Monday, January 13, 2020

DILEMMA SEORANG YANG DI ATAS

Persoalan demi persoalan menyelinap diri ku. Semakin aku mendaki semakin aku keseorangan. samada aku meninggalkan atau mereka tidak mampu bersama ku mendaki. Dan akhirnya pabila aku sampai ke puncak..baru la ku sedari aku hanya tinggal seorang.

Sukar untuk aku menghadapi. Dalam ruang pekerjaan yang semakin mencabar ini tentunya cabaran terlalu banyak menekan. Aku keseorangan di atas..Pendakian karier ku tidak seiring dengan kehidupan ku di luar sana. Tiada siapa yng memahami diri ini. Tiada siapa yang bole kuletakkan kepercayaan....Namun, tak kan ku biarkan keseorangan ini membunuh cita-cita ku.

Itu hanyalah perasaan ku...aku hanya menilai dari pandangan ku...tidak! tidak...!!! aku bukan keseorangan. Disekeliling ku ada teman penguat semangat..ada pentadbir menjadi anchor ku..ada guru menjadi pendorong untuk aku terus kuat menerajui sekolah ini. Ada pekerja yang sering tersenyum menanti aku menegur mereka..aku ada segalanya..huhuhuhu... tekadang kala aku lupa..mereka lah yang mengisi kekosongan dalam hati ini..Merekalah penguat jiwa...

.




Anak-anak ku, kehadiran ku di sini memaksa untuk kau sedar dan bangun dari lena mu.. Mama tiada daya lagi untuk menjadikan engkau insan yang inginkan kejayaan. Hadirnya mama dalam bicara mama yang agak panjang tadi hanyala bertujuan memberi inspirasi untuk kau transform kepada yang lebih baik. Tiada yang mama mau..mama hanya maukan kau punya cita-cita. Kau punya impian untuk hidup senang di kemuadian hari.





Kau akan menghadapi SPM pada tahun ini..tak kan kau ingin habiskan kehidupan di sini menjadi sia-sia.. Sayang, hargai kehidupan kamu hari ini..kerana kehidupanmu selepas SPM merupakan kehidupan yang berpijak di dunia nyata..Pada ketika itu kau akan sendiri..tiada lagi mama melontar kata..tiada lagi kata nasihat dapat kau dengar dari bibir mama. Segala-galanya dah berakhir..Keluarnya diri mu selepas SPM  bermakna kita tidak punya pertalian lagi..cuma mungkin kau ingati mama sebagai seorang guru dan pengetua .

Sunday, January 12, 2020

DIRI


"Barangkali, siang hanyalah cara langit menghangatkan sepi. Selepas pagi, berlari dari gelap  yang sunyi. Meski nanti akhirnya kembali lagi; pada sepi"
                                                                                                                     Rohmatikal Maskur

 Diri

Sunyi terdampar di hati
Sekian lama terpenjara
dalam kerinduan yang amat
Pedihnya menusuk ke setiap pelusuk rongga.

Bicara yang  ada hanya tanpa suara
Menyelinap merobek ke setiap ruang kehidupan
kerinduan ini amat mendesak
dan keegoan mu berdiri teguh
melempar jauh terus 
ke sudut gelap yang tiada cahaya.

Tubuh ini tidak mampu lagi

 menggalas kesepian yang semakin bergetar 
irama sepi semakin berombak
memanggil-manggil nama mu
namun keegoan mu berdiri teguh 

aku terbungkam
tersedar 
tiada daya tuk ku ulit rasa 
tersekat dalam nafas yang tercunggap
membunuh segala harga diri
sakitnya teramat.

Airmata jua  memujuk mengusap

  mengubat seketika 
kerinduan yang terdampar
sepi tetap hadir dalam dendam yang tak terbalas
Nama mu masih di situ
 Ruang semakin sempit dan menyesakkan.

                                NorM   11 Januari 2020

SELANGKAH KE PERJALANAN YANG INFINITI

Tika aku mengikrarkan akujanji sebagai  pendidik,ia merupakan suatu amanah yang  kelak akan dipersoalkan. Samada aku  melakukan dengan rela atau terpaksa, amanah itu perlu dipikul dan aku adalah akauntable terhadap kemenjadian anak-anak murid ku. Kini telah menjangkau 33 tahun aku dalam perkhidmatan..dan masih gigih mengkotakan janji ikrarku.

