Wednesday, September 11, 2013

Laporan Penandaarasan - Pengiktirafan dan Tindak Ikut

  Pujian dan Pengiktirafan
Kepimpinan yang berkesan akan menimbulkan kepuasan kerja di kalangan pekerja dalam sesebuah organisasi. Bagi Herzberg, satu-satunya cara untuk mewujudkan kepuasan kerja yang akan meningkatkan motivasi adalah dengan menjadikan kerja itu sendiri lebih menarik. Dengan ini membuka peluang kepada pencapaian, pengiktirafan, tanggungjawab dan kemajuan.
Dalam hal pujian dan pengiktirafan, pengetua sekolah sentiasa meningkatkan motivasi dan membina iklim yang ceria dengan memberi penghargaan kepada surbodinatnya dan juga murid dalam bentuk kata-kata ataupun material pada bila-bila masa yang perlu jika mereka berjaya meningkatkan prestasi ataupun menjayakan sesuatu program.


Di dalam perhimpunan rasmi setiap minggu pengetua sekolah  akan memberi ulasan tentang kejayaan sekolah di samping memberi pujian misalnya, kepada murid yang telah berjaya dalam bidang kokurikulum. Selain dari itu pemberian sijil dan hadiah diberikan sebagai tanda menghargai kemenangan mereka. Bagi mereka yang telah berjaya dalam pertandingan di peringkat kebangsaan, mereka berpeluang untuk menyertai pertandingan yang lebih besar iaitu peringkat internasional dan semuanya dibiayai oleh sekolah dan PIBG.  Pada Hari Guru pula akan diadakan anugerah untuk guru-guru dan juga panitia yang telah memberi keputusan yang cemerlang atau yang telah membuat lonjakan dalam meningkatkan prestasi mata pelajaran. Pada Hari Kualiti biasanya semua murid yang telah memberi perkhidmatan kepada sekolah seperti pengawas, ketua pasukan, ketua pengerusi persatuan dan kelab dan lain-lain jawatan kepimpinan sekolah akan diberikan sijil penghargaan atas perkhidmatan mereka sepanjang tahun tersebut.


 Murid-murid yang telah mencipta nama serta mengharumkan sekolah, gambar mereka akan di tampal di papan kenyataan supaya kegemilangan yang dicipta dapat dikongsi oleh masyarakat sekolah. Begitu juga dengan tokoh murid, pihak sekolah akan memilih tokoh murid yang mempunyai sahsiah dan prestasi akademik yang baik untuk dijadikan ikon kepada murid lain. Biodata murid tersebut akan dipaparkan kepada seluruh warga sekolah Sains Muzaffar sebagai penghargaan sekolah terhadap beliau.
            Selain dari itu, hari kelahiran guru-guru dan murid diraikan dengan mengumumkannya di perhimpunan rasmi. Mereka diberikan hadiah sebagai menghargai mereka adalah warga sekolah itu. Dalam jamuan akhir tahun semua staf sokongan dan guru diraikan di hotel 5 bintang bagi mengenang jasa dan bakti mereka kepada sekolah. Pemberian hadiah disumbangkan dengan kerjasama kelab staf dan PIBG. Pemberian markah prestasi guru adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 90 keatas dan pemberian Anugerah Perkhidmatan cemerlang (APC) diberikan mengikut giliran kerana majority layak diberikan APC.
Kesimpulannya, memberi penghargaan dan pujian memang diamalkan di sekolah ini. Proses ini dapat membina skop yang lebih besar kepada pencapaian individu, memberi lebih cabaran dan tanggungjawab dalam pekerjaannya dan mencipta lebih ruang untuk perkembangan dan kemajuan diri (Wright, 1989).

6. Tindak Ikut
            Kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada gaya kepimpinan yang ada di kalangan pengurus dalam organisasi tersebut. Ini kerana kesediaan dan komitmen orang yang dipimpin dalam organisasi amat bergantung kepada kemampuan pemimpin itu mempengaruhi dan meyakinkan mereka dalam membuat sesuatu tindakan. Selain itu, kepimpinan yang berkesan memberikan kepuasan kepada pengikut dan ini secara tidak langsung akan menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.




