Monday, April 20, 2020

COVID 19 - INI KAH AKHIRNYA


https://youtu.be/jU9Rt9lKKlE


Ujian ini tak pernah terlintas
cabaran " STAY AT HOME" semakin memulas
 dalam minda beribu persoalan
tidak tercapai akan akal fikiran
ini bukan gurauan senda
pandemic virus semakin bercanda
seluruh bumi ini berkocak
seluruh langit bergelodak 
 tanda tanya berulang-ulang
namun jawapan masih bercelaru
mengharu biru mencari solusi
masih teraba-raba 
pencarian belum terisi

Serangan mu tanpa senjata

membunuh mangsa tak mengira usia
sakit tak terucap dengan kata
kejam dan tersiksa
redho akan meninggalkan dunia fana.

Mencari benteng halangan

itulah harapan
kalut menahan  tiada bayangan
hanya memenjarakan diri
bisa memutuskan rantaian Covic ini

Manusia bagaikan tiada nilai

beribu menyembah bumi
disemadi seperti sampah
kerakusan virusmu
menghentam di mana-mana
tiada kekuatan untuk bertahan

Aku semakin ketar

ketidak siapsiaga untuk mengadap mu Ya Rabb
bekalan yang sedikit mengugat
melempiaskan diri dalam ketakutan 
yang menyeramkan tubuh badan
memang mati itu pasti
namun itu bukan yang aku jangkakan

Ku melihat kiri dan kanan
sepi yang tandus
dijalanan yang sedia rakus 
tiada lagi kebingitan
di sana sini sekatan dilakukan
bagi meratakan lengkungan rantaian
bagi menyekat keengganan kita
mematuhi PKP "STAY AT HOME"
rantaian ini perlu diputuskan
corona virus perlu dikuburkan...

Terdengar santun pemimpin ku bersuara
dalam lagak seorang abah
kau berdiri penuh kasih sayang
yakin dengan Allah Azzawajal
kau lah hero sebenar
dalam peralihan kuasa yang mengugat
Pedana Menteri pintu belakang gelaran mu
namun kau lah tempat rakyat bersandar
 Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat
menjadi bukti cinta yang sejati
Syukur Ya Allah Ya Malik
Rahmat yang tidak putus
kepada Malaysia tanah tercinta

PKP masuk ke fasa 3
rantaian masih belum putus
malah kes demi kes pelbagai kluster
kebimbangan semakin terasa
kedegilan manusia
keangkuhan mengongkong diri
memaksa tindakan yang keras
supaya ampuh PKP 
agar empayar corona tidak melebar luas

Wahai rakyat
pernahkah kau terfikir
corona sentiasa berlari mengejar mu
corona tetap menjejaki mu
dan melontar terus ke dunia asing
dalam nafas yang melonta
 menanti saat untuk ditalkinkan

Pernahkah kau dekap hatimu
dalam keinsafan yang tulus
penghujung noktah yang sepi dan pilu
kepergian mu diiringi sendu dari jauh
dan kau pergi dalam kekesalan yang tak berarti
atas nama ego yang kau miliki.


                                                                            NorM 20.04.2020



*AKU SEORANG FRONTLINER* - _ishakjsjtpn_

*AKU SEORANG FRONTLINER*

Bila COVID-19 melanda,
Cutiku dipanggil untuk berjaga,
Frontliner tugasku yg utama,
Demi rakyat dan juga negara.

Ku ditugaskan tegak berdiri,
Kenderaan lalu berselisih ganti,
Ada yang puji juga dicaci,
Mengharapkan sesuap nasi tagih rezeki.

Kerana COVID-19 ku tinggalkan keluaga,
Anak isteri sedih tak terhingga,
Jalankan kewajiban sesama anggota,
Keringat kering penat mulai terasa.

Saranan PM duduk di rumah,
Segelintir rakyat ambil mudah,
Tidak hirau kata perintah,
Kompaun menanti sesal tak sudah. 

