Saturday, October 06, 2012

RAPUH.....


          Pabila malam kian larut, terfikir oleh  ku bertapa aku sebenarnya sedang mencari-cari diri ku sendiri. Semakin meningkat usiaku, rupa-rupanya aku masih meraba-raba mencari haluan hidup yang tidak ketentuan.
          Realitinya, andai kau lihat diri ku, aku adalah seorang yang begitu berkeyakinan. Ketrampilan dan aura ku tidak pernah menampakkan kelemahhan ku. Hari-hari yang ku lalui bagai tiada ada taufan yang melanda. Namun , dihati ku hanya aku sahaja yang tahu gelodak perasaan ku. Hidup dalam kebosanan, sangat sepi. Tiada tempat untuk ku luah perasaan ku walaupun dalam kalangan keluarga ku.
          Apakah aku berpura-pura, hipokrit dan munafik..? Aku sendiri tidak tahu. Aku terkaku, aku tak bisa mengeluarkan isi hati ku, perasaan ku, kesempitan hidup ku dan entah apa-apa. Ya Allah! andai aku diberi kekuatan untuk berkata-kata. Hati dan bibir ku seiring meluahkan rasa, alangkah bahagianya.... Namun itu tak mungkin, kerana kebenaran itu selalunya melukakan hati dan perasaan orang lain



Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

YA ALLAH! YA RAHMAN, BANTU AKU UNTUK MENJADI DIRI KU YANG SEBENAR.

DOA MAMA IRINGKAN SENTIASA............

Hujung minggu ni agak santai sikit. Agak bosan sebab biasanya hari-hari biasa jadual ku terlalu padat. Aku mengambil peluang untuk menghubungi semua anakanda ku termasukla bakal menantu ku. Aduh! rindu pada mereka. Sejak dah besar ni, jauh di sudut hati ku aku kesepian. Kalau dulu aku macam burung kakak tua yang tak berhenti berkata-kata. Kadang kala aku jadi tarzan. o o o rah.............

Namun itu dulu.... kerinduan ku pada hiruk pikuk keletah mereka.Allah saja yang tahu. Anak ku... Doa mama sentiasa mengiringi mu walaupun kadang kala kamu terlupa pada kami. Sentiasa di hati ini aku meredhakan segala yang kau lakukan. Akan ku buang segala perasaan tak puas hati atau rasa terkecil hati pada mu kerana aku tidak mahu kau menjadi anak derhaka. Ku singkirkan segala perasaan itu demi kebahagiaan mu dunia dan akhirat.

Anak-anak ku, Mama berdoa kelian diampunkan dosa, diberi kesihatan yang baik sepanjang hidupmu, menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, baik budi pekerti, lembut tingkah laku, cemerlang dalam pelajaran, pekerjaan dan kehidupan. Semoga bahagia anak ku.....
                                                                         


Friday, October 05, 2012

Hari-hari yang ku lalui

Rupanya, selain dari menjadi pendidik aku mempunyai pelbagai kemahiran yang belum ku gilap lagi. Sejak dari kecil lagi aku memang mempunyai bakat terpendam. Dari segi akademik aku ni average student jer. Namun nasib selalu menyebelahi aku. Apa taknya perjalanan hidup ku dalam kerjaya begitu smooth sekali.

Mula-mula peperiksaan darjah lima, aku dapat memang tak flying colours. Masuk tingkatan satu aliran Inggeris, Sepanjang tingkatan satu hingga tingkatan tiga result ku boleh dikatakan sederhana. LCE, lower certificate education. hahahaha... dapat agregate 22. Masa tu kalau maths dan english fail tak boleh masuk form 4. Masuk form 4 aku berpindah ke Kuala Lumpur bersekolah di Methodist Girl's School.

