapkan modul. Jadual kehadiran guru dan murid disediakan dan semua laporan atau aduan akan segera diambil tindakan supaya program dapat dijalankan dengan berkesan. Penyelaras kecemerlangan tingkatan 3 menguruskan dan menyediakan kemudahan murid dibantu oleh guru pelatih yang membuat latihan mengajar di sekolah ini. Staf sokongan pula diminta untuk membantu guru dalam urusan mencetak, menyusun modul dan menyediakan tempat.    Program Mutiara A ini dicanang dan disebarkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa bagi memberi kejutan dan kesedaran tentang transformasi yang perlu dilaksanakan bagi menempa kejayaan. 
Saya mendapat bantuan dari segi kewangan dari PIBG untuk menampung perbelanjaan makan tengah hari dan bayaran sagu hati guru. Peruntukan PCG pula digunakan dalam menampung perbelanjaan kertas.           
Bolehlah saya katakan dalam  melaksanakan program  Mutiara A, kapasiti manusia dapat dibangunkan secara optimum. Sebagai penggerak utama dalam misi ini, saya sentiasa mengingatkan di perhimpunan, siaraya dan papan kenyataan tentang peranan dan tanggung jawab setiap individu dan sentiasa diulang supaya warga sekolah tidak alpa.


Impak Program Mutiara “A” 
( Rujuk lampiran  10 – 14 )
Keputusan PMR 2013 menunjukkan 7 mata pelajaran meningkat GPMP. Seramai 27 orang murid mendapat “straight A”. 10 mata pelajaran, peratus pencapaian mengatasi pencapaian peringkat Nasional dan Negeri. Peratus pencapaian keseluruhan PMR, untuk sekian kalinya memecahkan angka 80 selama 13 tahun iaitu sebanyak 80.1%. Gred Purata Sekolah melebihi sasaran sekolah dan Jabatan Pendidikan Melaka iaitu 2.48.
   
Refleksi
Saya dapat  melaksanakan kepimpinan instruksional   dengan  memastikan proses pengajaran  dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan. Kemahiran menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam mengeluarkan idea dan dapat menyelesaikan masalah dengan berkongsi bersama guru-guru supaya pelaksanaan program berjalan lancar dapat memberi impak yang positif kepada sekolah.  Sikap inginkan kejayaan,  optimistik dan bekerja dalam semangat kerja sepasukan juga dapat diterapkan dalam kalangan guru. Dengan mempamerkan teori kepimpinan transformasi, saya dapat menterjemahkan  matlamat sekolah kepada  subordinat  untuk  mencapai perubahan signifikan melalui kepentingan dan tenaga secara kolektif.             
       
Cadangan penambahbaikan.
Program perlu dilaksanakan lebih awal iaitu berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun. Jangka masa program lebih panjang,  banyak latih tubi dapat dibuat. Peranan  (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa – KSIB) boleh membantu meningkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti dalam bidang perkongsian kepakaran.