Anak-anak ku, sejak aku menjadi pengemudi kapal di sekolah ini, aku telah melihat jatuh bangun kamu. Ada yang meneruskan perjalanan terus ke mercu gading. Ada yang terus meneruskan kehidupan menyambung legasi ayah ibu yang masih merangkak dan ada yang telah terdampar hanyut terus...Aku melihat semuanya penuh keinsafan.

Bagaimana aku dapat mengseimbangkan antara dunia dan akhirat?. Bagaimana aku menyuntik kerohanian kepada anak-anak ku yang pelbagai kaum dan agama? Bagaimana tika aku melangkah ke sekolah ini, aku melihat kekurangan yang perlu aku teguhkan?. Bagaimana aku menyatukan warga sekolah dalam membentuk pasukan yang mantap dalam membangunkan sekolah ini. Bagaimana aku melengkapkan prasarana dalam memberi kemudahan kepada semua warga?.

Andai ku hitung ku baca..sukar aku nyatakan bertapa segala-galanya tak pernah terfikir. Bersama ku sentiasa ada Allah. Tiada yang kebetulan...segalanya semua dalam perancangan Allah SWT. Aku tidak menjangkakan setelah 5 tahun berada disekolah ini. Kini aku telah dapat bernafas lega..Pada saat aku menghadapi murid yang seperti kehilangan ibu, yang kehilangan kasih sayang yang seterusnya memberi impak kepada keputusan akademik mereka. Aku berdiri teguh berbicara tentang cinta, mencurahkan segala kasih sayang disamping meneguhkan akademik dengan pelbagai program..Ku kuatkan barisan pentadbir dan guru...aku berbicara tentang keikhlasan yang tidak bole diukur tidak bole dipersoalkan.

Bagaikan kapal yang membawa muatan yang patut dibuang sahaja...ku jagai dan aku kemudikan perlahan-lahan dalam mengharungi lautan bergelora...sangat mencabar. Ya Allah, tanpa bimbingan mu tak mungkin aku dapat melakukannya. Engkau sentiasa memberi aku ilham bagaimana untuk aku menerajui sekolah ini.

Syukur alhamdulilah, tahun pertama saja telah mula dapat dirasai iklim positif ini...Tiba-tiba segala bantuan dan peruntukan datang..setapak demi setapak ku kembangkan fizikal yang kondusif. Guru-guru semakin berusaha ingin memajukan organisasi ini. Selaras dengan berkembang digital dalam pendidikan..aku terus tidak pandang ke belakang, ku perkenalkan eRPH..dan terkial-kial guru-guru
ku meletakkan momentum terhadap digital. Syukur alhamdulilah..seperti satu kebetulan aku dikurniakan 2 orang guru yang mahir dalam IT. Terima Kasih Faizal dan arwah Zaty.. kamu berdua telah memulakan dan seterusnya kita ke hadapan walaupun sekolah kita dihujung tanjung dan sering 3 terkebawah dalam pencapaian akademik. Namun dari segi pembestarian kita dalam kelompok 20 terbaik di Melaka... Kokurikulum kita juga mulai disegani.

Terima kasih semua..aku tetap akan meneruskan perjuangan ini sehingga hari terakhir aku dalam perkhidmatan. Doakan kita dalam lindungan yang esa.

Saturday, January 11, 2020

TERSEDAR DARI TIDOR YANG PANJANG

ASSALAMMUALAIKUM,

Ya Allah...the last post yang aku postkan bertarikh 27 Januari 2016. Wow!!! what happen?.
Aku seperti telah melupakan terus blog ku ini. Seperti ia telah terkubur tanpa nisan.
Selama 3 tahun ku biarkan blog ini kesepian dan selama itu juga aku tidak pernah ingin untuk menatap atau menulis...keinginan aku untuk bercerita telah terpadam tanpa ku sedari..Adakah ini puncanya.....

Namun tidak dapat ku sangkal lagi sebenarnya dalam masa 3 tahun...bukan kerana aku malas untuk menitipkan bicara..bukan aku kekeringan idea...bukan juga aku sudah muak menyusun kata...Masa ku terlalu penuh dalam membangunkan sekolah ku...

Selama 3 tahun pelbagai peristiwa suka duka pahit manis semuanya kurasai dalam menerajui kehidupan sebagai pengetua. Dan tika ini pada tanggal 12 januari 2020 aku seperti tersedar dari tidur ku. Tempat aku meluahkan segala rasa telah ku jejaki kembali. Betapa terharunya..perasaan ini seperti diketuk semula. Di sinilah tempat aku meluahkan rasa..tempat aku memberi semangat. Tempat aku mengisi kekosongan hati.

