Peranan pengetua sangat penting dalam membangunkan prestasi sekolah |
Di sesebuah sekolah, penentu utama dalam memastikan
kejayaan dan kegagalan sesuatu program adalah peranan pemimpinnya. Pengetua
sekolah Menengah Sains Muzaffar sentiasa peka dan proaktif dalam mengesan
cabaran dan peluang yang akan menjana keberkesanan organisasinya. Untuk
menjayakan program ini, pengetua sekolah
ini telah bertindak sebagai kepimpinan instruksional iaitu sentiasa memastikan
proses pengajaran yang baik dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan.
Kemahiran menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam mengeluarkan idea
dan dapat menyelesaikan masalah dikongsikan bersama guru-guru supaya program
dapat memberi impak yang positif kepada sekolah.
Selain itu, beliau juga memberi penekanan dalam
semangat kerja berpasukan. Sikap inginkan kejayaan dan optimistik selalu
diterapkan dalam kalangan guru. Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan
orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat
yang sama.
- Kebolehan membina hubungan baik,
berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka
untuk mencapai objektif yang sama.
- Kebolehan memahami dan mengambil peranan
bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan.
- Kebolehan mengenali dan menghormati
sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.
- Kebolehan memberi sumbangan kepada
perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan.
- Bertanggungjawab terhadap keputusan
kumpulan.
Dalam membuat keputusan kepimpinan sekolah mengamalkan Kepimpinan
Berperikemanusiaan (Humanis):
- Pengetua bersifat humanis dengan menunjukkan
minat yang lebih terhadap kakitangannya.
- Beliau mementingkan suasana kerja yang baik,
dipupuk melalui
jalinan persahabatan
yang mesra di kalangan semua kakitangan.
·
Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan
permuafakatan. Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk
bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya
untuk mencapai matlamat yang sama.
Kesimpulannya segala keputusan yang diambil akan
mengambil kira tentang pandangan warga personel yang bertanggung jawab di dalam
mesyuarat pentadbiran, guru, kurikulum dan lain-lain. Kata putus diambil dalam
suasana musyawarah supaya tidak ada timbul konflik kerana program ini
memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dari guru-guru. Malah tenaga yang
diberikan juga tidak mendapat imbuhan dalam bentuk wang ringgit.
Dalam meniupkan semangat kerjasama dan saling
menghormati antara satu dengan lain. Pengetua sekolah ini mengamalkan
Kepemimpinan Teragih iaitu beliau berkebolehan:
·
Membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain
dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.
·
Memahami dan
mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan.
·
Mengenali dan
menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.
·
Memberi
sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan.
·
Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.
Akhirnya dapatlah dirumuskan bahawa pengetua sekolah
ini sentiasa sentiasa mengambil berat
tentang orang-orang di bawahnya. Jika pengetua bersama-sama menjayakan program
ini tidak mustahillah semangat kerjasama
dapat dipupuk antara satu sama lain
secara tidak langsung.
4. STAIL KEPIMPINAN
SBT atau
Sekolah Berprestasi Tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos,
watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek
pendidikan dan mampu berdaya saing di persada dunia ( KPM, 2009).
Pembentukan sekolah yang berprestasi tinggi tidaklah
berlaku dengan sendirinya. Menurut Hussein, 2008; Razik dan Swanson, 2001; Day
et al. , 2006, kepimpinan adalah faktor yang paling penting untuk membentuk
sekolah yang berjaya dan berprestasi tinggi.
Hussein (2008) menyatakan kepimpinan pengetua yang dinamik dan
bersungguh-sungguh telah dikenalpasti sebagai pembolehubah yang membawa kepada
kejayaan sesebuah sekolah itu.
Dalam menerajui Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah
sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, harapan KPM terhadap kepimpinan sekolah
sangat tinggi untuk membawa sekolah ke pesada kecemerlangan dalam semua bidang
ke peringkat global. Oleh itu dalam hal yang demikian bagi memastikan
kecemerlangan akademik dapat dikekalkan atau ditingkatkan, Tuan pengetua
mengambil berat dalam melaksanakan program Memahkotakan Impian Remaja.
Pengetua mengamalkan gaya kepimpinan
instruksional di mana sebagai pemimpin kurikulum beliau sentiasa memastikan
pengurusan untuk program tersebut dapat diuruskan dengan baik.
Glickman (1990) berpendapat seorang pemimpin kurikulum
atau instruksional yang berkesan perlu menguasai tiga aspek iaitu Pengetahuan
Asas. Memahami Bidang Tugas dan Menguasai Kemahiran yang bersesuaian. Dalam bidang Tugas yang dimaksudkan adalah
seperti berikut:
- Terlibat dalam proses merancang, mengelola,
memimpin dan mengawal pelaksanaan kurikulum.
