Monday, November 26, 2012

HOBI BARU KU - Jadikan aku remaja kembali

Dah beberapa hari aku tak menjengah blog aku ni. Bukannya apa pun. Rasa macam tak ader masa. Apa taknya, aku kini dah ada hobi baru. Nak tau hobi baru ku tuu. Mata aku setiap hari bercengkang sehingga jam 2 pagi hingga jam 3 pagi. Adui! rasanya seronok juga dengan hobi baru ni. Aku terasa muda dan bertenaga dalam menjalani kehidupan harian ku.
Setelah berpuluh tahun ku tinggalkan rutin ku dulu. Mungkin aku tak menyedari, kerana terlalu sibuk, terlalu sibuk dengan masalah di rumah dan di tempat kerja. Terlalu sibuk dengan kehidupan yang memeningkan. Kadangkala aku sibuk dengan entah hapa-hapa. Sayang! aku sering mencari kekurangan yang aku ada. Mencari kesilapan dan mencari kepincangan dalam diri. Akhirnya aku yang kecewa. Kebusyan ku menjadikan aku terlalu skema menilai diri dan orang lain.
Apa kah aku akan membiarkan kekosongan ruang hati dan memendam rasa. Tentunya aku tak kan membiarkan kebahagian tenggelam begitu saja. Ini hidup ku, aku akan hidup untuk esok, lusa dan seterusnya. Waktu akan terus bergerak dan melangkah dan akan meninggalkan aku tanpa jejak. Jadi perlukah aku meratap kecelaruan ku dalam kehidupan ku. Aku perlu muhasabah diri. Melihat kekuatan yang ada pada diri untuk memulakan semula. Dan kini telah ku temui jalannya.....
Alangkah indahnya. merenungi kehidupan dengan membaca. Hah! membaca....aku dah kembali minat membaca. Rasanya masalah kehidupan ku yang serupa tak lengkap ini dapat ku lupai dengan membaca novel-novel cinta.
Kenapa cinta?... Ah! cinta boleh merubah diri kita kepada keasyikan pada keindahan. malah dengan cinta segala kesukaran dapat dilalui dengan redha. Pergh! Dalam usia yang begini cinta seolah-olah dapat mengubati hati yang lara. Cinta menjadikan aku remaja kembali. Kebahagiaan itu begitu misteri dan hanya yang merasai dapat merasakan kehadirannya.



Semoga dengan hobi baru ku ini aku akan lebih bahagia dan lebih menghargai kehidupan yang mendatang. Kehidupan ini perlu dipenuhi dengan rasa kecintaan dan keromantisan. Dengan itu segalanya akan dapat diterima dengan penuh keredhaan.

Sunday, November 18, 2012

AL-ASMAUL HUSNA - aku ingin dekat pada mu




Asma Ul Husna Lyrics

Siti Nurhaliza

Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahiim Yaa Maalik

Yaa Qudduus Yaa Salaam Yaa Mukmin Yaa Muhaimin


Yaa 'Aziiz Yaa Jabbar Yaa Mutakabbir Yaa Khoolik

Yaa Baarik Yaa Musowwir Yaa Ghoffaar Yaa Qohhaar


Yaa Wahhaab Yaa Rozzaak Yaa Fattaah Yaa 'Aliim

Yaa Qoobidth Yaa Baasiit Yaa Koofith yaa Roofi'