Airmata ini seperti tiada tertahan untuk mengalir. Tak ku sedari di sinilah tempat aku mengadu..Oh!tuhan.. Kau ketuk hati ku untuk menoleh ke sini. Dalam aku mencari-cari tempat pergantungan...rupanya di hadapan ini juga ku temui jalannya. Aku teralpa..dalam kesibukan mengurus kehidupan ku dan karier ku..aku membiarkan diri ku hanyut sehingga aku mencari sesuatu yang tidak menjanjikan kebahagiaan.

Secara jujurnya aku dilihat sebagai seorang yang berwatak dinamik..cekal..tabah dan kuat. Seorang yang menjadi contoh...menjadi ikon contoh dalam organisasiku..Apakah itu sebenarnya...Tuhanku..sesungguhnya aku sangat lemah..hati ku tak sekuat tubuh ku..Aku malu kepada mu, malu kepada orang bawahan ku andai mereka tahu aku adalah sebaliknya.

Ya Allah..kembalikan aku yang dulu. Aku wanita hebat yang sangat kuat..tidak seperti sekarang. Aku tidak mahu seperti sekarang. Tersangat lemah..hingga aku mencari insan untuk ku isikan kekosongan hati. Sehingga aku terluka yang amat sakit sekali..Berikan aku kekuatan dalam aku memecahkan tembok kesepian ini. Keegoan manusia menjadikan aku lemah..aku jatuh rebah dalam keegoan mereka yang mengambil kesempatan terhadap ku.. Bantulah aku ya Allah..untuk meneruskan kehidupan ku dengan tenang...

Wednesday, January 27, 2016

THE HEART OF TRANSFORMATION IS THE TRANSFORMATION OF THE HEART.

Pejam celik, pejam celik dah 27 hari kita melangkah ke tahun 2016. Sesungguhnya masa berlalu begitu pantas. Belum panas bulan Januari ini...Februari dah nak muncul. Hah!..dah gaji...senyum lebar terukir di wajah yang dah muram...Rasanya Januari ini satu waktu yang tersangat busy...masuk sekolah dengan macam-macam agenda. Tentunya sebagai tunggak dalam sebuah organisasi. Aku telah mempunyai perancangan dalam membawa kapal ku ke destinasi yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Segala visi dan misi yang telah ditetapkan oleh KPM perlu dilaksanakan di peringkat akar umbi.Semuanya tercatat dalam perancangan strategik sekolah. Perlu dilaksanakan bukan hanya cantik tercatat dalam fail untuk dijadikan penyendal pintu atau tuk disimpan sebagai bahan sejarah.
***************************

2016 merupakan tahun di mana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia masuk ke gelombang ke dua. Gelombang kedua ini memerlukan kita sebagai pendidik melakukan transfomasi untuk kebaikan dunia pendidikan. Kita tidak boleh berada dalam comfort zone lagi. Melihat sahaja apa yang berlaku di hadapan tanpa memberi respon terhadap apa yang berlaku.

 THE HEART OF TRANSFORMATION IS THE  TRANSFORMATION  OF  THE  HEART.

 Untuk kita menjayakan inisiatif PPPM, bukan sahaja anjakan minda dan cara kerja perlu berubahtetapi hati dan jiwa juga perlu kita halakan ke arah kiblat yang sama.

MEMAHAMI TAGLINE DATO’ KPPM:

 SIRE-EURO

(Strong Impelementataions, Rapid Executions – Excellence: Ultimate Reach of an Organization)
                                           Pelaksanaan Yang Mantap, Tindakan Yang Pantas

SIRE-EURO perlu difahami kerana apabila kita faham maka perlaksanaan sesuatu program dapat dilaksanakan dengan mantap dan tindakan juga dapat dilakukan dengan pantas tanpa menunggu arahan.
1.Kejelasan (Clearity) semua pihak mesti jelas mengenai apakah peranan mereka dan apa yang diharapkan daripada mereka dan hasil daripada rancangan.

2.Komitmen ( Commitment): (There must be buy in of the project by the users and everybody else along the line. Semua perancangan memerlukan komitmen daripada pihak perancang hingga kepada pihak pelaksana.

3.Terjemahan (Translation): Dari fasa rancangan hingga ke fasa pelaksanaan, mesti ada penerangan yang jelas mengenai pelan pelaksanaan melibatkan orang, platform, alatan, sistem sokongan dan pembiayaan.