Wahai sahabatku berganding bahu,
Duduk rumah tanpa jemu,
Biar COVID-19 terus berlalu,
Moga rakyat bebas seperti dahulu.

nukilan:-
_ishakjsjtpn_

Sarjan Ishak Bin Kamis
Bahagian Siasatan Jenayah IPD
Tampin Neger Sembilan

Saturday, April 18, 2020

COVID 19 KU TENTANG



Covid oh Covid
Tanggal 18 Mac PM umum kau datang,
PKP dilancar untuk menentang,
Seorang demi seorang kau serang,
Sarjan Ishak Bin Kamis
Bahagian Siasatan Jenayah IPD
Tampin Neger Sembilan
Satu dunia lari lintang-pukang.

Covid oh Covid,
Stay at home, keluar rumah dihalang,
Dibenarkan seorang keluar beli barang,
Ingkar PKP kompaun datang,
Satu kompaun 1K terbang.

Covid oh Covid,
Tiada vaksin untuk menentang, 
Putuskan rangkaian yang boleh dihalang,
Kini manusia rakus bukan kepalang,
Ingkar perintah semakin ramai tidak terbilang.

Covid oh Covid, 
Oh.... manusia akurlah sekarang,
 _Agar kau pergi terus menghilang,_
Duduk rumah ambil peluang,
Pasti suatu hari kita akan menang.

_*#ishakstayathome*_


]

Coronavirus kau datang menyerang,
Fronliner ke depan hadir berjuang,
Segelintir manusia rakus menentang,
PKP dilancar tak endah dipandang.

Fasa III kini tiba,
Coronavirus disana sini ada, 
Fronliner bertugas tak putus asa,
Moga perancangan kita jaya jadi nyata.

_*#ishakstayathome*

CATATAN ( PKP ) Perintah Kawalan Pergerakan -Dari FB Puan Norazlida Binti Samsuri

Puan Norazlida Binti Samsuri
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK SULTAN MANSOR SHAH 2020

Nanti next year umur pnjng kita baca balik catatan sepanjang tempoh PKP
2020 dalam ingatan..
Sejarah dalam lipatan sepanjang perjalanan hidup diatas muka bumi Allah Taala..

14 APRIL 2020

Bermula
18 Mac - 14 April 2020
Perintah Kawalan Pergerakan ...

Hari ni 14 April 2020 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ke-3 bersambung hingga 28 April 2020.

️harga minyak jatuh sehingga RM1.25 seliter
🏒Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
πŸ“±πŸ–₯️Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
πŸ•΄πŸ•΄️Penjarakan sosial sentiasa diutamakan.
️Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
🍽️Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
🚢🚢🚢Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
🏀Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
πŸ€ΈπŸ‹️Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
πŸ’ƒKonsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
πŸ‘°πŸ€΅Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
πŸ•Œ️Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
πŸ‘©πŸ‘©πŸ‘§πŸ‘¦πŸ‘¨πŸ‘¨πŸ‘¦Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
🎑⛲️Taman permainan kanak - kanak ditutup.
πŸ‘©πŸ”¬πŸ‘©️Kekurangan stok penutup muka, gaun, dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
πŸ›ŒKekurangan alat bantuan pernafasan bagi pesakit kritikal.
🧀Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
πŸ₯¦πŸ›’Rak - rak di kedai menjadi kosong.
🏭Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
️Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
️Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
πŸ“Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
πŸš—πŸš¦Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
🧀Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.    
πŸ‘©️Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
πŸ“ˆπŸ“‰" Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita akan sembuh bersama"
πŸ’°πŸ’΅Bantuan Prihatin Nasional masuk dlm acc msg2 bermula hr ini.. Dari kerajaan yang baru seminggu terbentuk lalu terpaksa menghadapi ancaman wabak ini... Alhamdulillah tq PM

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020

Kenapa saya tulis status ini?

Kerana , satu hari nanti ,status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu !

18mac-30mac 2020 (pkp fasa1)
1april -14april 2020 (pkp fasa2)
15april-28april 2020 (pkp fasa3)

#silakancopypasteπŸ˜…...
sbb kami pun copy paste jgk🀭.