Yaa Mu'iz Yaa Muzil Yaa Samii' Yaa Basiir 

Yaa Hakam Yaa 'Adl Yaa Latiif Ya Khobiir


Yaa Haliim Yaa 'Aziim Yaa Ghofuur Yaa Shakuur


Yaa 'Aliyyu Yaa Kabiir Yaa Hafith Yaa Muqiit

Yaa Hasiib Yaa Jaliil Yaa Kariim Yaa Roqiib

Yaa Mujiib Yaa Waasi' Yaa Hakiim Yaa Waduud

Yaa Majiid Yaa Baa'ith Yaa Syahiid Yaa Haqq

Yaa Wakiil Yaa Qowwi Yaa Matiin Yaa Waliiy 

Yaa Hamiid Yaa Muhsii Yaa Mubdiik Yaa Mu'iid

Yaa Muhyii Yaa Mumiit Yaa Hayy Yaa Qoyyuum

Yaa Waajid Yaa Maajid Yaa Waahid Yaa Somad 

Yaa Qoodir Yaa Muqtadir Yaa Muqoddim Yaa Muakkhir

Ya Awwal Yaa Aakhir Yaa Zoohir Yaa Baatin

Yaa Waliiy Yaa Muta'aali Yaa Barr Yaa Tawwaab

Yaa Muntaqim Yaa 'Afuu Yaa Rouuf

Yaa Maalikal Mulki

Zul Jalaali wal Ikraam


Yaa Muqsit Yaa Jaami' Yaa Ghoniyy Yaa Mughniy

Yaa Maani' Yaa Dthoor Yaa Naafi' Yaa Nuur


Yaa Haadi Yaa Badii' Yaa Baaqii Yaa Waarith

Yaa Rosyiid Yaa Sobuur Yaa Allah Ya Allah


PADA MU AKU BERSUJUD


Aku tak tahu kenapa aku sering teruja mendengar lagu-lagu yang memuja nama Allah. Rasa sayu dan syahdu membuat aku rasa insaf tika menghayati bait-bait lirik. Pada mu aku bersujud benar-benar menyentuh kehidupan ku dan dah tentu juga kehidupan kita di dunia ini. Tak ada tempat untuk kita mengadu selain hanya Allah saja tempat kita meminta.
Aku sering terperangkap dalam konflik ini. Sering merasa rendah diri dan tak tahu bagaimana untuk lari dalam lingkungan kehidupan yang begini. Dan tika ini la aku akan mendengar irama yang memuja Allah. Terasa lega minda dan  hati ku kerana sesungguhnya liriknya membawa aku untuk sujud kepada mu Ya Allah.

PADA MU AKU BERSUJUD (Afghan)

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Saturday, November 17, 2012

AARON AZIZ......ku kejar bayang mu

Perg!!  aku tak tahu sejak biler aku dah jadi peminat AA. Lakonan AA yang pertama yang aku lihat ialah ketika beliau menjadi watak utama dalam drama romantik, Nora Elena yang telah memberi impak yang sangat besar dalam karier AA. Kemudian aku mulai teruja untuk melihat AA yang hansem, tampan kata orang boleh cair hati kalau lihat AA.

Aduhai AA, naperlah kau berlakon seolah-olah heroin kau tu macam dalam realiti. Wajah mu yang selamba, bersih dan sweet talk kau tu sebenarnya telah meruntun jiwa ku. Melihat mu bagai terus tertusuk jantung ku. Jatuh cinta aku terhadap mu. Giler!! jatuh cinta dengan pelakon. ni macam zaman dulu, perempuan ramai tergiler-gila dengan P.Ramlee. Jadi sekarang aku dah tak boleh tidak nak tengok AA nie. Walamak! AA Bagaimana harus aku memadamkan engkau dalam hidup ku.

AA, tentunya isteri mu tak betah dengan mu. Apa taknya ramai perempuan, mak orang, bini orang, janda-janda yang jatuh cinta ingin dengan mu. Semua mengimpikan engkau yang di dalam lakonan mu.
Hendaknya dalam realiti kau seperti dalam drama lakonan mu. Hahaha, tentunya aku jua begitu mengimpikan suatu yang begitu ideal. Ombak Rindu benar-benar  menguja hati ku. Ah! AA kau memang dilahirkan sebagai pengubat rindu. Adam dan Hawa  menyelinapkan rasa rindu ku pada mu.




AA, ku kejar bayang mu dalam mimpi ku...............hahahah.....cukup hanya dalam impian sajer. hehehe....walamak ooi.