Oleh itu untuk mengekalkan kejayaan Program Memahkotakan Impian Remaja, pengetua  sering mengingatkan tentang tanggung jawab yang perlu digalas oleh setiap guru. Ketua Pengarah Pendidikan Shukor Abdullah di  dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut; "Guru-guru menjadi pembimbing yang dihormati dan  memastikan diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai pendidik yang unggul.”
Justeru guru-guru digalakkan melaksanakan sesuatu tugas dengan penuh semangat dan dedikasi.  Usaha atau tenaga yang digembelingkan itu mestilah selaras dengan tahap keyakinan semua pihak yang terlibat.  Pengetua menjadi sumber inspirasi guru-guru. Sifatnya yang yakin, berwawasan, sensitif kepada perubahan dan sebagai agen kepada perubahan menjadikan pengikut yakin dan meletakkan harapan tinggi kepada pemimpin untuk melestarikan matlamat yang digariskan oleh organisasi demi kejayaan bersama.
            Kejayaan projek ini bergantung kepada kerjasama semua warga sekolah ini. Semua guru terlibat dalam program ini di mana mereka terpaksa mengorbankan masa dan tenaga mereka kerana program ini dibuat pada waktu malam dan hujung minggu. Oleh itu, waktu bersama keluarga memang terabai. Malah kadang-kala kehidupan guru-guru di sini terlalu sibuk dan ada yang menghadapi tekanan kerana sekolah ini adalah sekolah berorientasi hasil. Halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi dalam mengekalkan kejayaan projek ini ialah masa. Murid-murid di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, jadual harian mereka sangat padat. Kelas bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 4.00 petang. Selepas itu murid-murid tingkatan 3 dan 5 akan meneruskan aktiviti kelas tambahan pada pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang. Beriadah sehingga jam 7.00 petang. Mengurus diri sehingga 8.00 malam dan terus menyertai Program Memahkotakan Impian Remaja 8.00 hingga 11.00 malam. Pada hujung minggu program ini juga dilaksanakan. Kepadatan waktu menyebabkan kemungkinan murid akan kepenatan. Guru yang mengajar sebelah malam pula tiada rehat yang cukup. Hasilnya berkemungkinan program ini tidak berkesan kerana keletihan.

Oleh itu untuk mengatasi masalah ini, perancangan yang teliti dan konstruktif perlu dilaksanakan supaya program ini boleh diteruskan dengan melaksanakan penambahbaikan. Mengambil kira tentang bebanan tugas guru dan memberi sedikit ruang berehat untuk murid-murid perlu diberi pertimbangan supaya kehidupan mereka tidak menjadi seperti robot. Jadual yang terlalu padat perlu dilonggarkan sedikit dengan mengambil kira win win situation. Tugasan untuk mengajar pula tidak dibebankan kepada hanya beberapa guru tetapi dilibatkan semua supaya ada pusingan jadual untuk mengajar. Hujung minggu juga perlu dikurangkan aktiviti untuk memberi ruang guru dan murid berehat. Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas perlu diberi tumpuan supaya ianya lebih berkesan dan program ini tidak dijadikan seperti kelas harian.

Laporan Penandaarasan - PENGLIBATAN


Peranan pengetua sangat penting dalam membangunkan prestasi sekolah
  
Di sesebuah sekolah, penentu utama dalam memastikan kejayaan dan kegagalan sesuatu program adalah peranan pemimpinnya. Pengetua sekolah Menengah Sains Muzaffar sentiasa peka dan proaktif dalam mengesan cabaran dan peluang yang akan menjana keberkesanan organisasinya. Untuk menjayakan program ini, pengetua  sekolah ini telah bertindak sebagai kepimpinan instruksional iaitu sentiasa memastikan proses pengajaran yang baik dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan. Kemahiran menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam mengeluarkan idea dan dapat menyelesaikan masalah dikongsikan bersama guru-guru supaya program dapat memberi impak yang positif kepada sekolah.