TAKLIMAT PENGARAH PENDIDIKAN (3) LAKUKAN SESUATU / DO THE THING

TAKLIMAT PENGARAH PENDIDIKAN 3
BAGI MENINGKATKAN PRESTASI DAN KUALITI KERJA 

TAJUK: LAKUKAN SESUATU / DO THE THING

       Saya percaya bahawa apabila dilantik untuk sesuatu jawatan akan tersemat jauh di lubuk hati untuk kita memberikan sesuatu, melakukan sesuatu dan mengubah sesuatu demi menjadi lebih baik. Jika diimbau kembali waktu mula menjawat sesuatu jawatan sama ada sebagai guru biasa, Guru Penolong Kanan, Guru Besar, pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah, pegawai di Jabatan Pendidikan Melaka, Timbalan Pengarah Pendidikan dan Pengarah Pendidikan, mesti tersemat hasrat nan murni untuk organisasi. Segala yang ingin dicapai bukan mencari kebanggaan diri atau bersaing dengan sesiapa. Sebaliknya, kesedaran bahawa jawatan yang diperoleh merupakan satu tanggungjawab dan amanah.

      Justeru apabila kita memperoleh jawatan atau amanah, seharusnya ada dalam mindset kita bahawa kita teruja untuk lakukan sesuatu atau do the thing bagi organisasi. Kejayaan kita lakukan sesuatu itu atau do the thing pada jawatan menjadi indikator untuk kita melihat sejauh mana fungsi dan peranan telah dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi memajukan organisasi. Apakah organisasi masih ditakuk lama atau apakah organisasi makin teruk atau apakah organisasi bertambah baik dan maju?

      Sehubungan dengan ini, bersama-sama dengan prinsip open the new horizon, kita menilai dan menganalisis organisasi. Apa proses yang perlu digugur, ditambah baik atau diganti. Dengan ini, mindset teruja untuk lakukan sesuatu atau do the thing dan prinsip ini menjadi batu loncatan dan motivasi untuk kita melakukan inisiatif dan tindakan yang mencabar proses atau challenge the process. Oleh hal demikian, sekira guru dalam bilik darjah, guru mesti mempunyai hasrat yang tinggi dan penuh keterujaan untuk melihat prestasi murid maju secara holistik. Kalau kita pemimpin sekolah, kita teruja menyusun strategi, taktikal dan operasi bagi memastikan nilai, potensi, kemahiran diri murid, peratus Melepasi Tahap Minumum (MTM), peratus lulus dalam Pentaksiran Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran (STPM dan STAM) dan Gred Purata Sekolah (GPS) SPM) tidak kekal di takuk lama atau kekal atas GPS 5. Andai kita sebagai pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, kita teruja untuk melihat ruang dan peluang daripada semua sudut dan aspek untuk menjadikan pendidikan di daerah dan negeri mencapai status pendidikan berkualiti, murid-murid kita menjadi insan terdidik dan nanti kita turut menyumbang kepada negeri dan negara, iaitu melahirkan rakyat yang berkualiti yang memastikan negeri dan negara tercinta ini sejahtera. Dengan demikian, penerokaan ilmu dan pengalaman serta sumber dihasilkan, dicipta dan digembleng bagi memastikan aspirasi sistem bertambah maju dan menyumbang kepada pencapaian aspirasi murid. Justeru refleksi terhadap peranan dan fungsi dilihat dan dipastikan untuk dilaksanakan dengan sempurna, di samping gerak kerja dilaksanakan dengan adanya connecting the dots dalam organisasi.

       Mindset lakukan sesuatu atau do the thing semestinya bermulanya dari langkah pertama dan hari pertama seseorang itu menyertai organisasi. Dari permulaan itu, digerakkan inisiaitf secara bersepadu mengikut peranan dan fungsi bagi mengangkat imej dan prestasi organisasi. Penegasan prinsip ini dapat dikaitkan dengan seruan junjungan besar Nabi SAW, iaitu “ Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allah SWT serta 2 janganlah lemah” ( HR: Muslim ). Tentunya, yang bermanfaat pada kita ialah organisasi dan murid. Kita bersyukur bahawa kita ditempatkan dalam organisasi kita yang menjadi tempat untuk kita dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah. Kita bersyukur kita mempunyai murid, dek kerana mereka kita dapat bekerja dan mendapat rezeki. Sementara sifat tidak kisah, tidak bertenaga dan melaksanakan tugas bak melepaskan batuk di tangga, apatah lagi culas merupakan sifat-sifat lemah yang mesti dihindari.