4. Menjadi Pemangkin (Enablers): Mesti ada sistem sokongan yang mencukupi untuk membolehkan program dapat dilaksanakan.  Pemudah biasanya adalah teknologi dan alat-alat yang diperlukan untuk melaksanakan program tersebut.

5. Synergi (Synergy): Mesti ada sinergi antara pelbagai pihak yang melaksanakan projek.

6. Akauntabiliti (Accountability): Akauntabiliti bukan sahaja menjurus kepada pelanggan kita, tetapi juga terhadap satu sama lain dalam pasukan

Ke enam perkara di atas perlu difahami dan dihayati. Sebagai pejawat awam kita tertakluk kepada perkara-perkara yang menjadi dasar. Kita perlu akur dalam arahan sekiranya kita mahukan PPPM dapat mencapai matlamatnya. Sebagai pendidik pula kita perlu melaksanakan dengan kesungguhan yang tidak berbelah bagi agar generasi pada masa akan datang dapat menghadapi cabaran globalisasi dengan penuh keyakinan serta mempunyai jati diri yang tinggi. Penguasaan anak-anak kita dalam ICT, sains dan teknologi memberi mereka peluang untuk bersaing di peringat global kerana zaman mereka pada masa akan datang adalah dunia yang berbeza dengan kita sekarang. Jadi tanggung jawab kita sebagai pendidik memberi seberapa banyak kemahiran bagi melengkapkan mereka menghadapi masa depan. Oleh itu sebagai pendidik kita tidak boleh di tampuk lama. Perubahan perlu dilakukan segera. Pendidikan alaf baru perlu dilaksanakan dan sehubungan dengan itu kita perlu berubah ke DUNIA ICT DAN ONLINE. Untuk berubah....hatila yang perlu diubah.




Wednesday, December 30, 2015

"MENDIDIK DARI HATI, PENUH INTEGRITI'


NORSIAH BINTI MASDAR
Pengetua
Sekolah Menengah Sultan Mansor Shah
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ومغفراتحو وريذوانهو
Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuhu
wamaghfiraatuhu waridhwaanuh
“Semoga keselamatan dan kesejahteraanNya, juga rahmat dan barakahNya serta ampunan dan kemuliaanNya dicurahkan oleh Allah SWT kepadamu.”

Tahun 2016 semakin menghampiri...tentunya aku semakin sedar usia kita semakin bertambah. Syukur alhamdulilah aku diberi kesihatan serta mampu untuk menerajui organisasi dalam keadaan fizikal dan mental yang sangat mengizinkan. Pertama kali aku ingin mengucapkan selamat tinggal 2015 yang penuh dengan kenangan yang manis dan pahit.. namun demikian kenangan itulah yang menjadikan aku lebih matang dan bisa menjadikan aku pemimpin yang dihormati dan disegani.

"MENDIDIK DARI HATI, PENUH INTEGRITI" itulah Tagline Pengarah Pendidikan Melaka yang baru, Tn Hj Abu Bakar Bin Sahari. Tertarik dengan tagline ini dalam amalan kita sehari-hari..ingin ku kupaskan pengertian tagline ini. Mendidik ku umpamakan seperti menjaga, memelihara bukan sahaja orang lain tetapi kepada diri kita sendiri...didiklah diri kita...hati kita kerana apabila sesuatu pekerjaan itu dilakukan dari hati yang penuh keikhlasan, penuh kasih sayang maka akan terbit ketelusan yang tidak berbelah bagi. Natijahnya segala yang dilakukan akan menampakkan kesungguhan dan kepercayaan kepada diri dan kepada orang lain. Seterusnya pekerjaan kita akan diberkati oleh Allah SWT. Sebagai seorang pendidik...tentunya keikhlasan mendidik itu tidak dapat dinilai dianalisis dengan mata kasar... hanya kita yang mengetahui sejauh mana kita mendidik dengan penuh tanggung jawab dan komitmen. Oleh itu ajarlah diri kita untuk mendidik anak-anak bangsa kita dari hati yang bersih penuh dengan integriti. In sya Allah, dengan usaha yang bersungguh-sungguh keluarga kita akan diberi kemudahan dalam kehidupan...rumahtangga yang bahagia, anak-anak yag berjaya dalam pelajaran dan kehidupan dunia dan akhirat.

