Semalam merupakan hari akhir persekolahan bagi tahun 2015. Kini hampir satu setengah tahun aku berada di sekolah ini. Dalam kesibukan mengurus sekolah, masa berlalu begitu pantas sekali.Dalam satu setengah tahun ini aku belajar banyak perkara. Menjawat jawatan yang tertinggi di sebuah sekolah bukan lah satu kebanggaan atau perkara yang dirasakan istimewa. Usahlah bermimpi akan keindahan dalam memegang jawatan ini. Apabila masuk sahaja ke jawatan pengetua, jangan lah kau tangisi dan kenangi masa lampau mu...tiada yang tak beranjau...banyak yang menyesakkan dada dan memeningkan kepala. Bayangkan dari rumput hinggalah ke bumbung bangunan...semuanya dalam pemikiran kita. Belum masuk tandas pelajar yang sentiasa perlu diselenggara dan bla bla bla...yang tak pernah habis...
Masuk sahaja ke pintu pagar dan melapor diri...di situla bermulanya perjalanan hidup seorang pengetua. Maka segala perkara yang telah dipelajari menjadi rujukan bagi meneruskan karier dan memertabatkan profesion pendidikan. Dalam mengurus sekolah, 9 kompetensi bagi seorang guru besar dan pengetua perlu diambil perhatian. Andai salah satu tertinggal...maka akan pincang la pengurusan kita. 9 kompetensi pengetua Malaysia adalah berdasarkan aspek kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran
dan amalan dalam bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, pentadbiran pejabat,
persekitaran dan kemudahan fizikal, sumber manusia, dan perhubungan luar,
Lihatlah betapa banyaknya kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.
Namun mengurus sekolah seorang diri bukanla layaknya aku...kerana aku tak mampu bergerak sendirian.
Benarlah seperti yang di maklum...kita adalah pemimpin...pemimpin yang berkesan berupaya membawa sekolah kepada landasan yang betul. Yang penting cabaran yang sangat menekan yang menyiksa kehidupan kita dapat kita atasi dengan tabah.
Kepada bakal-bakal pemimpin diluar sana...fahamila...apakah tujuan kita berada di tampuk ini. Andai kelian hanya mengejar pangkat dan glamer...berundurla...kerana meneruskan kerjaya dengan niat demikian merupakan satu dosa kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain terutama kepada anak bangsa kita...malah juga berdosa kepada negara,
Kepimpinan yang dinamik penuh integriti akan membawa kepada kemenjadian pelajar bukan sahaja dari segi akademik namun juga kepada kecemerlangan sahsiah dan kokurikulum. Seorang pengetua perlu menjadi kapten dan membawa guru-guru, staf sokongan dan seluruh warga sekolah kepada destinasi yang jelas.
Sunday, November 22, 2015
Tuesday, June 16, 2015
BICARA HATI SEORANG PENGETUA
Oh please...wake up..wake up...aku menjerit dalam monolog ku sendiri. Dah berbulan-bulan aku bagaikan orang yang mati jiwa...tak ada perasaan kot..hingga aku tak mampu untuk menulis lagi. Entahla ku kira aku mempunyai ruang waktu yang luas untuk menitikkan huruf abjab di hadapan ku namun hidup ku bagai kegersangan ide dan kehilangan kudrat untuk melontarkan tulisan ku.
Banyak penulisan ku hanya tinggal separuh jalan. Semuanya tak berkesudahan..Mampukah aku bangun dalam ketiduran ku yang panjang...Wahai diri...ku pujuk hati ku...aduhhhh
Apa yang terjadi??? Persoalan ini perlu dijawab. Kenapa...mengapa...
Inilah realiti yang perlu ku hadapi sendiri... Kalau takut lemas jangan bermain di tepi pantai. Kalau kail panjang sejengkal jangan cuba ke laut dalam... Namun aku bukannya ke sini dengan paksaan...aku yang merelakan untuk terjebak di sini..dan kini aku terdampar dalam kemelut kesibukkan yang tak terdaya untuk aku harungi...