Selain itu, beliau juga memberi penekanan dalam semangat kerja berpasukan. Sikap inginkan kejayaan dan optimistik selalu diterapkan dalam kalangan guru. Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama.
  • Kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.
  • Kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan.
  • Kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.
  • Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan.
  • Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.

Dalam membuat keputusan kepimpinan sekolah mengamalkan Kepimpinan Berperikemanusiaan (Humanis):
  • Pengetua bersifat humanis dengan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya.
  • Beliau mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui
            jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan.
·         Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan. Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama.
Kesimpulannya segala keputusan yang diambil akan mengambil kira tentang pandangan warga personel yang bertanggung jawab di dalam mesyuarat pentadbiran, guru, kurikulum dan lain-lain. Kata putus diambil dalam suasana musyawarah supaya tidak ada timbul konflik kerana program ini memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dari guru-guru. Malah tenaga yang diberikan juga tidak mendapat imbuhan dalam bentuk wang ringgit.
Dalam meniupkan semangat kerjasama dan saling menghormati antara satu dengan lain. Pengetua sekolah ini mengamalkan Kepemimpinan Teragih iaitu beliau berkebolehan:
·         Membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama.
·          Memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan.
·          Mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.
·          Memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan.
·         Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.
Akhirnya dapatlah dirumuskan bahawa pengetua sekolah ini sentiasa  sentiasa mengambil berat tentang orang-orang di bawahnya. Jika pengetua bersama-sama menjayakan program ini tidak mustahillah  semangat kerjasama dapat dipupuk  antara satu sama lain secara tidak langsung.
4.  STAIL KEPIMPINAN
 SBT atau Sekolah Berprestasi Tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan dan mampu berdaya saing di persada dunia ( KPM, 2009).
Pembentukan sekolah yang berprestasi tinggi tidaklah berlaku dengan sendirinya. Menurut Hussein, 2008; Razik dan Swanson, 2001; Day et al. , 2006, kepimpinan adalah faktor yang paling penting untuk membentuk sekolah yang berjaya dan berprestasi tinggi.  Hussein (2008) menyatakan kepimpinan pengetua yang dinamik dan bersungguh-sungguh telah dikenalpasti sebagai pembolehubah yang membawa kepada kejayaan sesebuah sekolah itu.
Dalam menerajui Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, harapan KPM terhadap kepimpinan sekolah sangat tinggi untuk membawa sekolah ke pesada kecemerlangan dalam semua bidang ke peringkat global. Oleh itu dalam hal yang demikian bagi memastikan kecemerlangan akademik dapat dikekalkan atau ditingkatkan, Tuan pengetua mengambil berat dalam melaksanakan program Memahkotakan Impian Remaja. Pengetua  mengamalkan gaya kepimpinan instruksional di mana sebagai pemimpin kurikulum beliau sentiasa memastikan pengurusan untuk program tersebut dapat diuruskan dengan baik.
Glickman (1990) berpendapat seorang pemimpin kurikulum atau instruksional yang berkesan perlu menguasai tiga aspek iaitu Pengetahuan Asas. Memahami Bidang Tugas dan Menguasai Kemahiran yang bersesuaian.  Dalam bidang Tugas yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