      Keberadaan kita dalam organisasi dan beradanya kita pada sesuatu jawatan merupakan tanggungjawab dan amanah yang mesti ada akauntabiliti dan pasti akan dipertanggungjawabkan, waimah kita seorang guru biasa mahupun seorang yang berjawatan tinggi seperti Guru Besar, Pengetua, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Timbalan Pengarah Pendidikan dan Pengarah Pendidikan. Hal ini selari dengan keyakinan kita , iaitu “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah SWT dan RasulullahNya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui salahnya.” (QS: al-Anfal: 27).

       Prinsip lakukan sesuatu atau do the thing menjadi momentum hari pertama untuk lebih energetic dengan menggerakkan pelbagai inisiaitif secara inidividu dan pasukan bagi mengangkat imej dan prestasi organisasi. Seseorang itu hendaklah sentiasa sensitif akan isu, keperluan dan perubahan dalam organisasi dan skop serta bidang tugas. Kita dan pasukan mesti menjauhi persaingan sesama kita. Sebaliknya, kita berdiri bersama-sama dalam pasukan sebagai kesatuan yang kuat dan amanah kerana “Sebaik-baik pekerja ialah orang yang kuat lagi amanah.” (QS: al Qasas: 26).

 Mungkin keterbatasan waktu, kita tidak sempat memberikan sumbangan besar untuk mencipta kemajuan organisasi. Bagaimanapun, dengan prinsip lakukan sesuatu atau do the thing walau untuk tempoh masa yang singkat itu, sudah memadai untuk kita menyediakan dan membangunkan satu tapak kukuh atau pace setting untuk pengganti meneruskan kemajuan organisasi. Wallahu’alam.

 DR. MOHD AZAM BIN AHMAD

PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

15 April 2020
 ___________________________________________________________________

Sunday, April 12, 2020

*PERBAHASAN NISFU SYA'BAN




_Ulasan dan Ringkasan oleh : Ust. Adika Zain Ali_

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Agama ini bukan diikuti tanpa dipastikan kesahihan, atau diikuti tanpa faham. Agama berpaksikan dalil yang diiktiraf. Sesuatu yang tidak berasaskan sumber yang sah iaitu al-Quran dan hadis-hadis sahih yang sabit tidak boleh disandarkan kepada Islam.

Bulan Sya’ban antara bulan yang agung dalam syarak. Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada bulan ini. Disunatkan bagi kita untuk mempertingkatkan amalan dan ibadah sebagaimana yang disebut di dalam hadith sahih yang menceritakan akan kelebihan malam nisfu Sya’ban.

Terdapat hadith-hadith berkaitan kelebihan malam nisfu Sya’ban telah diriwayatkan daripada Nabi SAW melalui beberapa jalur. Antaranya melalui jalur Abu Musa al-Asy’ari RA, Aisyah RA, Abu Tha’labah RA, Abdullah bin Amr RA, Mu’az bin Jabal RA, Abu Hurairah RA dan Abu Bakar RA, namun amalan-amalan yang tersebut ini adalah bersifat umum.

Oleh itu, tiada amalan khusus yang sabit daripada Nabi SAW berkaitan malam Nisfu Sya’ban. Berdasarkan Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) dalam kitabnya yang masyhur al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab: Adapun Nisfu Syaaban, atau pertengahan Syaaban (15 haribulan), terdapat hadis yang sahih tentang kelebihannya di samping banyak hadis palsu mengenainya. Juga tidak terdapat hadis yang sabit mengenai amalan khusus seperti solat khas pada malam tersebut.

Oleh yang demikian, janganlah kita jadikan isu amalan Nisfu Sya’ban ini sebagai satu isu yang boleh menjejaskan hubungan antara kita disebabkan berlainan pendapat. Cuba berlapang dada walaupun berbeza pendapat, tegurlah dengan cara yang berhemah jika ada yang salah, nasihatilah dengan cara yang paling baik agar saudara kita tidak berkecil hati. Ingatlah, setiap orang, lain tahap kefahamannya dan lain juga tahap ilmunya, selalulah bersangka baik agar hati kita sentiasa tenang.

*Kesimpulan*

*Pertama* Hendaklah kita mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan memperbanyakkan amal samada dengan membaca al-Quran, solat sunat, berzikir dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, kesemua amalan ini tidak boleh dinisbahkan kepada Nabi SAW sebagai sunnah yang mesti dibuat dalam bentuk tuntutan kerana kesemua amalan ini adalah bersifat umum. Oleh itu, tiada amalan khusus yang sabit daripada Nabi SAW berkaitan malam nisfu Sya’ban.