Ya Allah... berilah aku kekuatan untuk aku meneruskan perjuangan ini. Mana mungkin aku kalah dalam pertempuran ini sedangkan aku baru melangkah ke medan peperangan. Di mana telah ku tinggalkan semangat juang ku dalam mendidik anak bangsa ku...Aku layu mengharungi kehidupan ku sebagai komandan dalam organisasi ku...nampak kuat di mata yang lain namun aku telah lemah dalam diri ku.....kecewa...sangat kecewa...Air mata tidak mampu mengalir...hanya senyum yang tak bermakna menyelubungi ku..
Namun adakah perasaan yng aku rasakan ini merupakan kelemahan ku.....
Julai 2014... tika aku menjejakan kaki ke sekolah...aku begitu bersemangat untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.. Banyak ranjau duri dalam masa 6 bulan pertama dapat kutempuhi dengan sabar. Membuat pelbagai perubahan fizikal, mengubahkan minda guru ku dari zon selesa kepada lebih berdaya saing, cuba mengubahkan persepsi masyarakat tentang sekolah yang bermasalah kepada sekolah yang mempunyai potensi maju dan mendidik warga sekolah ke arah sayangkan sekolah. Pelbagai program warga pendidik laksanakan...namun kejayaan dari segi akademik belum nampak kejayaanya. Aku merasa begitu kerdil pabila berada dalam kelompok pengetua-pengetua sekolah yang berjaya...Adakah ini ujian dan cabaran bagi ku....
Persoalan ini melingkari dalam otakku...Aku pernah menyuarakan luahan rasaku kepada penolong kanan ku...terasa terharunya respon mereka..."Puan...kami perlukan puan di sini...kami dah lama tunggu puan untuk mentadbir di sini. Kami percaya puan mampu untuk membuat perubahan..." Aduh..sakitnya tuh ku di sini..rasa sengget bahuku...mereka memerlukan aku untuk membuat transformasi ini...rasa mengalir airmata ku..walaupun sebenarnya airmata sudah tidak ada lagi.
Aku kecewa kerana sekolah ku nombor 3 tercorot di negeri dari segi akademik. Aku kecewa kerana murid-murid ku ramai datang dari sosio ekonomi yang rendah. Aku kecewa kerana banyak kes ponteng sekolah. Aku kecewa kerana banyak kes disiplin...aku kecewa...aku kecewa..................
Hampir setahun aku menjawat jawatan pengetua di sekolah yang macam-macam ada..Jauh disudut hatiku...terselit rasa kasih dan sayang kepada anak-anak ku yang ramai dalam kalangan mereka hidup pergi sekolah balik sekolah tanpa dihirau oleh ibu bapa mereka. Ramai juga yang mencari nafkah di malam hari untuk menampung keluarga di rumah. Ada juga yang tak mampu untuk ke sekolah kerana tambang bas tiada. Wahai anak-anak ku....dalam kekecewaan aku terhadap kelian aku rupanya masih menyayangi kelian. Wajah-wajahmu bermain dikhayalanku... Kenakalan mu ada kala menerbitkan kemarahan ku namun kenakalan mu merebutkan kasih seorang ibu...sebak dadaku dalam tanggung jawab yang wajib ku dukung...Di mana aku yang dulu begitu ceria...di mana aku yang dulu berlari mengejar waktu...di mana aku yang dulu sanggup berjuang membantu kelian...

PERSOALAN DEMI PERSOALAN MEMBAWA AKU UNTUK MUHASABAH DIRI. MELIHAT DIRI YANG ALPA TENTANG KEBESARAN MU YA ALLAH. YANG HANYUT DALAM MENGEJAR KEJAYAAN, YANG SENTIASA SIBUK DENGAN KEDUNIAAN. ALLAH TELAH MENGETUK AKU DARI MIMPI YANG TAK INDAH...UNTUK AKU HIDUP DALAM REALITI KEHIDUPAN YANG SEBENAR.