  1. Terlibat dalam proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal pelaksanaan kurikulum.
  2. Menyelia, memerhati dan menilai pengajaran guru.
  3.  Merancang program pembangunan profesional.
  4. Memupuk iklim dan budaya sekolah positif
  5.  Menjalin permuafakatan sekolah dengan komuniti
  6. Memastikan segala aktiviti sekolah berjalan lancar.
Sebagai pengurus sekolah Tuan Pengetua juga dapat mengurus sumber-sumber yang ada seperti guru, murid, kewangan dan kaedah untuk menjayakan program tersebut dengan menggunakan konsep POLICE.
  • P – Planning  Seperti yang telah dinyatakan bahawa cetusan idea untuk program ini datang dari Tuan Pengetua sendiri. Ini menunjukkan bahawa pengetua sangat peka  tentang keperluan program ini dan beliau merancang dari awal lagi program tersebut. “Pemimpin instruksional perlu sentiasa mengingati tujuan utama pengajaran dan pembelajaran adalah menyediakan murid untuk rakyat masa depan (Everard dan Morris, 1996).
  • O – Organize  Beliau bersama pentadbir yang lain mengelola program, mencari kekuatan dan kelemahan supaya program dapat berjalan dengan teratur.
  • L – Memimpin  Sebagai ketua beliau memimpin dan membimbing surbodinatnya supaya program berada dalam landasan yang beliau inginkan. Mengambil daya usaha dan inisiatif dalam mengerakkan sesuatu aktiviti. Menentukan jangka waktu dan kos serta memberi arahan. Jika ada permasalahan semasa proses pelaksanaan beliau dapat menyelesaikannya terutama dalam pengurusan kewangan. Sebagai ketua beliau tahu mendapatkan sumber bagi melaksanakan projek tersebut. Selain dari itu beliau dapat memberi panduan, dorongan dan rangsangan bagi menjayakan program tersebut.
  • I – Involve  Beliau nampak terlibat dari mula, semasa dan akhir pelaksanaan program. Telibat dalam program juga boleh dikaitkan dengan Keterlihatan atau Visibiliti seorang pengetua. Seorang pengetua dapat mengekalkan visibiliti yang tinggi jika beliau terlibat secara langsung dalam program tersebut.
  • C – Checking / Controlling   Beliau sentiasa membuat senarai semak tentang kemajuan program melalui penyeliaan dan pemantauan. Cara penyeliaan yang  yang berkait dengan visibiliti pengetua dikatakan mampu menghasilkan iklim sekolah yang positif yang setiap warganya ghairah (passionate) dalam tugas dan tanggung jawab masing-masing dan mampu menjana sinergi dalam sekolah tersebut (Covey, 2004; Hallinger dan Murphy, 1985; Murphy,1990.
  • E – Evaluate   Beliau sentiasa menilai keberkesanan program dengan melihat data pencapaian murid semasa pelaksanaan program. Dengan mengadakan mesyuarat menganalisis keputusan peperiksaan atau post-mortem, beliau mampu mengenal pasti kelemahan dan kekuatan sesuatu program.
Semua aktiviti di atas penentu kepada seorang pengurus yang berkesan. Dalam hal ini  daripada kajian yang telah dijalankan, Bliss (1991) mendapati sekolah yang berjaya selalunya diterajui oleh pemimpin yang berupaya untuk memastikan persekitaran sekolah yang sihat, teratur, berdisplin dan terarah, wujud hubungan kerjasama dengan semua pihak, komitmen yang tinggi dalam kalangan semua warga sekolah, pembangunan staf yang mencukupi dan mempunyai hubungan dengan ibubapa dan pihak luaran yang baik dan positif.
 Waters, Marzano, & Mc Nulty(2003) berpendapat bahawa pemimpin SBT perlu peka kepada situasi semasa, mempunyai kemahiran untuk menstimulasikan intelek dalam kalangan guru-guru dan staf sokongannya, menjadi agen perubahan, melibatkan warga sekolah dalam mereka bentuk dan mengimplementasikan sesuatu polisi dan keputusan, sentiasa memastikan wujud budaya yang sihat, sentiasa mengawal dan menilai keberkesanan amalan-amalan di sekolah dan kesannya kepada pembelajaran murid.