***************************************************************

Thursday, February 13, 2014

DEFINASI EMPATI

Pengertian Empati -1909 berasal dari bahasa latin em dan pathos yang artinya feeling into.
Empati berasal dari bahasa Yunani yang berarti “ketertarikan fisik”. Sehingga dapat di defenisikan sebagai kemampuan seseorang untuk mengenali, mempersepsi, dan merasakan perasaan orang lain.
Psikolog Edward Titchener (1867-1927) memperkenalkan "empati" pada 1909 ke dalam bahasa Inggris sebagai terjemahan dari istilah Jerman "Einfühlung" (atau "perasaan menjadi
Beberapa ahli  psikology mengatakan defenisi empati yaitu :
a.    Menurut Bullmer, empati adalah suatu proses ketika seseorang merasakan perasaan orang lain dan menangkap arti perasaan itu, kemudian mengkomunikasikannya dengan kepekaan sedemikian rupa hingga menunjukkan bahwa ia sungguh sungguh mengerti perasaan orang lain itu. Bullmer menganggap empati lebih merupakan pemahaman terhadap orang lain ketimbang suatu diagnosis dan evaluasi terhadap orang lain. Empati menekankan kebersamaan dengan orang lain lebih daripada sekedar hubungan yang menempatkan orang lain sebagai objek manipulatif.
b.    Taylor menyatakan bahwa empati merupakan faktor esensial untuk membangun hubungann yang saling mempercayai. Ia memandang empati sebagai usaha menyelam ke dalam perasaan orang lain untuk merasakan dan menangkap makna perasaan itu. Empati memberikan sumbangan guna terciptanya hubungan yang saling mempercayai karena empati mengkomunikasikan sikap penerimaan dan pengertian terhadap perasan orang lain secara tepat.
c.    Alfred Adler menyebut empati sebagai penerimaan terhadap perasaan orang lain dan meletakkan diri kita pada tempat orang itu. Empathy berarti to feel in, berati merasakan betapa dalamnya perasan orang itu.
d.    Tubesing memandang empati merupakan identifikasi sementara terhadap sebagian atau sekurang kurangnya satu segi dari pengalaman orang lain. Berempati tidak melenyapkan ke “aku”an kita. Perasaan kita sendiri takkan hilang ketika kita mengembangkan kemampuan untuk menerima pula perasaan orang lain yang juga tetap menjadi milik orang itu. Menerima diri orang lain pun tidak identik dengan menyetujui perilakunya. Meskipun demikian, empati menghindarkan tekanan, pengadilan, pemberian nasihat apalagi keputusan. Dalam berempati, kita berusaha mengerti bagaimana orang lain merasakan perasaan tertentu dan mendengarkan bukan sekedar perkataannya melainkan tentang hidup pribadinya, siapa dia dan bagaimana dia merasakan dirinya dalam dunianya.
e.    Menurut Jalaludin Rakhmat bahwa :
 Berempati artinya membayangkan diri kita pada kejadian yang menimpa orang lain. Dengan empati kita berusaha melihat seperti orang lain melihat, dan merasakan seperti orang lain merasakan.
f.    Empati menurut Abu Ahmadi (2003) ialah kecenderungan untuk merasakan sesuatu yang dilakukan orang ain andaikata dia dalam situasi orang lain tersebut. Karena empati, orang dapat menggunakan perasaannya dengan efektif di dalam situasi orang lain, di dorong oleh emosinya seolah-oleh dia ikut mengambil bagian dalam gerakan-gerakan yang dilakukan orang lain. Di sini ada situasi “feeling into a person or thing”.
g. Dua pendekatan yang digunakan untuk memahami teori empati, yakni teori dari Baron-Cohen & Wheelwright (2004), yang membagi empati ke dalam dua pendekatan,
i.       Pendekatan afektif
Pendekatan afektif mendefinisikan empati sebagai  pengamatan emosional yang merespon afektif lain. Dalam pandangan afektif, perbedaan definisi empati  dilihat dari seberapa besar dan kecilnya respon emosional pengamat pada emosi yang terjadi pada orang lain.
ii.      Pendekatan kognitif

            Pendekatan kognitif merupakan aspek yang menimbulkan pemahaman terhadap perasaan orang lain. Eisenberg & Strayer (dalam Baron-Cohen & Wheelwright 2004) menyatakan  bahwa salah satu yang paling mendasar pada proses empati adalah pemahaman adanya perbedaan antara individu (perceiver) dan orang lain. 

Sunday, February 02, 2014

DISIPLIN MURID DI SEKOLAH - WAJARKAH KITA BERTINDAK SECARA EMOSI?


Setelah anda baca artikel dibawah ini.....Fikir-fikirkan  kerana anak murid anda ibarat anak anda sendiri..

DIAMBIL DARI PORTAL kEMENTERIAN PENDIDIKAN

TAMIL NESAN BERTARIKH 29 JULAI 2010 & 2 OGOS 2010 – ADA TINDAKAN DISIPLIN PELAJAR DIDAPATI TIDAK BERSESUAIAN.