Thursday, November 15, 2012

DOA AWAL TAHUN

Salam untuk sesiapa yang membaca blog ini. Aku tidak berapa kisah andai aku tak punya follower. Bagi ku blog ini merupakan tempat aku menitipkan rasa hati. Ibarat tempat aku syok sendiri. Bukan orang kenal aku pun. Malah lebih baik tak siapa mengenali aku. Ini adalah hidupku. Cerita yang ku paparkan disini adalah rahsia hidup ku dan... tulisanku ini ingin ku jadikan diari kehidupan untuk keluarga ku terutama anak-anak dan keturunan ku pabila aku menutup mata kelak.
Petang semalam 29 Zulhijjah 1432 Hijrah aku dan keluarga ku, ibu, 2 anak dara ku dan Dak Yah bergegas ke surau taman ku. Yerla, kami tak mau tercicir berdoa untuk akhir tahun dan awal tahun. Tak berapa ramai yang hadir, ah! muka yang sama. Aku ni pun tak berapa rajin ke surau. Itulah penyakit M nie aku nak buang namun makin aku nak buang makinla VIRUS nie merebak dalam tubuh ku. Anak-anak ku juga dah mula terkena Virus nie. VIRUS M.
Masa aku mengajak anak-anak ku ke surau, apalagi melenting la depa. So... aku beri syarat kalau tak nak pegi tak apa tapi semua dilarang sentuh laptop selama 2 minggu. Hah! 2 minggu, alamat mati...gaknya. Mana taknya setiap hari, laptop makanan meka.
Kat sini aku nak sisipkan doa awal tahun yang aku dapat semalam. Terjemahan jer......

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabatnya sekelian. Ya Allah, Engkaulah yang abadi, yang qadim (sediakala) dan yang awal. Dengan limpah kurnia Mu yang besar dan kemurahan Mu yang sejati, tahun yang baru ini tiba kepada kami. Maka kami pohonkan kepada Mu keterpeliharaan daripada syaitan yang direjam, para penolongnya dan tentera-tenteranya dan kami pohonkan pertolongan menghadapi nafsu yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan pertolongan untuk bergiat dengan amalan ganjaran pahala, maka kami pohonkan ya Allah, wahai Tuhan yang pemurah dan empunya kebesaran dan kemuliaan agar Engkau terimalah daripada kami dan janganlah diputuskan harapan kami terhadap Mu, wahai Tuhan yang pemurah. Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w, ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta Alam.. AMIN............"    
Semoga kita akan melalui hidup yang mendatang dengan penuh keredhaan dan ketaqwaan.
                         

SEMALAM yang ku tinggalkan......



Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
1Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4Yang menguasai di Hari Pembalasanمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6Tunjukilah kami jalan yang lurus,اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Pagi ini suasana begitu hening. Terasa bertapa nafas yang aku hela hari ini begitu pantas debarannya. Semalam kini telah ku tinggalkan bersama kenangan pahit manis dan payau. 1 Muharam 1433H ku langkahi dengan penuh keinsafan. Bertapa Allah telah memberi aku banyak nikmat kehidupan walaupun banyak jua rasa kecewa dalam aku melalui hari-hari ku. Namun  nikmat yang paling besar yang Allah telah berikan kepada ku ialah kesihatan ku. Aku mensyukuri nikmat mu Ya Allah.
                                           Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar
Aku cuba menghayati ayat Fatehah. Dengan nama Allah  yang amat pemurah lagi maha penyayang. Ya Allah engkau amat menyayangi ku. Ujian yang kau berikan  telah dapat ku harungi dengan kekuatan dan keyakinan yang kau berikan pada ku. Aku tidak permah kecundang walaupun kadangkala aku berputus asa terutama ujian suami, anak-anak dan kerjaya. Ku tempuhi juga dengan airmata. Aku sedar aku sering tumpas bila ujian dengan anak-anak dan suami kau berikan pada ku. Ya Allah! Engkau kuatkan lah semangat ku.  Aku berdoa Ya Allah hari esok ku Kau tidak berikan aku ujian kerana sesungguhnya aku tidak mampu menghadapinya. Engkau tunjuki aku jalan yang lurus. Jalan ini yang aku impikan. Engkau berikan aku kenikmatan dunia, kesenangan dari segi kewangan dan mental yang stabil. Engkau jauhi aku dari perkara-perkara yang menyesatkan aku dan Engkau dekatkan diriku kepada diri Mu. Yang paling penting Engkau berikan aku kesihatan yang baik mental dan fizikal.
 