Berhijrah ke Kuala Lumpur merubah kehidupan ku. Dari pelajar yang takut dan tak berkeyakinan aku menjadi lebih confident dan lebih berani. Selepas tingkatan 5 aku dapat melanjutkan pelajaran ke ITM (Uitm). Tamat pengajian aku kerja part time kat RainTree Club sebagai kerani sementara aku menunggu untuk buat Diploma pendidikan. Memang lah rezeki ku sentiasa Allah perkenankan. Jadilah aku pendidik yang kini dah berkhidmat selama 27 tahun.

Semakin lama dalam perkhidmatan aku mendapat banyak pengalaman namun menjadi pengacara majlis memang lah aku tak boleh. Namun sejak dah jadi Penolong Kanan Pentadbiran nie, dah 3 kali aku kena jadi pengacara majlis. Entah kenapa orang suka sangat nak serah tanggungjawab tu pada aku. Bagi ku bukan senang nak jadi pengacara majlis. Susah dan mencabar terutama nak kendalikan majlis peringkat negeri. Percaya atau tidak aku dapat melaluinya walau dalam keadaan stress.....


Sunday, September 23, 2012

SAYANG ANAK KU SAYANG


Dah berbulan rasanya aku tak menulis. Tak ader mood ditambah dengan kerja-kerja sekolah yang berlambak-lambak.  Peperiksaan percubaan Pmr dan Spm dah pun berakhir. Result percubaan Pmr dah pun dapat. Toing!toing!, Nampak ader peningkatan. Target untuk sekolah ku tahun ini, 60 straight A'. Amboi banyaknya...itulah harapan. Mimpi kena besar kalau nak dapat yang besar. So usaha perlu lebih..

macam-macam kerja dibuat dek budak-budak nie 
Tentunya kami dah merancang macam-macam nak dapat cemerlang PMR tahun ini. Aku tak berapa risau tentang kelas yang depan nie. 4 kelas belakang ni cukup merisaukan aku. Bukan kerana budak tu tak pandai. Masalah besar budak asik ponteng sekolah. Itu number 1 problem di sekolah nie.

Kami dah tak boleh tolerate dah gan budak kelas hujung nie. Degil tahap baban. Mak ayah diaorang pun tak dapat nak kawal meka. So apa nak buat.....Wow! jom kiter buat kelas angkat. Aku jaga tingkatan 3. Setiap pentadbir jaga tingkatan masing-masing. Hari-hari  aku kejar budak tingkatan 3. 1 hari ponteng aku rotan 1 rotan. Memangla cikgu tak boleh merotan., tapi apakan daya ku.... aku terpaksa...nak jadikan anak murid ku manusia berguna. Niatku ikhlas, hanya untuk melihat anak-anak muridku berjaya..

Thursday, March 29, 2012

Rimau ku mengaum lagi.....




Selepas suboh aku terlena kembali. Penat rasanya seminggu bekerja. Rasa hari nie kalau dapat tidur
seharian kan best. Aduh! kena bangun jugak sebab nak masak nak prepare makanan untuk tengah hari. Husband nak balik. Jam sebelas pagi aku pun drive ke LCCT bersama gan adik angkat ku nak fetch husband yang dah 3 minggu out station di Kota Kinabalu.
Pabila tengah marah
Sampai di LCCT ketaku temperature naik. Husband ku sibuk telefon aku, apa lagi ...nie.  hah! keta  temperature naik!! so and so datangla dia kepada ku dengan mood yang macam ......T..k
Marah nampaknya. Wah! nampaknya Rimau nie nak meroyan.

Dalam keta aku naik pekak telinga dengar dia menceceh. Bukan menceceh pasal keta tapi menceceh pasal result SPM anak. Yerla tak berapa nak cemerlang. 2A, 3B+, 1B, 1C, 2D. Aliran sains tulen, bukan senang. Aku diam membisu sambil menjeling temperature keta. Tak boleh jadi, keta aku makin panas di tambah dengan sesak jalan nak ke Seremban. Sampai kat R&R Seremban aku berhenti.