07 September 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar TAMIL NESAN dalam ruangan BERITA bertarikh 29 Julai 2010 & 2 Ogos 2010 – Ada tindakan disiplin pelajar didapati tidak bersesuaian.
Dimaklumkan bahawa fungsi asas sesebuah sekolah adalah sebagai institusi untuk mendidik. Hukuman yang dilaksanakan adalah dalam konteks mendidik atau mengajar mereka erti undang-undang dan pertanggungjawaban pematuhan undang-undang dan peraturan. Sungguh pun kuasa dan budi bicara diberikan kepada pihak berkuasa disiplin di sekolah, namun dalam pelaksanaannya pihak berkuasa tersebut telah diminta mengamalkan keadilan. Peraturan-peraturan yang lazimnya disebut sebagai ‘natural justice’ perlu dilaksanakan. Prinsip yang dinyatakan oleh peraturan-peraturan ini digunakan sejagat (universal application) dan sesiapa juga yang membuat sesuatu keputusan adalah tertakluk kepada mematuhinya. Ringkasnya, dalam konteks ini, seseorang murid itu tidak boleh dihukum tanpa diberi peluang belaan darinya.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga bersetuju dengan pandangan beberapa pihak bahawa hukuman melampau bukanlah cara mendidik dan jika dilakukan oleh seseorang guru, maka sebenarnya telah terkeluar dari prinsip dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari semasa ke semasa juga KPM telah mengeluarkan garis panduan agar pihak sekolah mematuhi tatacara hukuman kepada murid. Berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan, jenis-jenis hukuman yang dibenarkan oleh KPM untuk dilaksanakan di peringkat sekolah hanyalah AmaranDendaPenahanan (detention)RotanPenggantungan dan Pembuangan. Walaupun begitu, hukuman Rotan, Penggantungan dan Pembuangan hanyalah merupakan pilihan terakhir setelah semua usaha-usaha bimbingan, nasihat serta tunjuk ajar dilakukan, malah ada yang memaklumkannya terlebih dahulu kepada ibu bapa mereka.
Dalam hal penguatkuasaan disiplin di peringkat sekolah pula, Guru Besar / Pengetua telah diberi kuasa menjaga disiplin dalam kalangan murid-murid termasuk mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah sebagaimana perlu atau bermanfaat. Dalam hal ini, kesesuaian pilihan sesuatu hukuman adalah terletak kepada pihak berkuasa disiplin sekolah. Oleh yang demikian, pertimbangan sewajarnya perlu diambilkira oleh mereka terhadap hukuman yang dipilih.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Wednesday, November 06, 2013

Bila Waktu Telah Berakhir - Opick


Tika ini aku merasakan begitu sayu dan terharu. Ketakutan dan kegelisahan mengetuk pintu hati ku. Sejak kebelakangan ini aku menerima berita-berita yang kurang menceriakan. Beberapa keluarga terdekat dan rakan ku sedang menghadapi sakit yang kronik. Beberapa orang saudara dan rakan juga sudah pergi mengadap ilahi. Dan kini aku merenung jauh di depan ku, bagaimana aku?...Ya Allah, bila waktu ku akan berakhir?. sedangkan aku pada tika dan saat ini belum bersedia untuk mengadap Mu Ya Allah. Ampunkan aku.......




Lirik Bila Waktu Telah Berakhir - Opick
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi



Wednesday, October 30, 2013

REFLEKSI



6.1      Kekuatan Program
6.1.1   Kepimpinan Sekolah
Kepimpinan di sesebuah sekolah, penentu utama dalam memastikan kejayaan dan kegagalan sesuatu program adalah peranan pemimpinnya. Pengetua sekolah Menengah Dato’ Dol Said sentiasa peka dan proaktif dalam mengesan cabaran dan peluang yang akan menjana keberkesanan organisasinya. Untuk menjayakan program ini, pengetua  sekolah ini telah melaksanakan kepimpinan instruksional iaitu sentiasa memastikan proses pengajaran yang baik dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan. Kemahiran menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam mengeluarkan idea dan dapat menyelesaikan masalah dikongsi bersama guru-guru supaya program dapat memberi impak yang positif kepada sekolah. Beliau juga memberi penekanan dalam semangat kerja sepasukan. Sikap inginkan kejayaan dan optimistik selalu diterapkan dalam kalangan guru.
Stail atau gaya kepimpinan seseorang pemimpin haruslah mengambil kira tindakan yang lebih mengutamakan hubungan sesama manusia dan tidak menjurus kepada kepentingan diri atau pihak tertentu semata-mata. Justeru itu apabila dicadangkan tentang program Strive For As kepada pengetua, beliau  memberi sokongan padu terhadap program tersebut. Ini adalah kerana beliau juga mengajar Matematik Tambahan tingkatan 4 di sekolah. Beliau memahami keperluan dalam meningkatkan keputusan subjek ini dan memberi idea tentang atur cara dan pengisian program. Dengan gaya kepimpinan yang mempamerkan teori kepimpinan transformasi. Beliau berkebolehan membentuk dan menterjemahkan motif dan matlamat di kalangan pengikut untuk mencapai perubahan signifikan melalui kepentingan dan tenaga secara kolektif. Beliau menunjukkan komunikasi berkesan dalam penyampaian dengan cara yang berhemah tetapi tegas. Beliau mempunyai Individual Consideration sentiasa memberi maklumbalas yang konstruktif kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh saya dan sentiasa memberi peluang untuk saya mengeluarkan idea dalam melaksanakan program.
Glickman (1990) berpendapat seorang pemimpin kurikulum atau instruksional yang berkesan perlu menguasai tiga aspek iaitu Pengetahuan Asas. Memahami Bidang Tugas dan Menguasai Kemahiran yang bersesuaian. Kesemua bidang tugas tersebut  penentu kepada seorang pengurus yang berkesan.
 Dalam bidang Tugas yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
1.    Terlibat dalam proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal pelaksanaan kurikulum.
2.    Menyelia, memerhati dan menilai pengajaran guru.
3.     Merancang program pembangunan profesional.
4.    Memupuk iklim dan budaya sekolah positif
5.     Menjalin permuafakatan sekolah dengan komuniti
6.    Memastikan segala aktiviti sekolah berjalan lancar.

     Justeru itu, dengan kefahaman yang ada pada kepimpinan tertinggi dalam organisasi membolehkan pelaksanaan program berjalan dengan lancar kerana mendapat sokongan padu.

6.1.2    Kepimpinan Guru
           Peranan guru untuk menjalankan program ini sangat penting kerana program ini memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Guru-guru yang dipilih untuk menjadi jawatan kuasa program ini merupakan guru-guru yang sangat komited dan bersedia untuk mengorbankan masa bagi menjalankan program ini. Persiapan sebelum program yang telah disediakan oleh guru memberi keyakinan kepada pelajar untuk menyertai  program ini. Ia mendapat kepercayaan ibu bapa untuk melepaskan anak mengikuti program di luar sekolah.   
          Saya mendapati setiap guru yang terlibat mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Sikap keterbukaan dan kesediaan untuk memajukan anak-anak didik jelas kelihatan dari mula merancang hinggalah kepada pelaksanaan. Mereka mempamerkan teori kepimpinan situasi (situational leadership) atau (contingency leadership). Ketika mereka mengarahkan pelajar patuh mengikuti program ini mereka mempamerkan gaya kepimpinan autokratik supaya pelajar tidak mengambil mudah tentang kursus ini. Apabila mereka mengajar, guru-guru ini menggunakan gaya kepimpinan lazzerfaire. Cara yang lebih lembut dan memujuk kerana membimbing pelajar dalam matematik Tambahan memerlukan kesabaran. Guru-guru juga dapat mewujudkan semangat untuk belajar dan seronok dalam pembelajaran Matematik Tambahan. Mereka  berjaya meletakkan visi dan sense of purpose yang jelas kepada peserta untuk membolehkan pelajar bekerja kuat  untuk mencapainya. Mereka berjaya meletakkan piawai dan matlamat yang tinggi supaya pelajar tahu akan keperluan lulus dalam mata pelajaran ini dan seterusnya

6.1.3      Kepimpinan Pelajar
Dalam program ini pelajar diajar memimpin dalam beberapa aspek seperti pemimpin dalam kumpulan perbincangan, memimpin bacaan Yasin, solat dan menjaga kebajikan dan keselamatan sesama rakan dalam kediaman masing-masing. Dalam hal ini, saya mendapati ada beberapa orang pelajar boleh diketengahkan untuk menjadi pemimpin. Mereka telah dapat menjalankan tanggung jawab sebagai ketua bagi jawatankuasa tertentu. Kepimpinan di peringkat pelajar ini berupa kepimpinan laizzer-faire di mana arahan rakan kepada rakan yang lain dalam bentuk bukan mengarah tetapi bekerjasama. Arahan yang diberi dapat diterima oleh rakan-rakan dengan hati terbuka.
Sikap toleransi antara satu dengan lain dan menghormati budaya masing-masing terserlah dalam program ini, Pelajar Cina dan India yang terlibat dalam program ini menghormati aktiviti yang dilakukan oleh pelajar Islam seperti bacaan doa dan bacaan Yasin sebelum memulakan program, mereka diam dan menghormati suasana tersebut. Kesannya, suasana semasa program berjalan dengan harmoni dan perbincangan dapat dijalankan dengan gembira.
  