Saturday, September 13, 2014
BLESSING IN DISGUISH - perpisahan ada hikmahnya
![]() |
Hadiah yang ku terima semasa perhimpunan di padang |
![]() |
Hadiah semasa di hotel...TQ guys..love you muah muah |
Terima kasih teman dan anak-anak Dol Said kerana telah memberi satu penghargaan yang tak ternilai. Perhimpunan di Dataran SMK Dato' Dol Said diraikan oleh semua warga sekolah termasuk pekerja swasta. Yang paling mengharukan pekerja swasta memberi hadiah. Walaupun murah harganya namun nilai nya sangat tinggi...kerana the tought that is matter.
Terima kasih ku jua kepada PIBG, Guru dan Staf sokongan kerana meraikan perpisahan ku di hotel 5 bintang...Holiday Inn Melaka..Terima kasih jua atas pemberian hadiah. Kata suami ku hadiah yang aku dapat mengalahkan hadiah kawin kami...syukur alhamdulilah...
Selamat tinggal bunga ku
Aku bermohon pergi dahulu
Terima kasih seruan ku
Jasa mu untuk diri ku
Ke timur atau ke utara
Tak tentu dimana nak tujukan
Setitik airmata
Dititiskan dibuang jangan
Sekiranya aku masih
Berada nun jauh di balik awan
Salam yang bahagia
Khabar yang gembira ku kirimkan
Inikah akhir bertemu
Bila nian kan berjumpa lagi
Ingatlah pesanan ku
Jaga baik diri mu sendiri
( Lagu : Johar Bahar / Ahmad Wan Yet - Lirik : Johar Bahar )
Sumber :selamat-tinggal-bungaku-sm-salim.
Tuesday, September 09, 2014
Eh! dah jadi pengetua
Nak kata mimpi tak pula. Tiba-tiba aku dimaklumkan oleh Pembantu tadbir bahawa aku dikehendaki berada di bilik Kesidang Jabatan Pendidikan Melaka pada petang hari khamis 17 Julai 2014. Wah! apa lagi semua staff dalam pejabat mengucapkan tahniah pada ku...sebab yang telefon tuu pegawai dari unit naik pangkat. Aku menyangkakan aku akan naik pengetua mungkin selepas bulan ogos atau september memandangkan kenaikan pangkat mengikut peraturan baru (mesti ada Sijil NPQEL) akan mula di kuat kuasa selepas Jun. Namun aku sekali lagi terkejut...aku naik pangkat kerana aku berada dalam bakul DG 52. Lantikan bermula 30hb Jun 2014.
![]() |
Bariasan pengetua baru |
![]() |
Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Tuan Haji Rashid Bin Husin menyampaikan surat pelantikan pengetua |
![]() |
Kami dikenali sebagai NORSIAH TWIN sbb nama kami sama |
PEJAM CELIK PEJAM CELIK....hah! berjaya juga akhirnya
Tanggal 3hb Mei 2015, mencatatkan sejarah manis dalam hidup ku. Setelah bertungkus lumus mengejar sekeping sijil NPQEL, akhirnya aku telah mengenggam sekeping kertas merupakan tiket bagi ku meneruskan karier dalam pendidikan.
Sukar dinyatakan bertapa pengorbanan seorang isteri dan ibu meninggalkan keluarga mendaki Institut Aminudin Baki di Gohtong Genting. Sangat sukar untuk diceritakan...tak dapat aku coretkan dalam titipan kali ini. Namun dapat ku nyatakan di sini...sokongan keluarga dan rakan-rakan seperjuangan yang terus menerus menyebabkan aku cekal dan tabah menghabiskan kursus ini. Alhamdulilah...tarikh keramat yag perlu aku ingati...dalam usia 53 tahun rupanya aku masih berdaya untuk belajar dan belajar.

Thursday, February 27, 2014
Alahai interview DG52....