Kesimpulannya, Pengetua sekolah ini berupaya menjadi seorang pengetua berkesan di sekolah yang berprestasi tinggi seperti yang diharapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Laporan penandaarasan - Peluang dan Cabaran



Tempuhi cabaran tanpa jemu untuk menempa kejayaan

 PELUANG DAN CABARAN
Dalam melaksanakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah, tidak dinafikan pelbagai peluang dan cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh semua pihak sebelum kejayaan dapat dikecapi. Sememangnya di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah merupakan satu-satunya sekolah sains yang terdapat di Negeri Melaka. Menjadi warga sekolah ini menjadi kebanggaan namun tanggung jawab yang berat juga dipikul iaitu untuk mendapat keputusan yang terbaik setiap tahun merupakan cabaran yang sangat mengujakan.
Setiap warga sekolah ini mempunyai peranan untuk memartabatkan sekolah ini kerana murid yang datang ke sini adalah murid yan terpilih iaitu samada dari keputusan peperiksaan UPSR yang mendapat 5 A atau dari keputusan peperiksaan PMR yang mendapat Straight A, (8A atau 9A). Oleh itu guru-guru di sini tidak berpeluk tubuh untuk melihat kejayaan tetapi mereka mempunyai motivasi sendiri untuk meningkatkan prestasi murid mereka kerana mengajar adalah menjadi tanggung jawab yang perlu diamalkan seikhlas hati. Bagi murid pula mereka perlu belajar dan mendapat ilmu yang boleh memberi mereka kecemerlangan dunia dan akhirat.
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, disamping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.”
                                                                                                     -Imam Syafie-

Taalim wa taalum bermaksud belajar dan mengajar. (Taalim bererti menuntut ilmu dan taalum pula bererti mengajar ilmu kepada orang lain). Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah. Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas.
“ Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah….”
                                                                                                 -Imam Syafie   
 Program ini mendapat sokongan dari semua warga sekolah. Ini adalah kerana apabila dicetuskan idea tersebut dalam mesyuarat pentadbiran. Semua unit tanpa melengah-lengah masa membuat tindakan untuk melaksanakan. Ini adalah kerana pengetua telah berjaya menyakinkan orang  dibarisan hadapannya akan rasionalnya program tersebut dijalankan.
Matlamat menentukan hala tuju perubahan sekolah dan memotivasikan warganya ke arah hala tuju tersebut. Michael Barber (2011) dalam bukunya Deliverology, bahawa seorang pemimpin system seharusnya “menetapkan matlamat mereka” (hlm 2) kerana matlamat adalah tulang belakang sesuatu sistem. Matlamatlah yang dapat menentukan apa yang dimahukan, apa yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut dan bagaimana untuk kita mengukur kejayaan.
Dalam hal ini proses penetapan matlamat, pengetua telah mengenal pasti isu di mana pada ketika itu isu yang wujud ialah murid lemah dalam mata pelajaran elektif sains dan matematik. Semua mata pelajaran tersebut di dalam Bahasa Inggeris.  Oleh itu keperluan untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran tersebut sangat bertepatan dengan tindakan untuk mengadakan Program Memartabatkan Impian Remaja kerana program ini dapat membantu murid membuat latihan dengan cara coaching and mentoring dan ianya berfokus.
Tentunya harapan dan perasaan pengetua untuk melihat program ini dijalankan amat tinggi sekali. Yang sangat penting ialah kesan dari program ini sama ada ianya berjaya atau tidak, itulah cabarannya. Setiap aktiviti yang dijalankan akan mempunyai cabaran di mana murid dan guru terpaksa berkorban masa dan tenaga kerana program ini dijalankan sebelah malam.
Untuk mengukur kejayaan program ini perlu diadakan standard dan sasaran untuk pencapaian murid. Standard pencapaian Sekolah Berprestasi Tinggi boleh menjadi tanda  aras atau benchmark kepada sekolah lain. Saranan Wil Ryant (2008), ialah sekolah sepatutnya mengukur pencapaian terhadap apa mereka hargai dan bukannya menghargai apa yang mereka boleh ukur. Contoh ukuran bagi sekolah berprestasi tinggi mestilah memenuhi kriteria sekolah tersebut bukan apa yang ada di sekolah tersebut yang diukur. Oleh itu program Memahkotakan Impian Remaja menjurus kepada hasil yang ingin dicapai di Sekolah Berprestasi Tinggi.
Untuk memotivasikan guru dan staf dalam menjayakan program ini, pengetua sekolah ini mempunyai Kemahiran Hubungan Kemanusiaan. Dengan memahami perasaan dan sikap orang lain Tuan Pengetua dapat memecahkan tembok pemisah hubungan antara ketua dan surbodinat. Kemahiran yang ada pada pengetua ialah kemahiran berkomunikasi.

