Friday, January 24, 2020

LA TAHZAN


Dalam hidup ini, kita tidak dapat lari dari menghadapi masalah.  Kita sering merasai diri kita tidak di hargai.. Maner tidaknya, kau beria ia mengasihi seseorang. Kau beri segala kasih sayang sepenuhnya kepada orang yang kau cintai. Kau berkorban apa sahaja untuknya...Namun alangkah dukacitanya dia tidak langsung memberi respon kepada diri mu, Kau langsung tidak dipeduli...

Tentunya perasaan kecewa yang teramat akan kau rasai. Rasa tidak berguna malah rasa terhina. Apa yang perlu kau buat bagi mengatasi masalah ni.Wahai sahabat...usah kau tangisi pada yang tak sayang. Usah kau harapkan kasihnya kerana mungkin sememangnya dia bukan milik mu. Dan jika dia milik mu...dia tetap akan kembali kepada mu satu hari nanti.




Sahabat...
pejam mata mu...
 renung ke dalam minda mu ..
 Airmata bukan pengubat sendu mu
 rintihan tak dapat membalut luka
lalu meraung lah
biar suara mu dapat didengari disetiap ruang
agar dendam terungkai
nadimu yang terhenti seketika.
dapat bernafas lega.


La tahzan
Kedukaan ini hanya sementara
kau teruskan hidup mu dengan keyakinan
Percayalah..masih ada yang sayang
masih ramai yang akan membantu mu
 meneruskan perjuangan hidup.
ini bukan mimpi
Jangan kau bunuh cinta ini
Rasa itu tak akan mati kerana kami ada bersamamu.

Move on sahabatku
Walau sukar kau lelapkan mata
Walau nafas mu tersekat dimamah kelukaan
ia hanya khayalan ngeri
yang menyiksakan
tika kau teralpa
namun sedarlah sahabat bila kau terjaga
kau kembali ke dunia realiti

Tumpasnya kali ini
bukan untuk terus jatuh
bukan untuk terjelepuk meratap
Maruah  tetap dipertahankan
demi darah yang mengalir
dalam tubuh yang kental
walau dihadapan masih kabur

bangun sahabat ku
dengan semangat baru
Move on move on...
anggap cetera semalam satu dari sejarah yang kau ukir
untuk kau pahat dalam kenangan silam
Kau tak pernah silap dalam pertaruhan
Cinta itu hanya rasa
sangat agung
usah kau menghitung kesilapan
kerana kita manusia tidak sempurna
sentiasa terlupa
move on.... move on...

Andai kau kejar, dia tetap berlari
Andai kau tersungkur,  dia tetap berlalu
andai kau berbicara
dia tetap membisu
bagai cendana yang kaku
menusuk hati yang sememangnya layu
move on..sahabat ku
move on

Kesat air mata itu
teguhkan dada mu
berjalanlah dengan penuh gaya
dalam kerinduan doa tahjud 
dalam sujudmu yang tertinggal
dalam kesyahduan hati mu...
Tuhan masih ada.


                                                                               NorM 24 Jan 2020


Thursday, January 23, 2020

DOA MAMA IRINGKAN (2)



Hujung minggu ni agak santai sikit. Agak bosan sebab biasanya hari-hari biasa jadual ku terlalu padat. Aku mengambil peluang untuk menghubungi semua anakanda ku termasukla bakal menantu ku. Aduh! rindu pada mereka. Sejak dah besar ni, jauh di sudut hati ku aku kesepian. Kalau dulu aku macam burung kakak tua yang tak berhenti berkata-kata. Kadang kala aku jadi tarzan. o o o rah.............

Namun itu dulu.... kerinduan ku pada hiruk pikuk keletah mereka.Allah saja yang tahu. Anak ku... Doa mama sentiasa mengiringi mu walaupun kadang kala kamu terlupa pada kami. Sentiasa di hati ini aku meredhakan segala yang kau lakukan. Akan ku buang segala perasaan tak puas hati atau rasa terkecil hati pada mu kerana aku tidak mahu kau menjadi anak derhaka. Ku singkirkan segala perasaan itu demi kebahagiaan mu dunia dan akhirat.


Anak-anak ku, Mama berdoa kelian diampunkan dosa, diberi kesihatan yang baik sepanjang hidupmu, menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, baik budi pekerti, lembut tingkah laku, cemerlang dalam pelajaran, pekerjaan dan kehidupan. Semoga bahagia anak ku.....


 Ini merupakan bingkisan mama yang pernah mama postkan pada 10 JUN 2012.