Tak pernah terfikir oleh ku bertapa sukarnya laluan untuk menjadi pengetua. Pabila PPPM dilaksanakan dalam gelombang 1 (2013-2015). Aku terkedu kerana syarat untuk menjadi pengetua mestilah mempunyai NPQEL....dah lama rasanya menjadi guru penolong kanan pentadbiran, rasanya high time nak merasa jadi pengetua. Syarat mandotori ini amat perit untuk dibuat. Apa taknya dalam usia 5 siri ini, mampukah aku untuk belajar lagi..... Hah! akhirnya aku berjaya dalam kursus NPQEL selama 5 bulan setelah melalui pelbagai ujian mendaki genting tiap minggu, belajar hingga ke pagi, menyiapkan assignmen yang bertimbun-timbun sambil menguruskan sekolah dan rumah tangga. Hebatkan...
Kini tiba saatnya aku terpaksa memohon jawatan memangku DG 52 untuk pengetua...ok aku teruskan dan tiba masanya aku akan dipanggil untuk temuduga...Aduhai! rasanya makan nasi dah tak kenyang begitu juga tidur dah tak tentu arah..Dalam masa seminggu lebih aku terpaksa membuat fortfolio tentang projek yang pernah aku buat yang memberi impak yang besar kepada sekolah. Selepas temuduga saya diminta untuk update maklumat diri kerana dimaklumkan untuk dihantar ke SPRM untuk tapisan. Adui! dah lah sesi temuduga banyak soalan cepu mas. Aku nasihatkan kau orang fahamilah apa yang dipelajari di NPQEL. Banyak ilmu di sana diguna pakai masa temuduga...Setelah bersusah payah begini ku harapkan pemangkuan DG52 akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Amin..
Di bawah ni ku coretkan fortfolio ku yang perkataan lebih kurang 700 perkataan seperti yang di kehendaki oleh penemuduga.
Program MUTIARA “A” PMR
Rasional
Prestasi pencapaian pelajar
dalam peperiksaan Percubaan PMR 2013 amat mendukacitakan dan sangat
membimbangkan. Keputusan terlalu jauh dari mencapai sasaran.
( Rujuk Lampiran 1- 2
)
Gred Purata Mata Pelajaran
bagi 9 mata pelajaran untuk percubaan 2013 jatuh berbanding keputusan PMR 2012. Dapatan menunjukkan:
1.
Murid belum bersedia untuk
menghadapi peperiksaan.
2.
Murid tidak cukup latihan.
3.
Murid tidak fokus dalam belajar.
Berdasarkan faktor ini, satu
program yang drastik telah dirangka bagi meningkatkan prestasi murid supaya sasaran
GPS PMR bagi sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dapat dicapai iaitu
sebanyak 2.5. (Rujuk lampiran 3)
Program ini khusus untuk membantu pihak sekolah mencapai matlamat melalui 3 strategi iaitu:
1.
Mengumpulkan murid kumpulan cemerlang berdasarkan pencapaian
peperiksaan percubaan PMR 2013.
2.
Membuat “team teaching” dalam kalangan guru tingkatan 3.
3.
Membuat latih tubi berfokus.
Dalam mengurus perubahan
dalam organisasi, saya sebagai Guru Penolong Kanan pentadbiran bertanggung jawab sepenuhnya dalam bidang
kurikulum. Saya mengambil tindakan yang strategik, berani dan proaktif untuk
meningkatkan GPMP bagi setiap mata pelajaran.
( Rujuk lampiran 4 - 7 kertas kerja program)
Seramai 70 orang murid dikenal
pasti sebagai murid yang berpotensi untuk cemerlang berdasarkan peperiksaan Percubaan
PMR. Guru yang terlibat terdiri dari semua guru tingkatan 3. Semua mata
pelajaran yang diajar pada waktu petang akan menggunakan strategi “team
teaching”.
Latihan yang diberikan
kepada murid adalah soalan-soalan pada tahun lepas dan juga soalan dari sekolah
berasrama penuh. Latihan berbentuk objektif dan struktur.
Dalam
proses melaksanakan program tersebut, setiap warga komuniti perlu mempunyai
satu tujuan dalam melakukan perubahan melalui komitmen, sumber dan kerja
sepasukan. Fullan (2011) menyatakan untuk mendapatkan hasil
yang baik dalam melakukan perubahan memerlukan satu tekanan yang positif.