·         Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan.
  • Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis.
  • Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas.
  • Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.
  • Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.
  • Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
  • Kebolehan berkomunikasi dengan guru dan murid  yang mempunyai budaya berlainan.
  • Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.
  • Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan

Untuk menjadi pemimpin  yang benar-benar boleh mempengaruhi orang bawahan supaya menjadi pengikut yang setia bukanlah suatu perkara yang senang. Untuk itu seorang pengetua hendaklah menguasai kemahiran-kemahiran tertentu, mengamalkan tingkah laku yang sesuai dan memadankannya dalam situasi tertentu.
Perubahan yang diinginkan ialah perubahan dari segi sikap dan outcome yang akan diperolehi semasa dan selepas program ini dijalankan.
Expectancy is the probability held by an individual that a particular reinforcement will occur as a function of a specific behavior on his part in a specific situation. Expectancy refers to “beliefs or anticipations about the outcomes or consequences of behavior, usually defined as a personal or ideographic dimension”. Rotter (1972)
“Expectations of teacher help determine their pupils’ performance”. Pitt (1956)
Justeru kesedaran tentang pentingnya pembelajaran perlu dihayati dan diamalkan. Di sini perlunya Kontrak Pembelajaran iaitu  satu strategi pengajaran dan juga tool penilaian bagi menggalakkan Pembelajaran terarah Kendiri. Murid merasai bahawa pembelajaran ialah tanggung jawab mereka kerana objektif pembelajaran menjadi matlamat yang ditetapkan oleh mereka sendiri. Murid bermotivasi intrisik dan bertanggung jawab terhadap mereka sendiri. Ia memenuhi keperluan murid dan membantu murid bertindak mengikut tahap pengetahuan mereka sendiri. Mereka tidak rasa tertekan untuk belajar tetapi lebih sukarela untuk belajar.

Bagi mendapatkan hasil, sekolah meletakkan standard yang tinggi dicapai dari segi kandungan mata pelajaran, pencapaian murid dan pencapaian sekolah. Sekolah ini juga mempunyai matlamat jangka panjang dan kaedah untuk mencapainya dengan mengambilkira keselarasan kaedah pengajaran dan isi kandungan serta pemantauan peningkatan pembelajaran murid berdasarkan matlamat.

Tuesday, September 10, 2013

Laporan Penandaarasan - SM SAINS MUZAFFAR SYAH MELAKA





            Inilah sekolah tempat aku membuat penandaarasan - MOZAC. Sekolah berprestasi Tinggi yang tak mungkin akan dapat dicapai oleh sekolah ku yang berada dalam Band 4. Sekolah ku dihuni oleh murid yang datang dari semua peringkat pencapaian akademiknya iaitu dari straight A yang tak sampai 3%, Pertengahan pencapaian akademik sebanyak 40% dan selebihnya yang lemah 50%. Di sini aku ingin menulis sedikit tentang laporan penandaarasan di sekolah ini mengikut pemerhatian selama 2 minggu berada dalam kelompok murid-murid Band 1. Huraian projek penandaarasan ini akan aku update mengikut turutan yang dikehendaki dalam laporan penandaarasan. Bahagian1 iaitu bahagian profil sekolah tak perlulah aku updatekan. Yang itu semua tau dah nak buat.