Ya Allah, sesungguhnya aku malu pada Mu. Terlalu banyak permintaan ku. Namun pada siapalah tempat aku meminta dan mengharap kecuali pada Mu. Setiap kali aku sujud pada Mu, aku tahu Engkau akan mendengar rintihan ku. Semalam yang ku tinggal hanyalah kenangan yang akan ku jadikan iktibar buat panduan hidup ku. Engkau berilah aku Rahmat Mu. Ya Allah ya Muhammad rasul ku. Aku menghendaki kasih sayang Mu. Pimpinlah aku.....AMIN, Amin, Amin YA RABBILALAMIN

Tuesday, November 13, 2012

KAT UMAH DAH ADE MINI CINEPLEX

Cuti akhir tahun telah bermula. Sebelah kanan jiran ku the whole family pi holiday ke Perth Australia. Jiran sebelah kiri sejak Hari Raya Korban tak balik lagi pegi holiday di United Kingdom. Jiran depan ku pula sibuk berniaga kedai perabut. (jiran Pakistan). Sekeliling umah ku sunyi sepi. Yang tinggal aku dengan 2 anak perempuan ku dan ibu ku yang telah menjangkau umur 85 tahun. Adik angkat ku pi holiday rombongan cik Kiah di Langkawi. Aku.... belum dan tak plan pun nak pegi mana-mana... pocket kering kontang. Komitmen banyak sangat.

Apa lagi....Layan jer citer nie, dapat ilangkan tension kepokaian...hehe
So what we did today, deepavalli is a festival cahaya and yet aku belum nampak cahaya lagi. Pagi-pagi sibuk cuci baju, nak kejar matahari sebab lewat sidai baju tak kering...kerna tengahari dah hujan. Syukur alhamdulilah semua baju sempat kering. Kemudian masak nasi lemak, kira untuk sampai petang, lepas tu tengok movie Adam dan Hawa episod by episod. Kena download la. Mana ader Astro kat umah aku. Tengahari pi kenduri kawin. Yerla musim orang kawin. Balik sambung gan movie. best gak cerita Adam dan Hawa nie. Sambung sampai malam. Giler la dok mengadap laptop seharian. Apa lagi nak buat. Ibu ku pula memang rutin hariannya, solat, mengaji, solat mengaji dan tidur. Kadang kala aku pun pelik ibu ku tak pernah jemu buat rutin hariannya. Syukur alhamdulilah..

Dalam satu episod tu aku begitu sayu dan terharu semasa pengambaran di masjid Nabawi serta di Baitullah. Ya Allah bilakah aku akan ke sana. persoalan itu datang mengetuk pintu hati ku. Juga dalam satu adegan, aku begitu geram dan marah kepada heroin drama ni. Degil, ego dan keras kepala. Bayangkan suaminya tunggu  8  tahun nak mendekati isterinya. Hapah isterinya tak mau...geram, geram, geramnya. Cuba tengok drama ni. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat darinya.

Esok merupakan akhir tahun bulan islam. Lusa 1 Muharram. Jangan lupa untuk berdoa akhir tahun dan awal tahun. Insyaallah aku akan ke surau untuk mengikuti majlis ilmu esok. Bagi ku semoga tahun hadapan aku dapat berhijrah ke arah yang lebih baik. Semoga Allah kurniakan sihat walafiat seluruh keluarga ku, ibu, suami dan anak-anakku hafriz, irfan, haziq, afrina dan sorfina. Jadi anak-anak yang soleh, cemerlang dalam pelajaran, pekerjaan dan kehidupan, dilimpahkan rezeki dan dijauhkan keberhutangan. Untuk diri ku, aku berazam untuk lebih dekat pada mu ya ALLAH. Jauhkan kami dari musibah dan ujian mu......AMIN