Dalam era globalisasi ini, banyak perubahan yang perlu kita lakukan. Dengan bahang kepesatan di bidang pendidikan  menuntut kita sebagai pendidik untuk lebih peka dan menguasai teknologi serta pengetahuan baru sesuai dengan perkembangan semasa sekali gus merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang kini berada dipermulaan gelombang 2 (2016-2020). Selari dengan aspirasi dan harapan ibu bapa, pelajar, masyarakat dan negara pada zaman millennium ini terhadap institusi sekolah, memerlukan kita banyak berkorban dalam pelbagai aspek.

Di samping itu warga pendidik juga brtanggungjawab melaksanakan tugas yag diamanahkan dengan penuh tulus dan bekerjasama dalam menentukan halatuju dan kecemerlangan sekolah. Kejujuran dan keikhlasan menjadi tunjang kepada guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam suasana ceria dan gembira sehingga menimbulkan keseronokan pelajar menimba ilmu. Jika kita mengambil peranan masing-masing kita dapat membentuk dan melahirkan pelajar cemerlang yang seimbang, terutama sahsiah dan tingkahlaku insan bertakwa dan berbudi timur.

Inilah hasrat ku, harapan ku yang tak putus-putus mengharapkan guru-guru ku menghayati tentang mendidik dari hati dengan penuh integriti. Semoga doaku diberkati dan diberi kekuatan untuk aku terus membimbing dan membawa sekolah ku ke wajah yang lebih cemerlang dan dihormati. Semoga kita warga Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor Shah dapat merealisasikan kejayaan anak didik kita .

"MENDIDIK DARI HATI, PENUH INTEGRITI'


SELAMAT TAHUN BARU 2016



Sunday, November 22, 2015

TITIPAN BUAT BAKAL PEMIMPIN

     Semalam merupakan hari akhir persekolahan bagi tahun 2015. Kini hampir satu setengah tahun aku berada di sekolah ini. Dalam kesibukan mengurus sekolah, masa berlalu begitu pantas sekali.Dalam satu setengah tahun ini aku belajar banyak perkara. Menjawat jawatan yang tertinggi di sebuah sekolah bukan lah satu kebanggaan atau perkara yang  dirasakan istimewa. Usahlah bermimpi akan keindahan dalam memegang jawatan ini. Apabila masuk sahaja ke jawatan pengetua, jangan lah kau tangisi dan kenangi masa lampau mu...tiada yang tak beranjau...banyak yang menyesakkan dada dan memeningkan kepala. Bayangkan dari rumput hinggalah ke bumbung bangunan...semuanya dalam pemikiran kita. Belum masuk tandas pelajar yang sentiasa perlu diselenggara dan bla bla bla...yang tak pernah habis...

     Masuk sahaja ke pintu pagar dan melapor diri...di situla bermulanya perjalanan hidup seorang pengetua. Maka segala perkara yang telah dipelajari menjadi rujukan bagi meneruskan karier dan memertabatkan profesion pendidikan. Dalam mengurus sekolah, 9 kompetensi bagi seorang guru besar dan pengetua perlu diambil perhatian. Andai salah satu tertinggal...maka akan pincang la pengurusan kita. 9 kompetensi pengetua Malaysia adalah berdasarkan aspek kualiti peribadi, pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, pentadbiran pejabat, persekitaran dan kemudahan fizikal, sumber manusia, dan perhubungan luar,

     Lihatlah betapa banyaknya kemahiran yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.
Namun mengurus sekolah seorang diri bukanla layaknya aku...kerana aku tak mampu bergerak sendirian.

      Benarlah seperti yang di maklum...kita adalah pemimpin...pemimpin yang berkesan berupaya membawa sekolah kepada landasan yang betul. Yang penting cabaran yang sangat menekan yang menyiksa kehidupan kita dapat kita atasi dengan tabah.

     Kepada bakal-bakal pemimpin diluar sana...fahamila...apakah tujuan kita berada di tampuk ini. Andai kelian hanya mengejar pangkat dan glamer...berundurla...kerana meneruskan kerjaya dengan niat demikian merupakan satu dosa kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain terutama kepada anak bangsa kita...malah juga berdosa kepada negara,

     Kepimpinan yang dinamik penuh integriti akan membawa kepada kemenjadian pelajar bukan sahaja dari segi akademik namun juga kepada kecemerlangan sahsiah dan kokurikulum. Seorang pengetua perlu menjadi kapten dan membawa guru-guru, staf sokongan dan seluruh warga sekolah kepada destinasi yang jelas.