Hari ini anak ku..
Dari 5 anak ku yang sering berada disekeliling ku..kini seorang pun tidak lagi bersama ku.  Mama merasai kehilangan, jerit pekik mama membangunkan kelian  dari tidur tiada lagi..mengetuk dan menendang pintu subuh-subuh terlajak tidak kedengaran lagi. memekak tentang kemalasan setiap dari kamu tiada lagi menjadi cerita. Mengarah kelian membantu mama juga tiada terarah. Sunyi sangat..kosong..bisu tanpa suara. Hanya kedengaran cicip burung pepagi hari...hentakan kelawar di malam hari kedengaran sayup..memecahkan hening malam.  Angin yang agak rakus menyelinap ke rongga pintu menghasilkan nyanyian yang mengharukan...Anak-anak ku..mama merindui kelian..sangat merindui. Walaupun whatapps, video call pengganti diri..namun kehadiran kelian itu sangat bermakna.

Abang,
Tentunya abang lah penguat mama. Sejak dulu lagi abang menjadi kebanggaan mama. Mama melihat potensi abang dari sejak abang kecil lagi..Dengan mulut yang sering membisu..kepala otak abang berligar mencari peluang. Tahniah atas pencapaian mu. Kamu telah menjadi ikutan adik-adik mu. Contoh yang kau tunjukkan satu kejayaan dunia dan akhirat. Memang kau tidak "perfect" namun kau telah menunjukan suatu yang seimbang dunia dan akhirat. Alhamdulilah dalam usia 28 tahun kau telah dapat mengerjakan haji dan umrah. Abang..tak termimpi sejauh ini perjalanan mu. Kadang kala mama sendiri terjelepuk dalam kehidupan namun kau bantu mama untuk bangun dan berjalan yakin dalam kehidupan yang penuh duri ini.  Dalam usia yang masih muda ini kau telah memegang tampuk yang tinggi dalam organisasi mu..Terima kasih kerana hadiahkan kereta kepada mama..kau memang ummph laa.. Mama doakan abang akan sentiasa dalam lindungan Allah SWT
  


Adik,
Membesarkan mu sangat mencabar nak..namun mama tahu kau sangat istimewa di hati mama. Kau sangat comel semasa kecil. Selalu menjadi pujian orang ramai. Kau sangat 'loud' dalam kata-kata pabila kau meningkat remaja. Kau jadi rebel dalam semua perkara. Kau tegakan diri mu..keras hati..kau marah bila di bandingkan dengan abang. Mama la sering menenangkan mu..namun kau selalu kata mama memandang abang sahaja. 

Adik..mama faham andai adik katakan demikian. Perbezaan yang sangat ketara dari segi sikap dan tingkah laku. Malah dari segi usaha dalam pencarian ilmu juga...jurangnya terlalu jauh anak ku...Namun mama percaya kau akan berjaya dalam bidang mu.. Mama merasai kerana kau adalah kembar mama dari segi rasa dan persepsi dalam hidup. Tak siapa tahu adik.. kau adalah kehidupan mama. Kau lah menjadi saksi kedukaan mama..kau melihat kepedihan hidup mama..kau merasai apa yang mama rasai. Kini kau pula rasai kepedihan itu. Derita mu hanya kau rasai.. Alhamdulilah adik..kau dapat bertahan..dan bertahan. Tika kau tersungkur..mama disisi mu..mama setia bersama mu sebab mama percaya kau akan bangun tegak dan tak akan berundur ke belakang.Doa mama supaya adik terus dengan perjuangan adik...mama sentiasa ada di sisi adik dalam susah dan senang. Kau masih hansem seperti semasa kau kecil.


                                                     Ajiq... kau lah anak yang steady selalu. Hidup di penuhi dengan layanan yang tip top. Kau happy go lucky. Bagi mu semua tak ada problem. Mengambil masalah sebagai biasa dan tak perlu difikirkan. Kau jadikan pengalaman sebagai guru mu. Kau jadikan abang ikon kejayaan yang mana perlu kau capai. Kau jadikan abang adik sebagai guru hidup mu. Kau sangat rasional dalam kehidupan mu. Mama tak pernah risau tentang hala tuju hidup mu. Kau tetap manja dengan mama. Kini kejayaan telah kau capai. Mengapai ijazah kelas pertama merupakan usaha gigih mu.. kau pandai melihat kekuatan mu. Mama bangga kau pandai menilai..anak ku. rezeki yang kau peroleh apabila kau diterima bekerja dengan PETRONAS DIGITAL suatu yang di luar jangkaan. Semoga anak ku..kau berjaya dalam meneruskan cita-citamu. Tiada yang mustahil jika kau positif . Attitude mu dalam hidup mama sangat  suka...JIMAT/SAVING motto mu...wehhhh..hahaha tapi jangan lokek dengan mama yer...

