16 Januari 1995... bermulanya perjalanan ku menjadi warga pendidik. SMK Sultan Yahya Petra Kuala Krai merupakan tempat posting ku yang pertama. Dalam usia 24 tahun, aku masih dara pingitan. Agak sukar bagi ku menerima tawaran ke situ..Pada ketika itu Kuala Krai merupakan sebuah pekan kecil yang bole ku katakan macam pekan Cowboy. Tiada pembangunan, tiada yang bole dijadikan tempat untuk berhibur. Malah kedai makan yang berkonsep restoren, seingat ku hanya sebuah. Ada sebuah hotel budget andai kita nak menginap di pekan tersebut. Namun SMK Sultan Yahya Petra merupakan sebuah sekolah primier yang boleh dikatakan popular di Kelantan.
Di situ aku tinggal di asrama perempuan. Syukur alhamdulilah, Pengetua ketika itu Tn Hj Abdul Rahman menawarkan untuk aku tinggal di asrama perempuan, namun bukan untuk menjadi warden. Tentunya suatu kejutan budaya bagi aku tika menjejaki tempat itu..Pada ketika itu politik di Kelantan dikuasai parti PAS. Sudah tentu segalanya nampak islamik malah amalan kehidupan sebagai islam memang diamalkan oleh seluruh warga sekolah malah seluruh penduduk Kuala Krai. Aku yang datang dari bandar Kuala Lumpur "culture shock" dengan perbezaan kehidupan. Dengan rambut Free Hair dan pakaian yang agak kebandaran memang menjadi tumpuan mata memandang. Dan dah tentunya aku juga telah mencuri tumpuan semua warga sekolah kerana aku merupakan seorang selebriti rancangan kanak-kanak ketika itu. Siapa tak tahu rancangan "CUMI dan CIKI". dan aku lah kak Noi yang mengacarakan slot kraftangan. Saban minggu wajah ku akan terpapar di TV kalau tak silap aku pada petang isnin program bersiaran. Malah aku juga menjadi begitu popular di sekolah kerana aku mengambil bahagian dalam program "Teka Ria" di mana aku memenangi percutian di Sabah pada tahun 1985.
Lantas pabila aku melapor diri, aku di arah untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni dan disebabkan aku dari Kuala Lumpur dan berpendidikan Inggeris maka aku di arah untuk mengajar English Tingkatan 2.
Setelah 33 tahun berlalu baru aku sedari bahawa ketika itu aku merupakan insan yang menjadi tumpuan. Semua mengenali aku, selain aku masih muda aku juga seorang yang aktif malah jika ada rombongan atau aktiviti luar akulah orang yang akan mengikuti program tersebut. Pada ketika itu rakan ku yang rapat ialah Cik Wee Mek Giat (cikgu sejarah), Mr Leong (cikgu English), En Moktar (cikgu SMK Kuala Krai). Ke mana-mana kami berempat.. hidup di Kuala Krai memang tak ada life..namun hujung minggu ku sentiasa beraktiviti. Dunia ku tidak sepi malah aku semakin suka tinggal di sana. Lupa aku tentang kesibukan Kuala Lumpur.
Rupanya tika ini ada seorang murid yang sangat meminati aku..namun tidak pernah dinyatakan minat yang teramat kepada diri ku. Murid ku di Tingkatan 2. Dalam diam kau simpan idola mu dalam hatimu. Sungguh aku tak percaya, selepas 33 tahun kau muncul dalam hidup ku. Pelik bin Ajaib... tiba-tiba kau hadir memperkenalkan diri mu. Kau imbas kembali peristiwa 33 tahun lalu. Tentunya aku tidak mengingati mu. Setiap peristiwa kau hurai satu persatu...dan aku terpinga terharu, lucu dan celaru. Dan yang paling sadisnya..kau mencari aku hingga akhirnya kau temui aku di akhir perkhidmatan ku.
Mohd Ariff Adika Mohd Zain,
Sampai kini cikgu masih tidak dapat mengingati mu. Terima kasih kerana kau sudi mencari cikgu. Suatu yang sangat menghairankan kau hadir selepas 3 abab berlalu.. Tanpa ada sosial media mustahil untuk kita bertemu kembali. Kehadiran yang memberi satu kenangan yang sangat mengujakan. Kita sama-sama telah melalui pelbagai sejarah kehidupan dan pertemuan ini mencipta satu sejarah dalam kehidupan kita.
Aku kini telah menginjak 59 tahun dan kau pula 48 tahun. Ha ha ha..jarak umur yang telah dewasa dan aku telah memasuki usia emas. Aduhai bertapa masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. 1 Februari 2020..aku kembali ke SYP Kuala Krai..menjejaki kenangan. Perubahan sangat besar..ialah bayangkan selama 33 tahun..jangka masa yang sangat panjang.. Aku di sambut oleh salah seorang anak murid ku yang juga merupakan seorang pendidik. Banyak cerita-cerita setelah aku meninggalkan SYP...Terima Kasih Cikgu Nazri kerana sudi menanti ku di sekolah..
Seperti drama yang di karang, pertama kali aku masuk dalam perkhidmatan pendidikan aku bertemu anak murid ku yang pertama dan kini perkhidmatan ku kian berakhir..kau juga hadir untuk menutup cerita karier ku..Ini bukan rekaan.. ini lah kenyataan yang sangat tidak di duga. Dan pengakhiran ini mencipta sejarah baru..permulaan kehidupan yang realiti. Kau terawal dan terakhir...siapa menduga kau mengejar dalam pencarian yang tidak putus asa..Kasihmu kepada seorang guru yang memberi inspirasi dalam kehidupan mu mengagumkan ku. Banyak persamaan antara kita...minat kita sama..kau bergiat dalam seni dan seni mu pelbagai.. Teruja melihat kerjayamu.
Kehidupan mu sangat luarbiasa. Cinta mu juga bukan biasa-biasa. Aku kau angkat dalam penghormatan yang sangat tinggi. Sedangkan aku hanya seorang guru yang ujud dalam diri mu 33 tahun dahulu. Tiada yang istimewa namun kau melihat aku sebagi permata. Tika di akhir ini juga aku semakin terkesima kerana kau juga sangat cenderung kepada agama. Dahwah mu berkembang dan semakin meluaskan empayar Md Zain. Dan waktu-waktu akhir ini...kau pula membawa aku ke dunia mu...Kau terawal dan terakhir.....