6.1.4      Kepimpinan PIBG
Kepimpinan PIBG di sekolah ini amat di kagumi oleh semua warga sekolah. Kesemua ahli jawatankuasa PIBG menyokong sepenuhnya aktiviti yang dicadangkan oleh saya semasa saya membuat pembentangan dalam mesyuarat jawatankuasa PIBG. Pengerusi PIBG sekolah ini yang diketuai oleh Yang Di pertua PIBG Tuan Haji Doktor Ihsan Bin Osman merupakan seorang YDP yang mempunyai wawasan. Beliau mempunyai karisma dan mempamerkan gaya kepemimpinan transformasi. Beliau telah menjadi YDP selama 12 tahun. Walaupun beliau tidak lagi mempunyai anak di sekolah ini namun setiap tahun beliau terpilih untuk menjadi YDP kerana keprihatinan beliau terhadap pencapaian akademik dan pembangunan sekolah.
Beliau mempunyai visi yang jelas dan memahami misi yang perlu dilaksanakan di sekolah ini terutama dalam melaksanakan sarana ibu bapa.  Dalam melaksanakan program Strive For As, pihak PIBG telah meluluskan sebanyak RM2200. Semasa perasmian yang dirasmikan oleh YDP sendiri, beliau telah menyahut tentang perlunya sarana ibu bapa dalam program sekolah. Beliau memberikan motivasi serta dapat mencetuskan semangat dalam kalangan pelajar untuk cemerlang dalam Matematik Tambahan dengan memberi tips-tips belajar matematik. Dalam ceramah tersebut beliau mengumumkan penambahan sebanyak RM300 untuk insentif pelajar dan sebanyak RM600 untuk pembelian buku Modul Matematik Tambahan untuk pelajar yang mengikuti program. Keseluruhan dana yang dikeluarkan oleh PIBG ialah RM3100. Jelaslah di sini pihak PIBG telah membiayai sebahagian dari perbelanjaan program tersebut dan ini menunjukkan PIBG memberi kerjasama dan sokongan yang amat padu kepada pelaksanaan program.

6.1.5   Jalinan Dan Jaringan
Dalam program ini juga, orang luar juga telah dilibatkan. Ustaz Ayob Bin Hanafi merupakan seorang  penceramah bebas dan juga merupakan seorang guru dari sekolah berdekatan telah dijemput untuk memberi slot tazkirah dan solat hajat yang diadakan pada jam 11.00 malam, 4 Jun 2013. Dari kaji selidik yang diberikan, slot ini amat disukai oleh pelajar kerana mengingatkan tentang keperluan mencari ilmu dan cemerlang dalam kehidupan. Pada pandangan saya  ustaz mempamerkan gaya kepimpinan situasi di mana ketika memberi tazkirah, beliau meletakkan diri beliau sesuai dengan keadaan pelajar ketika itu. Beliau dapat mempengaruhi pelajar untuk fokus mendengar dan mengikuti aktiviti sehingga habis walaupun pada lewat malam hari.
          Pihak urus setia juga telah menjemput seorang pensyarah Matematik Tambahan bagi menjadi fasilitator bagi membantu guru sekolah ini mengajar pelajar. Dengan adanya orang luar dalam aktiviti ini, pelajar mendapat kelainan dari segi pendekatan pengajaran. Di samping itu pensyarah tersebut memberi rahsia untuk minat dalam subjek Matematik Tambahan.
          Dalam program ini juga, terdapat 4 orang murid dari sekolah luar terlibat iaitu pelajar dari sekolah berdekatan dan sekolah berasrama penuh. Peluang untuk peserta bergaul dan berbincang memberi ruang kepada pelajar bertukar-tukar pendapat serta memberi saingan yang positif dalam melihat pencapaian akademik pelajar dari sekolah lain.
          Kesimpulannya, pada keseluruhannya, program ini telah dapat mencapai objektif awal untuk memberi pelajar seberapa banyak soalan-soalan berformat SPM bagi tajuk-tajuk terpilih. Walaupun  kepantasan pelajar berbeza, namun ia dapat menimbulkan satu hubungan silaturahim untuk menambah ilmu di kalangan pelbagai kaum. Program ini juga menyumbang kepada penghayatan nilai dan perkongsian aspirasi apabila individu dari pelbagai latar belakang
sosioekonomi, agama dan etnik berinteraksi serta belajar memahami dan menerima perbezaan. Nilai dan pengalaman yang dikongsi akan mengukuhkan lagi perpaduan dan membentuk satu identiti nasional seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