*Kedua* Sepatutnya tanyalah diri kita dahulu, adakah amalan-amalan sunat lain yang sangat dituntut sudah dilakukannya secara istiqamah contohnya solat sunat sebelum dan selepas solat fardu, puasa-puasa sunat, solat-solat malam dan sebagainya sejajar dengan amalan Nisfu Sya’ban.

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan ibadah serta memelihara kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak mempunyai asal di dalam agama. Amin.

Waalahu Taala Alam.
7 April 2020

Saturday, April 11, 2020

MEMBUKA LEMBARAN BAHARU / OPEN THE NEW HORIZON


TAKLIMAT PENGARAH PENDIDIKAN (2) BAGI
MENINGKATKAN PRESTASI DAN KUALITI KERJA

TAJUK:
MEMBUKA LEMBARAN BAHARU / OPEN THE NEW HORIZON

“Hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini”. Ungkapan ini sering menjadi sebut-sebutan kita. Sesungguhnya, kita memang tidak boleh kekal dengan status quo kerana sifat manusia dan kehidupan manusia itu sendiri adalah bersifat dinamik. Situasi sentiasa berubah menurut tuntuan masa dan zaman serta teknologi. Justeru seharusnya dalam kehidupan sama ada termasuk dalam tugas atau kerja hendaklah sentiasa ada prinsip kepemimpinan, iaitu “membuka lembaran baharu atau open the new horizonuntuk “hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini”.

Menerusi prinsip kepemimpinan, iaitu membuka lembaran baharu atau open the new horizon bermakna seseorang itu berani keluar daripada zon selesa yang ada dan menjadi status quo. Zon selesa yang ada merupakan penghalang utama untuk seseorang atau organisasi bergerak maju ke hadapan. Hal ini adalah kerana seseorang atau pasukan dalam organisasi itu gagal melihat tuntutan perubahan mengikut situasi, zaman dan teknologi. Justeru, zon selesa menjadikan seseorang itu tidak berani meneroka strategi, kaedah dan pendekatan baharu dalam tugas dan kerja masing-masing. Seseorang itu kekal berada pada takuk yang sama, lama dan usang. Proses kerja adalah out dated. Hal ini merupakan satu yang malang bagi sesuatu organisasi. Dengan demikian, penggantian demi penggantian berlaku dan dapat dilihat dalam organisasi tetapi penggantian tersebut tidak membawa apa-apa makna, perubahan atau impak pada kecekapan personel dan organisasi. Penggantian hanya sekadar mengisi kekosongan yang ada. Ketidakcekapan tetap kekal dengan ketidakkecekapan. Prestasi yang rendah tetap sama kekal rendah. Isu tetap silih berganti dalam organisasi seperti yang sudah-sudah dan persaingan dan perlumbaan sesama sendiri tetap seperti dahulu walaupun tiada penamat dan hadiah yang ditetapkan.

Prinsip kepemimpinan, iaitu membuka lembaran baharu atau open the new horizon membawa seseorang atau personel dalam sesebuah organisasi melakukan refleksi atau bermuhasabah. Refleksi atau muhasabah ini hendaklah berasaskan pada isu yang ada seperti prestasi dan pencapaian yang rendah, kerja atau tugas yang tidak selesai pada masa yang ditetapkan, isu berbangkit walaupun kerja telah dilaksanakan, tidak energetic dan kreatif dalam bekerja dan sebagainya. Selanjutnya, menerusi prinsip kepemimpinan membuka lembaran baharu atau open the new horizon, refleksi atau muhasabah pantas dilakukan pada aspek visi dan matlamat, perancangan, strategi, kaedah dan pendekatan terhadap proses kerja, ilmu dan kemahiran diri dan seumpamanya. Menerusi prinsip kepemimpinan membuka lembaran baharu atau open the new horizon ini akan menzahirkan keupayaan melihat peluang dalam spektrum atau dimensi yang berbeza dan terbuka luas. Di sinilah titik mula ruang-ruang kreativiti dan kebijaksanaan baharu tercipta untuk membawa sinar perubahan baharu dan impak tinggi sama ada pada kompetensi seseorang, kecekapan proses kerja dan prestasi organisasi. Sekira dahulunya prestasi rendah akan berubah kepada prestasi yang lebih baik, semakin cemerlang dan gemilang. Jika dahulunya pelbagai isu berbangkit akan berubah kepada berkurangnya isu dan memperlihatkan peningkatan imej pada kompetensi seseorang dan organisasi.