HURAIAN PROJEK PENANDAARASAN
1. SITUASI1.1  PENGENALAN
Bagi mengecap kejayaan yang berterusan dalam bidang akademik, pemimpin sekolah sentiasa mengilhamkan pelbagai program setiap tahun. Mengikut situasi dan keperluan. Namun demikian ada program-program yang dikekalkan serta dibuat penambahbaikan kerana telah jelas program tersebut sememangnya memberi impak kepada pencapaian akademik di sekolah tersebut.
1.2  PENCETUSAN IDEAProgram yang dilaksanakan ialah “Memahkotakan Impian Remaja”. Program ini  bermula dengan pencetusan idea pada minggu ke 2  bulan Januari 2012.  Program ini dicetuskan oleh Tuan Pengetua Tuan Haji Hassan Bin Topit. Program ini asalnya merupakan kelas tambahan yang biasa dijalankan pada setiap minggu, namun pada tahun lepas Tuan Pengetua menyarankan supaya program ini ditukar namanya atau di “rebranding” kepada Memahkotakan Impian Remaja dengan membuat beberapa penambahbaikan bagi keperluan murid kumpulan sederhana dan lemah.
1.3  BILA DILAKSANAKAN?.Program ini mula dilaksanakan pada bulan Mac 2013 hingga bulan Oktober semasa dalam Kelas Persediaan Malam. Murid-murid yang menjadi mentor dan guru-guru mata pelajaran akan menjadi fasilatator. Tempat bagi pelaksanaan program ini adalah di sekolah.

1.4  MENGAPA PROJEK INI DIPILIH?Program ini di laksanakan bagi melatih pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua mata pelajaran di setiap tingkatan untuk membantu rakan-rakannya yang lain supaya semua murid akan mendapat keputusan cemerlang. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ialah wadah yang terbaik untuk memastikan kejelekitan ukhuwah antara murid berlaku dalam setiap tingkatan khasnya murid-murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Program ini menumpukan kepada killer subject iaitu Bahasa Inggeris, Add Maths, Biology, Kimia dan Physic. Program ini akan memberi peluang kepada murid-murid yang mempunyai potensi melonjakkan kecemerlangannya dengan mempengaruhi rakan-rakan yang lain untuk memperoleh kecemerlangan bersama-sama. Oleh itu, guru-guru dan murid –murid yang berpotensi berkolaborasi dalam tempoh terdekat ini membuat pecutan dan bimbingan kepada murid-murid sasaran seterusnya membolehkan mereka boleh menjawab semua aspek soalan dalam peperiksaan. Dalam pelaksanaan program ini guru dan murid cemerlang akan menggunakan pelbagai teknik pengajaran untuk membantu murid dalam kelompok sederhana dan lemah. Dalam program Memahkotakan Impian Remaja perkongsian idea sesama rakan sebaya  seperti aktiviti membuat perbincangan kumpulan, belajar sambil membuat latihan bersama-sama serta mengajar rakan lain adalah proses yang berlaku.


Rajah 6: The Learning PyramidDalam The learning pyramid memperlihatkan bahawa proses Program Memahkotakan Impian Remaja melibatkan 3 bahagian bawah pyramid di mana bahagian pembelajaran yang paling berkesan ialah perbincangan kumpulan sebanyak 50%, membuat latihan sebanyak 75% dan yang paling tinggi kesannya ialah mengajar orang lain sebanyak 90%.Projek ini dipilih kerana untuk mendapat Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.46, semua warga tingkatan 5 perlu mendapat sasaran yang telah ditetapkan. Oleh itu murid yang lemah perlu dibantu supaya pencapaian mereka nanti tidak menurunkan GPS sekolah. Seterusnya target KPI SBT Mozac akan dapat dicapai dan jumlah calon yang mencapai straight A-Plus seramai 15 orang dan seramai 67 orang murid mendapat straight A. Selain dari itu program ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan dapat menerbitkan ukhuwah dalam kalangan murid SBP.