- Menyelia, memerhati dan menilai pengajaran guru.
- Merancang
program pembangunan profesional.
- Memupuk iklim dan budaya sekolah positif
- Menjalin
permuafakatan sekolah dengan komuniti
- Memastikan segala aktiviti sekolah berjalan
lancar.
Sebagai pengurus sekolah Tuan Pengetua juga dapat mengurus sumber-sumber
yang ada seperti guru, murid, kewangan dan kaedah untuk menjayakan program
tersebut dengan menggunakan konsep POLICE.
- P – Planning Seperti yang telah dinyatakan bahawa
cetusan idea untuk program ini datang dari Tuan Pengetua sendiri. Ini
menunjukkan bahawa pengetua sangat peka
tentang keperluan program ini dan beliau merancang dari awal lagi
program tersebut. “Pemimpin instruksional perlu sentiasa mengingati tujuan
utama pengajaran dan pembelajaran adalah menyediakan murid untuk rakyat
masa depan (Everard dan Morris, 1996).
- O – Organize
Beliau bersama pentadbir yang lain mengelola program, mencari
kekuatan dan kelemahan supaya program dapat berjalan dengan teratur.
- L – Memimpin
Sebagai ketua beliau memimpin dan membimbing surbodinatnya supaya
program berada dalam landasan yang beliau inginkan. Mengambil daya usaha
dan inisiatif dalam mengerakkan sesuatu aktiviti. Menentukan jangka waktu
dan kos serta memberi arahan. Jika ada permasalahan semasa proses
pelaksanaan beliau dapat menyelesaikannya terutama dalam pengurusan
kewangan. Sebagai ketua beliau tahu mendapatkan sumber bagi melaksanakan
projek tersebut. Selain dari itu beliau dapat memberi panduan, dorongan
dan rangsangan bagi menjayakan program tersebut.
- I – Involve
Beliau nampak terlibat dari mula, semasa dan akhir pelaksanaan
program. Telibat dalam program juga boleh dikaitkan dengan Keterlihatan
atau Visibiliti seorang pengetua. Seorang pengetua dapat mengekalkan
visibiliti yang tinggi jika beliau terlibat secara langsung dalam program
tersebut.
- C – Checking / Controlling Beliau sentiasa membuat senarai semak
tentang kemajuan program melalui penyeliaan dan pemantauan. Cara penyeliaan
yang yang berkait dengan visibiliti
pengetua dikatakan mampu menghasilkan iklim sekolah yang positif yang
setiap warganya ghairah (passionate) dalam tugas dan tanggung jawab
masing-masing dan mampu menjana sinergi dalam sekolah tersebut (Covey, 2004;
Hallinger dan Murphy, 1985; Murphy,1990.
- E – Evaluate
Beliau sentiasa menilai keberkesanan program dengan melihat data
pencapaian murid semasa pelaksanaan program. Dengan mengadakan mesyuarat
menganalisis keputusan peperiksaan atau post-mortem, beliau mampu mengenal
pasti kelemahan dan kekuatan sesuatu program.
Semua aktiviti di atas penentu kepada seorang pengurus
yang berkesan. Dalam hal ini daripada
kajian yang telah dijalankan, Bliss (1991) mendapati sekolah yang berjaya
selalunya diterajui oleh pemimpin yang berupaya untuk memastikan persekitaran
sekolah yang sihat, teratur, berdisplin dan terarah, wujud hubungan kerjasama
dengan semua pihak, komitmen yang tinggi dalam kalangan semua warga sekolah,
pembangunan staf yang mencukupi dan mempunyai hubungan dengan ibubapa dan pihak
luaran yang baik dan positif.
Waters,
Marzano, & Mc Nulty(2003) berpendapat bahawa pemimpin SBT perlu peka kepada
situasi semasa, mempunyai kemahiran untuk menstimulasikan intelek dalam
kalangan guru-guru dan staf sokongannya, menjadi agen perubahan, melibatkan
warga sekolah dalam mereka bentuk dan mengimplementasikan sesuatu polisi dan
keputusan, sentiasa memastikan wujud budaya yang sihat, sentiasa mengawal dan
menilai keberkesanan amalan-amalan di sekolah dan kesannya kepada pembelajaran
murid.
Kesimpulannya, Pengetua sekolah ini berupaya menjadi
seorang pengetua berkesan di sekolah yang berprestasi tinggi seperti yang
diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
No comments:
Post a Comment