6.2         Kelemahan Program
Tidak dinafikan bahawa dalam sesuatu program ada kelemahannya. Dalam program ini kelemahan yang tidak dapat dikawal ialah masa. Masa terlalu pendek untuk mendapat impak yang besar. Aktiviti sekolah terlalu padat di mana ketika program berjalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan sukan permainan peringkat negeri sedang berjalan. Program hanya dapat dilaksanakan pada hujung minggu. Sepatutnya pelajar yang terlibat dalam pre-test seramai 32 orang tetapi yang dapat menghadirkan diri untuk pre-test hanya 23 orang kerana selebihnya mereka terlibat dalam pertandingan Sofball peringkat negeri.
 Jarak ujian pre-test dan post-test juga agak jauh iaitu  selepas 10 hari  memberi kesan terhadap ingatan. Program di hotel hanya dapat dilaksanakan pada masa cuti sekolah. Sehubungan  itu pelajar  sentiasa diingatkan supaya sentiasa membuat latih tubi secara rutin supaya pengekalan maklumat lebih lama dalam minda. Program Strive For As amat baik untuk diberikan kepada semua pelajar yang mengambil Matematik Tambahan tetapi program sebegini hanya dapat dilaksanakan kepada kumpulan kecil kerana kos mengendalikan program tersebut agak tinggi dan tenaga pengajar juga tidak mencukupi. Justeru ramai pelajar tidak berpeluang untuk mengikuti program tersebut.
Pelajar yang mengikuti program ini terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM50.00 untuk penginapan dan makan di hotel. Selebihnya kos ditanggung oleh PIBG. Pelajar yang kurang berkemampuan tidak mungkin dapat mengikuti program yang melibatkan pengeluaran wang. Seterusnya cuti sekolah merupakan masa bagi pelajar berehat dan bersama keluarga. Program semasa cuti sekolah akan menafikan rehat pelajar dan bagi keluarga yang sudah mempunyai perancangan bercuti, pelajar tidak berpeluang untuk hadir dalam kursus tersebut.
          Pembentangan kertas soalan oleh pelajar tidak cukup. Pendedahan terhadap pembentangan jawapan pelajar perlu diperbanyakkan untuk melihat kemampuan pelajar menjawab mengikut format peperiksaan di samping melihat kelebihan dan kekurangan pelajar yang boleh ditambah baik oleh guru. Sepatutnya pelajar juga diberi peluang untuk memilih soalan yang dirasakan tidak boleh diselesaikan selama ini supaya berlaku perkongsian ilmu yang menarik dan pelajar merasa lega dan bangga jika soalannya antara yang terpilih. ,
Kesimpulannya, kelemahan bagi program ini bukan masalah yang besar tetapi ia merupakan penghalang-penghalang kepada kejayaan. Jika halangan ini dapat di atasi dengan pengorbanan tidak ada sebab kecemerlangan tidak dapat di capai.