Lebih 2jam aku di situ, aku call adik ipar ku yang kebetulan lalu di situ tuk mengambil suami ku. Sampainya ipar ku, suami ku masuk dalam kereta dengan muka macam cuka.Tanpa sebarang ucapan dia pergi meninggalkan aku dan adik ku bersama kereta ku yang tak boleh bergerak kerana jalan masih sesak.
Seterusnya citerku tak dapat disambung atas sebab-sebab peribadi, lalu aku terfikir.... bagaimana kehidupan ini dapat ku lalui selama berpuluh tahun menghadapi rimau yang tak dapat dijangka akan mengaum....

Sabar, sabar, sabar...... Allah sentiasa bersama orang yang sabar.

Rimau ku ketika manja

Sunday, March 18, 2012

5 S....perh! senang ker nak dipraktikkan

Apa sebenarnya 5 S?
Senang cerita ko baca dan tengokla gambarajah kat bawah nie. Kalau dalam bahasa melayu lebih kurang begini bunyinya. SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM, SENTIASA AMAL.

 
        
Amalan nie memanglah senang diucapkan namun bila nak dipraktik..., masyaallah. susah bangat. Sebenarnya kalaulah amalan nie dapat dijayakan. Ia akan memudahkan pengurusan akan datang. Mudah mencari, meletak di tempat sepatutnya,

Di ofis ku banyak kali kita cuba nak buat namun hingga kini kami baru berjaya SISIH jer. Tue barang-barang dan fail masih lagi bersepah-sepah kat saner kat sini. Nak susun jer ambik masa.... Semak kepala dibuatnya. Namun yang baiknya masa nak menyisiih nie barula terjumpa fail zaman tok kadok yang sangat penting iaitu fail aset penerimaan barang ICT. Huh! hepi sekejap....

Belum sempat nak abes 5S dalam pengurusan pejabat.
TIMBUL LAK.....5 S dalam DUNIA PENDIDIKAN

SENYUM
SALAM
SAPA
SAYANG
                 SYUKUR    apa nie?

Hah!! nie dia konsep guru penyayang. Boleh tak amalkan.....bolehkan....kan.....kan

Tuesday, March 13, 2012

TIGA BELAS%


Wah ! 13%.... apa menda yang 13% ? tanyer rakan sejawat yang memang sah-sah dah ketinggalan keretapi. Tak tau lagi ker. Ayoyo gaji naik 13% laaa. Eh! betul ker? Berapa ye naik. Cuba kira.... Seronok aku tengok. Masing-masing dok mengira gaji masing-masing.Hah! ader lagi,,,,dah mengira-gira apa nak buat gan gaji yang lebih tuuu............
 Bagi ku, kenaikan 13% adalah satu rahmat yang sangat bererti. Sekurang-kurang dapat menampung kehidupan hari ini yang semakin mendesak. Apa taknya, harga barang makan dah naik melompat-lompat. Kalau dulu ikan kembong yang aku jarang pandang baru harga rm5 namun sekarang dah rm12. Tu baru kembong, tenggiri, merah  dan jenak tak payah nak cerita. Sekilo rm22. Lama rasanya tak makan ikan jenak. Terliur nak masak lemak cili api.

Syukur alhamdulilah, kita adalah penjawat awam. Sekurang-kuranya gaji kita naik. Ada duit tiap-tiap bulan. Bayangkan orang-orang kampung, orang pencen gaji rendah, yang keja swasta company kecik. Bayangkan.....(HARI-HARI HUJAN, CAMNER NAK NOREH GOTAH)?.Pernah tak kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Pernah tak kita terfikir anak-anak murid kita yang pegi sekolah, duit hanya cukup tambang bas. Ada tu yang tak mampu nak beli makanan. Aduh! aku menjadi begitu insaf. Kalaula aku punyer wang yang banyak ingin aku membantu mereka namun hanya simpati dapat ku berikan kepada mereka selain kasih sayang ku untuk anak-anak muridku. Semoga mereka berjaya dalam pelajaran dan kehidupan dunia dan akhirat. AMIN......