 1.4 AHLI YANG TERLIBAT DALAM PROJEK INI
Dalam menjayakan program ini, semua warga sekolah terlibat dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan jayanya, jawatankuasa pelaksana dibentuk dimana Pengerusi untuk program ini ialah Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran menjadi Timbalan Pengerusi.. Penyelaras program merupakan kaunselor dan ahli jawatankuasa terdiri dari penyelaras Tingkatan 5 dan guru-guru Tingkatan.Sebagai orang yang bertanggung jawab terhadap kurikulum, Pengetua bertanggung jawab menggerakkan guru-guru di bawahnya di mana Pengetua bertindak sebagai pemimpin instruksional – “ Menumpukan pada apa perlu dilakukan bagi memastikan P&P berkesan berlaku. Teknik dan Pendekatan Mengajar, Penggunaan Teknologi dan penggunaan data post mortem penilaian untuk mengenal pasti dan menangani kelemahan murid dan lain-lain.”


 Jadual 9: Analisis pencapaian peperiksaan percubaan SPM                                                                                            (Snelbecker, 1974)
ANALISIS  PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM SELARAS SBP TAHUN 2012
A+
A
A-
B+
B
C+
C
D
E
G
Lulus
Subjek
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
ADDITIONAL MATHEMATICS
5
6
21
5
21
13
13
13
17
30
114
BAHASA INGGERIS
8
24
43
27
24
14
4
144
BIOLOGI
2
1
16
22
17
10
17
9
18
13
112
FIZIK
6
19
39
17
9
24
17
10
2
1
143
KIMIA
2
9
15
18
26
12
12
19
16
15
129
ANALISIS  PEPERIKSAAN SPM  TAHUN 2012
A+
A
A-
B+
B
C+
C
D
E
G
Lulus
Subjek
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
ADDITIONAL MATHEMATICS
60
3
26
18
13
15
6
2
1

114
BAHASA INGGERIS
13
75
36
18
2
0
0
0
0

144
BIOLOGI
37
36
22
15
13
1
1
0
0

112
FIZIK
40
13
32
27
16
14
2
0
0

143
KIMIA
24
16
23
23
16
20
13
0
0

129




















Jadual 10:  Analisis   Peperiksaan SPM 2012

Berdasarkan dari data  Peperiksaan Percubaan SPM  dalam 5 matapelajaran jumlah  A+  amat sedikit murid mampu untuk mencapainya. Untuk mata pelajaran Additional Maths hanya 5 orang, Bahasa Inggeris seramai 8 orang, Biology seramai 2 orang, Fizik seramai 6 orang dan Kimia seramai 2 orang.Apabila peperiksaan SPM diumumkan didapati terdapat peningkatan yang ketara dalam semua mata pelajaran tersebut. Bagi mata pelajaran Additional Mathematics peningkatan sebanyak 48.24%. Bahasa Inggeris sebanyak 4.38%. Biology sebanyak 31.24%. Fizik sebanyak 23.77% dan kimia sebanyak 17.05%.
Begitu juga di bahagian lulus D, E dan G, ramai murid telah meningkat pencapaiannya kepada  peringkat kepujian.  Ini menunjukkan bahawa program ini telah memberi kesan kepada seluruh pencapaian  murid sekolah ini di samping dapat mengimbangi pencapaian GPS sekolah. Walaupun GPS sekolah menurun sebanyak 0.02% namun ia adalah disebabkan faktor lain iaitu penurunan dalam mata pelajaran teras yang kurang diberi penekanan tahun lepas. Dalam mesyuarat kurikulum yang diadakan pada 5 April 2013, satu perubahan tentang strategi peningkatan matapelajaran telah dibentangkan di mana kini mereka mengambil inisiatif untuk melaksanakan  Program Memartabatkan Impian Remaja kepada semua matapelajaran supaya tiada yang ketinggalan atau tidak ambil endah kerana mata pelajaran tersebut dianggap mudah. Namun demikian program ini tidak berdiri dengan sendirinya. Program ini juga disokong dengan program-program lain yang juga program yang mempunyai objektif yang sama iaitu menuju ke arah kecemerlangan.