  6.3       Cadangan Penambahbaikan

            “Bagi mencapai aspirasi yang tinggi di tengah-tengah persekitaran global yang semakin berdaya saing, kita tidak boleh berdiam diri. Negara memerlukan transformasi sistem pendidikan yang menyeluruh”                                     
                                       YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (2012)

          Bagi pemimpin yang akan menerajui sebuah organisasi, sewajarnya petikan kata-kata dari Perdana Menteri dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dihayati dengan kefahaman yang jelas. Transformasi dalam pendidikan perlu dilakukan demi untuk kita bersaing dalam peringkat global. Untuk ke arah itu, satu perubahan yang besar perlu dilakukan dalam sekolah.
           Menurut  M.Fullan 'The Drivers of Change' menerangkan bahawa dalam menghadapi proses perubahan terdapat 8 pemacu perubahan atau strategi untuk sebuah komuniti berubah. Dalam proses tersebut setiap warga komuniti perlu mempunyai satu tujuan, visi dan misi, dan membina kapasiti untuk melakukan perubahan melalui komitmen, sumber dan pengetahuan baru. Dengan memahami proses perubahan, ia akan membina budaya pembelajaran dan budaya penilaian. Dalam proses perubahan banyak halangan akan dihadapi namun kecekapan pemimpin menangani halangan tersebut amat diperlukan iaitu dengan menghormati mereka dan sentiasa bersikap terbuka, tenang dalam membuat perubahan.
Fullan (2011)  juga menyatakan untuk mendapatkan hasil yang baik dalam melakukan perubahan memerlukan satu tekanan yang positif. Tekanan yang positif ini mendorong kepada kebaikan. Perubahan perlu dibuat dengan segera dan tidak ditangguh bagi kemajuan bangsa dan negara. Perubahan sangat sukar dilakukan malah menyakitkan namun ia amat perlu bagi perkembangan diri dan organisasi.
          Justeru itu, dalam mengurus perubahan dalam organisasi, seorang pemimpin itu perlu berani mengambil risiko, perlu proaktif dan sentiasa berfikiran strategik iaitu Think Big, Deep and Long bagi mencapai satu objektif. Dalam program Strive For As ini  ia bukan sahaja dilaksanakan untuk Matematik Tambahan namun pada masa akan datang ia boleh dikembangkan kepada lain-lain subjek. Walaupun banyak menggunakan kos namun kita boleh mengatasi dengan pelibatan ibu bapa, komuniti dan agensi luar dengan  mendapat bantuan dari segi kewangan dan tenaga jikalau kita mempunyai hubungan jaringan dan jalinan yang baik dengan mereka. Peranan PIBG akan diperluaskan untuk menyediakan satu jaringan sokongan yang dikenali sebagai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa atau Parents Support Group (PSG).  Ahli PIBG juga boleh membantu meningkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti dan program di sekolah dalam bidang seperti tadbir urus, pengumpulan dan (derma), tenaga kerja, dan perkongsian kepakaran. Di sinilah peranan seorang pemimpin dalam berkomunikasi sangat penting. Komunikasi yang baik antara pemimpin dengan PIBG dan komuniti akan memberi manfaat kepada pembangunan sekolah.
          Peranan guru dalam menuju matlamat organisasi amat penting. Sebagai pemimpin, kita seharusnya membina kapasiti guru dan staf sokongan yang ada di dalam organisasi. Mengenal pasti kebolehan yang ada pada orang bawahan kita akan memudahkan untuk kita mengupayakan mereka bekerja secara optimum. Seterusnya kita dapat membentuk organisasi bekerja sepasukan, satu visi dan misi, satu matlamat kerana mereka mempunyai kemahiran dalam bidang masing-masing. Ini akan memudahkan kita mencapai apa yang di hasratkan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu untuk memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia yang bersedia untuk menghadapi cabaran abad ke-21.  
           Dalam menjalankan program,  kreativiti dan inovatif sangat penting diterapkan di dalam sekolah pada masa kini kerana kreatif dan inovatif akan menjadikan seorang itu sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah ciri-ciri murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi cabaran masa depan terutama dalam memasuki era 2020. Ia melibatkan kombinasi antara idea baru dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi suatu yang baru.        
           Secara umumnya terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar, iaitu kurikulum, guru dan pelajar (Entwistle, 1988).  Rajah 8  menunjukkan hubungan antara faktor kurikulum, pelajar, penilaian, dan strategi pengajaran mempengaruhi pendekatan pembelajaran pelajar. Kurikulum yang dibentuk memainkan peranan penting ke arah mewujudkan iklim pengajaran yang dapat menarik minat pelajar. 
Rajah 8: Faktor yang mempengaruhi pendekatan pembelajaran 



          Faktor penilaian terhadap pelajar juga memainkan peranan yang penting ke arah membentuk pelajar menggunakan sama ada pendekatan permukaan, dalaman dan mencapai. Jika soalan yang diberikan kepada pelajar berbentuk fakta yang melampau, maka pelajar akan menghafal fakta untuk diluahkan dalam peperiksaan. Tetapi sekiranya soalan berbentuk kefahaman maka pelajar akan cuba memahami kandungan secara mendalam.