Berhubungan dengan organisasi yang kita semua kasihi, iaitu Jabatan Pendidikan Negeri Melaka termasuk Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah, diharapkan prinsip kepemimpinan membuka lembaran baharu atau open the new horizon sentiasa ada dalam mindset setiap personel sama ada pada Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar, Ketua Penolong Pengarah, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Guru- Guru. Kita tidak boleh selesa dengan status quo yang ada. Isu pengurusan dan pendidikan kita masih belum dapat dibanggakan secara perbandingan seperti prestasi akademik yang sederhana, pengurusan kewangan yang banyak berteguran, pengumpulan data yang tidak cekap, gaya kerja yang silo dan tiada connecting the dots, tidak energetic dan tidak kreatif dalam pelaksanaan kerja dan tugas, kurang keterujaan dalam mencapai visi dan matlamat. Semua ini kerana zon selesa, iaitu status quo yang telah membunuh mindset dan keterujaan.

Kita harus sentiasa membuat perbandingan, refleksi dan muhasabah. Sekira negeri-negeri yang lebih kecil dengan Melaka prestasinya lebih baik, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa sifat kecil dari pelbagai aspek memudahkan pengurusan dan lantaran itu, mereka mudah berjaya. Sebaliknya, negeri-negeri yang besar, iaitu banyak sekolahnya, ramai guru dan muridnya, jauh hingga pedalaman dan pulau yang sukar dalam jangkauan dan rencam cabarannya memperlihatkan prestasi dan kualiti lebih baik, tentulah ini menjadi persoalan untuk kita berfikir dan merenung sejenak sama ada pada aspek ilmu dan pengetahuan, kecekapan dan kompetensi, strategi kerja dan sebagainya.

Isu-isu yang disebutkan boleh difahami daripada firman Allah SWT, iaitu “Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar” (Surah al Ankabut: 45). Maknanya, mana boleh berlaku isu timbul seperti perbuatan keji dan mungkar sesudah mendidirkan solat? Begitu juga mana boleh wujud pelbagai isu sesudah seseorang itu melaksanakan kerja atau tugas?

Sekira sesudah mendirikan solat tetapi masih berlaku isu keji dan mungkar, tentunya sama ada suka atau tidak seseorang itu mesti melakukan refleksi dan muhasabah. Prinsip membuka lembaran baharu atau open then new horizon perlu ada sama ada pada aspek keikhlasan hati, kebersihan fikiran, ketinggian cita-cita, ketertiban pelaksanaan solat dan sebagainya. Demikianlah juga bagi seseorang atau personel dalam akauntabilitinya terhadap organisasi.

Semoga dengan prinsip kepemimpinan membuka lembaran baharu atau open the new horizon tersemat sebagai salah satu bentuk mindset setiap personel atau pegawai di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk kita bersama-sama mensenergi, mengapung dan menjulang Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah atas apungan prestasi dan kualiti tinggi. Kita tidak boleh menunggu orang lain datang mengubah kita terhadap isu yang ada seperti prestasi pertumbuhan kemenjadian murid yang belum membanggakan, audit sekolah berteguran atau sekadar memuaskan, penarafan yang ada seperti JPN Prioriti, PPD Prioriti dan PPD Aspirasi.


Justeru seluruh warga pendidikan negeri Melaka mesti melalui hari-hari dengan prinsip membuka lembaran baharu atau always open the new horizon untuk mengangkat imej dan kualiti pengurusan dan pendidikan kita dan seterusnya menyahut seruan Y.Bhg. Dr. Habibah Binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, iaitu “Bersama-sama Melangkah Lebih Jauh”. Justeru challenge the process.