Tekanan yang positif ini mendorong kepada kebaikan. Justeru itu saya mengambil
keputusan untuk tidak berlengah dengan memanggil semua guru yang mengajar
tingkatan 3 untuk menerangkan visi dan misi sekolah.
( Rujuk lampiran 7 – 9 )
Jadual guru dan kelas
disusun semula untuk membolehkan program dijalankan tanpa sebarang halangan. Guru-guru
yang bertugas pada waktu petang diberi sagu hati kerana mereka sanggup
berkorban masa dan tenaga bagi kelangsungan program ini. Guru bidang dan ketua
panitia diarah untuk membuat pemantauan dan menyiapkan modul. Jadual kehadiran
guru dan murid disediakan dan semua laporan atau aduan akan segera diambil
tindakan supaya program dapat dijalankan dengan berkesan. Penyelaras
kecemerlangan tingkatan 3 menguruskan dan menyediakan kemudahan murid dibantu
oleh guru pelatih yang membuat latihan mengajar di sekolah ini. Staf sokongan
pula diminta untuk membantu guru dalam urusan mencetak, menyusun modul dan
menyediakan tempat. Program Mutiara A ini dicanang dan disebarkan
dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa bagi memberi kejutan dan kesedaran
tentang transformasi yang perlu dilaksanakan bagi menempa kejayaan.
Saya mendapat bantuan dari
segi kewangan dari PIBG untuk menampung perbelanjaan makan tengah hari dan
bayaran sagu hati guru. Peruntukan PCG pula digunakan dalam menampung
perbelanjaan kertas.
Bolehlah saya katakan dalam melaksanakan program Mutiara A, kapasiti manusia dapat dibangunkan
secara optimum. Sebagai penggerak utama dalam misi ini, saya sentiasa
mengingatkan di perhimpunan, siaraya dan papan kenyataan tentang peranan dan
tanggung jawab setiap individu dan sentiasa diulang supaya warga sekolah tidak
alpa.
Impak Program Mutiara “A”
( Rujuk
lampiran 10 – 14 )
Keputusan
PMR 2013 menunjukkan 7 mata pelajaran meningkat GPMP. Seramai 27
orang murid mendapat “straight A”. 10 mata pelajaran, peratus
pencapaian mengatasi pencapaian peringkat Nasional dan Negeri. Peratus
pencapaian keseluruhan PMR, untuk sekian kalinya memecahkan angka 80 selama 13
tahun iaitu sebanyak 80.1%. Gred Purata Sekolah melebihi sasaran sekolah
dan Jabatan Pendidikan Melaka iaitu 2.48.
Refleksi
Saya dapat melaksanakan
kepimpinan instruksional dengan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
berkesan. Kemahiran menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam
mengeluarkan idea dan dapat menyelesaikan masalah dengan berkongsi bersama
guru-guru supaya pelaksanaan program berjalan lancar dapat memberi impak yang
positif kepada sekolah. Sikap inginkan kejayaan, optimistik dan bekerja dalam semangat kerja
sepasukan juga dapat diterapkan dalam kalangan guru. Dengan mempamerkan teori kepimpinan transformasi, saya dapat menterjemahkan
matlamat sekolah kepada subordinat untuk mencapai perubahan signifikan melalui
kepentingan dan tenaga secara kolektif.
Cadangan penambahbaikan.
Program perlu
dilaksanakan lebih awal iaitu berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun. Jangka
masa program lebih panjang, banyak latih
tubi dapat dibuat. Peranan (Kumpulan Sokongan
Ibu Bapa – KSIB) boleh membantu meningkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti
dalam bidang perkongsian kepakaran.
***************************************************************
Thursday, February 13, 2014
DEFINASI EMPATI
Pengertian Empati -1909 berasal dari bahasa latin em
dan pathos yang artinya feeling into.
Empati berasal dari bahasa Yunani yang berarti
“ketertarikan fisik”. Sehingga dapat di defenisikan sebagai kemampuan seseorang
untuk mengenali, mempersepsi, dan merasakan perasaan orang lain.