          Pengetahuan sedia ada pelajar juga mempengaruhi pendekatan pembelajaran mereka. Pelajar yang lemah pada peringkat asas dalam matematik, apabila diajar dengan konsep baru yang berkaitan dengan pengetahuan asas, mereka tidak mampu kaitkan pengetahuan sedia ada dengan konsep yang baru dipelajari. Lantas mereka akan menggunakan pendekatan permukaan iaitu menghafal tanpa mengetahui makna isi pelajaran tersebut. Disebabkan setiap individu berbeza dari segi fizikal dan kognitifnya maka pelbagai kaedah pengajaran digunakan untuk memastikan pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan secara bermakna.
          Kajian yang telah dijalankan oleh Dunn & Dunn (1992), menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih berdisiplin dan mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran apabila pengajaran disesuaikan dengan pendekatan pembelajaran pelajar. Para penyelidik pendidikan menyokong perancangan program pendidikan yang mencerminkan pendekatan pembelajaran dengan tepat. Ini berdasarkan pendapat bahawa semua pelajar tidak belajar dengan cara yang sama, oleh itu mereka tidak seharusnya diajar dengan teknik yang sama. Dunn & Dunn (1992) telah mengatakan:
“... that providing alternatives for students who learn in different ways is an excellent move towards obtaining increased academic achievement.”
          Oleh itu, pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza-beza, maka guru harus mempelbagaikan pendekatan pengajaran supaya pengajaran guru memberi manfaat kepada pelajar yang dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik. Bukti-bukti yang telah dikumpulkan setakat ini membolehkan kita membuat kesimpulan bahawa pendekatan pembelajaran memainkan peranan penting dalam proses yang kompleks dalam perkembangan pendidikan dan pilihan kerjaya seseorang individu. Jadi pengetahuan tentang pendekatan pembelajaran seorang pelajar adalah sangat berguna kepada kita semua dalam membimbing mereka ke arah jalan akademik dan kerjaya yang sesuai apabila mereka menamatkan pengajian nanti.
          Secara umum, Kurikulum Matematik Tambahan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan, keterampilan dan minat pelajar dalam pembelajaran matematik (Sukatan pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah, (2000). Oleh itu, pelajar perlu dibawa keluar dari kepompong pemikiran yang sempit terhadap matematik kepada bentuk yang lebih praktikal dan analitis yang memerlukan pemahaman konsep. Dalam usaha ke arah itu, guru mestilah  kreatif dan inovatif  dalam  mengesan minat  pelajar. Cara mereka belajar dan menjawab soalan bahkan perlu mendalami cara mereka berfikir serta berinteraksi dalam memahami sesuatu konsep matematik juga perlu diambil berat oleh guru.

 Kreativiti dan inovasi tidak boleh diajar tetapi ia boleh diterap secara tidak langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang. Dengan kata lain, dalam apa jua mata pelajaran,  elemen kreativiti dan inovasi itu boleh diajar oleh guru melalui pendekatan pengajaran yang berpusat kepada murid atau  student centre. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti kuiz, forum, syarahan, bahas, membuat projek, kerja berkumpulan dan tugasan luar bilik darjah sangat digalakkan. Aktiviti tersebut akan menggalakkan murid berfikir, berbincang, membuat rujukan, menyediakan nota dan menghasilkan tugasan tersebut. Ini akan menggalakkan percambahan idea dan dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar. Pelajar akan mendapat kemahiran berfikir aras tinggi atau high order thinking skills  Bentuk proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasi idea baru.  Seterusnya, diharapkan pelajar dapat menggunakan pendekatan ini supaya mereka dapat mencapai dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari untuk memakmurkan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.