DR. MOHD AZAM BIN AHMAD

PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA

“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”

MENCABAR PROSES atau CHALLENGE THE PROCESS


Taklimat Pengarah Pendidikan (1)
Meningkatkan Prestasi Dan Kualiti Kerja

MENCABAR PROSES atau
CHALLENGE THE PROCESS
Salah satu prinsip dalam bekerja, sesorang itu sama asa seorang ketua atau pegawai perlu mempunyai prinsip, iaitu mencabar proses atau challenge the process. Saya sudah membincangkan prinsip kerja, iaitu mencabar proses atau challenge the process dalam banyak platform. Untuk itu, saya berharap prinsip ini bukan sekadar didengar dan diikuti dengan kata-kata seperti Oh, baru dengar” , “Selama ini tidak pernah orang cakap” dan sebagainya. Sebaliknya, prinsip ini mesti menjadi landasan untuk melakukan refleksi terhdap proses pengurusan dan kerja yang ada.
Setiap ketua dan pegawai bagi sesuatu sektor dan unit mesti meneliti setiap proses pengurusan dan kerja sahaja masing-masing. Sekira proses yang ada dan sekian lama menimbulkan masalah atau tidak membawa impak serta tidak meningkatkan kecekapan, sudah semestinya proses yang ada itu ditukar atau digugurkan dalam pengurusan dan kerja masing-masing. Dengan ini, setiap sektor dan unit mesti berbincang dan menetapkan suatu proses baharu yang membawa kebaikan bukan sahaja terhadap prestasi kerja pegawai tetapi terhadap prestasi sektor, unit dan organisasi.
Sekira sesuatu sektor dan unit sentiasa mempunyai masalah dari aspek kecekapan proses kerja. Mislanya, sektor atau unit mengalami kesukaran dalam memastikan pengurusan dan kerja berjalan dengan lancar dan terlaksana pada waktunya. Isu atau masalah ini mesti diteliti secara konkrit. Mungkin sudah tentu masalah atau isu ini berlaku kerana proses pengurusan dan kerja yang ada mempunyai hubungan dengan sektor dan unit lain. Proses yang dilaksanakan selama ini hanya memberi dengan memberi memo kepada sektor dan unit lain. Oleh itu, sikap mencabar proses atau challenge the process terhadap proses menghantar memo ini mesti ditukar. Mungkin perlu diwujudkan mekanisme proses kerja yang baharu seperti mewujudkan Jawatankuasa Penyelarasan antara sektor dan unit bagi memastikan penyelarasan kerja dilaksanakan. Hal ini diharapkan bagi memastikan isu dan masalah diatasi dan meningkatkan kecekapan.


Contoh lain, sekiranya sesuatu sektor atau unit sering mengalami masalah buku teks tidak mencukupi untuk sesebuah sekolah. Sudah tentu usaha meneliti dan menilai proses yang dilaksanakan selama ini mesti diambil. Kalau proses selama ini proses hanya menerima data dan maklumat dari sekolah yang mewujudkan masalah itu hendaklah ditukar dengan proses lain. Proses pengurusan dan kerja ini mungkin perlu diperkukuh dengan mewujudkan hubungan pengurusan dan kerja dengan sektor dan unit lain. Misalnya, mewujudkan komunikasi secara konkrit menerusi sebuah jawatankauasa dengan sektor dan unit lain seperti Sektor pengurusan Sekolah, Unit Perolehan, Unit Aset dan Kewangan.
Sikap menunggu masalah dan baru diambil tindakan bukan kualiti pengurusan dan kerja yang baik. Sebenarnya, setiap proses dalam pengurusan dan kerja mesti menutup ruang isu dan masalah. Andai isu wujud selepas sesuatu proses pengurusan dan kerja dilaksanakan, itu bermakna wujudnya ketidakkecakapan dalam pengurusan dan kerja.
Tegasnya, sikap kekal dengan business as usual dan membiarkan isu yang sama terus-menerus berlaku memerlukan anjakan minda. Ya, sikap energetic dan keterujaan perlu bersama-sama dalam melaksakanakan tanggungjawab dalam pengurusan dan kerja. “Sesungguhnya, Allah SWT suka apabila seseorang hamba itu melaksanakan sesuatu kerja, ia melaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan itiqan”.
Wallahu’alam.
DR. MOHD AZAM B AHMAD PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA.


notes: Taklimat kepada PGB semasa cuti PKP
             melalui Telegram 8 April 2020