Psikolog Edward Titchener (1867-1927) memperkenalkan
"empati" pada 1909 ke dalam bahasa Inggris sebagai terjemahan dari
istilah Jerman "Einfühlung" (atau "perasaan menjadi
Beberapa ahli psikology mengatakan defenisi empati yaitu :
a. Menurut
Bullmer, empati adalah suatu proses ketika seseorang merasakan perasaan orang
lain dan menangkap arti perasaan itu, kemudian mengkomunikasikannya dengan
kepekaan sedemikian rupa hingga menunjukkan bahwa ia sungguh sungguh mengerti
perasaan orang lain itu. Bullmer menganggap empati lebih merupakan pemahaman
terhadap orang lain ketimbang suatu diagnosis dan evaluasi terhadap orang lain.
Empati menekankan kebersamaan dengan orang lain lebih daripada sekedar hubungan
yang menempatkan orang lain sebagai objek manipulatif.
b. Taylor
menyatakan bahwa empati merupakan faktor esensial untuk membangun hubungann
yang saling mempercayai. Ia memandang empati sebagai usaha menyelam ke dalam
perasaan orang lain untuk merasakan dan menangkap makna perasaan itu. Empati
memberikan sumbangan guna terciptanya hubungan yang saling mempercayai karena
empati mengkomunikasikan sikap penerimaan dan pengertian terhadap perasan orang
lain secara tepat.
c. Alfred
Adler menyebut empati sebagai penerimaan terhadap perasaan orang lain dan
meletakkan diri kita pada tempat orang itu. Empathy berarti to feel in, berati
merasakan betapa dalamnya perasan orang itu.
d. Tubesing
memandang empati merupakan identifikasi sementara terhadap sebagian atau
sekurang kurangnya satu segi dari pengalaman orang lain. Berempati tidak
melenyapkan ke “aku”an kita. Perasaan kita sendiri takkan hilang ketika kita
mengembangkan kemampuan untuk menerima pula perasaan orang lain yang juga tetap
menjadi milik orang itu. Menerima diri orang lain pun tidak identik dengan
menyetujui perilakunya. Meskipun demikian, empati menghindarkan tekanan,
pengadilan, pemberian nasihat apalagi keputusan. Dalam berempati, kita berusaha
mengerti bagaimana orang lain merasakan perasaan tertentu dan mendengarkan
bukan sekedar perkataannya melainkan tentang hidup pribadinya, siapa dia dan
bagaimana dia merasakan dirinya dalam dunianya.
e. Menurut
Jalaludin Rakhmat bahwa :
Berempati
artinya membayangkan diri kita pada kejadian yang menimpa orang lain. Dengan
empati kita berusaha melihat seperti orang lain melihat, dan merasakan seperti
orang lain merasakan.
f. Empati
menurut Abu Ahmadi (2003) ialah kecenderungan untuk merasakan sesuatu yang
dilakukan orang ain andaikata dia dalam situasi orang lain tersebut. Karena
empati, orang dapat menggunakan perasaannya dengan efektif di dalam situasi
orang lain, di dorong oleh emosinya seolah-oleh dia ikut mengambil bagian dalam
gerakan-gerakan yang dilakukan orang lain. Di sini ada situasi “feeling into a
person or thing”.
g. Dua pendekatan yang digunakan untuk memahami teori
empati, yakni teori dari Baron-Cohen & Wheelwright (2004), yang membagi
empati ke dalam dua pendekatan,
i.
Pendekatan afektif
Pendekatan afektif mendefinisikan empati sebagai pengamatan emosional yang merespon afektif
lain. Dalam pandangan afektif, perbedaan definisi empati dilihat dari seberapa besar dan kecilnya
respon emosional pengamat pada emosi yang terjadi pada orang lain.
ii.
Pendekatan kognitif
Pendekatan
kognitif merupakan aspek yang menimbulkan pemahaman terhadap perasaan orang
lain. Eisenberg & Strayer (dalam Baron-Cohen & Wheelwright 2004)
menyatakan bahwa salah satu yang paling
mendasar pada proses empati adalah pemahaman adanya perbedaan antara individu
(perceiver) dan orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)