Kakak Pina, hadirmu dalam hidup mama adalah pelengkap. Tak pernah termimpi akan memiliki mu..Kau membawa kegembiraan dalam keluarga kita. Di ketika mendung kelabu menyelubungi keluarga kita..di kala gempita melanda ..di ketika badai menghempas kau hadir dan meredakan keadaan. Ajaib..Allah menghantar mu dalam kisah penuh rahsia..memberi aku ruang untuk melihat akan kebesaran mu Tuhan.
Mengimbas kembali 19 tahun lalu..di ketika kau lahir..mama dengan linangan air mata mama menqamatkan mu. Mama sapukan air zam zam ke bibir mu..mama rasakan kurma dimulut mu.. Aduhai... kakak..tika itu satu rasa yang sangat luar biasa menyerang tubuh mama. Adakah ini illusi..Tidak..ini bukan mimpi..wajah mu yang putih bersih..rambut mu yang hitam..kau sangat mulus tika itu. Air mata kesyukuran jatuh bertitisan...satu rasa yang hanya mama seorang yang tahu. Ya Allah kau anugerahkan aku seorang permata...


Dik Sor..kau lah penyambung legasi ku. Kau anak gadis yang sangat kuat dari segi fizikal. Memenangi Tekwando beberapa kali di peringkat kebangsaan dan Asia amat mengagumkan mama..
Dari segi pelajaran kau juga cemerlang. Mendapat straight A dalam SPM adalah dijangkakan. Kau memang rajin. Sikap terhadap pelajaran tidak pernah mengecewakan. Kau adalah bayangan mama. Sangat kuat namun rupanya hati mu kadang-kadang rapuh juga.. Hihihi..nama pun anak mama..seperti mama..tiada bezanya..nampak sangat kuat, tabah namun hati ada macam-macam taman..taman astanaloka, taman bunga dan taman impian..
Dik Sor..teruskan untuk menjadi pendidik yang sentiasa ingin memajukan anak didik. Kamu la yang kelak akan membentuk negara Malaysia. Jadi guru yang dihormati, disayangi dan sentiasa berfikiran terbuka dalam semua hal. Doa mama dik Sor akan dapat jodoh yang baik dan yang mampu memberikan dik Sor ketenangan dan kemewahan....

PENYAMBUNG LEGASI MAMA 


Monday, January 20, 2020

GLOOMY SUNDAY






Gloomy Sunday

From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to navigationJump to search
"Gloomy Sunday" (HungarianSzomorú vasárnap), also known as the "Hungarian Suicide Song", is a popular song composed by Hungarian pianist and composer Rezső Seress and published in 1933.
The original lyrics were titled “Vége a világnak” (The world is ending) and were about despair caused by war, ending in a quiet prayer about people's sins. Poet László Jávor wrote his own lyrics to the song, titled Szomorú vasárnap (Sad Sunday), in which the protagonist wants to commit suicide following his lover's death.[1] The latter lyrics ended up becoming more popular while the former were essentially forgotten. The song was first recorded in Hungarian by Pál Kalmár in 1935.
"Gloomy Sunday" was first recorded in English by Hal Kemp in 1936, with lyrics by Sam M. Lewis,[2] and was recorded the same year by Paul Robeson, with lyrics by Desmond Carter. It became well known throughout much of the English-speaking world after the release of a version by Billie Holiday in 1941. Lewis's lyrics referred to suicide, and the record label described it as the "Hungarian Suicide Song". There is a recurring urban legend which claims that many people have committed suicide while listening to this song.[3]

Bagi diriku lagu ini merupakan lagu yang aku suka..malah tika aku kemaruk mendengar lagu ini berulang kali pada tahun 2015. Namun tiada sesiapa yang mengetahui...bahawa ketika lagu ini aku hayati sebenarnya ketika itu aku dalam saat-saat berduka...Siapa pernah memahami dan kini dejavu saat kedukaan itu berulang kembali.
Siapa yang memahami...nobody..tiada ...kosong
Teman..jom masuk ke dalam getaran piano ini...hanya yang merasai dapat merasakan...kesakitan..kekosongan....💔💔


Sunday, January 19, 2020

Poems/ Quotes Untuk Move On



Pabila aku berada dalam keadaan yang celaru. Aku memerlukan sokongan  untuk aku moved on. Untuk mengadu kepada insan lain adalah suatu yang amat sukar. Manusia sangat judgemental dan akan menjadikan aku lebih kelabu dan keliru..Oleh sebab itu aku perlu mengambil inisiatif sendiri bagi mencari kekuatan. Bagi memberi semangat untuk tegar menghadapi kekecewaan dan kedukaan. Kekusutan dalam diri ini tidak perlu dicanang atau dikongsi kepada sesiapa pun. Biarlah ku ubati sendiri..Ku pegang dengan kesabaran waktu...mengharapkan Allah sentiasa memberi ketenangan dalam meneruskan kehidupan sehingga nafas ini berakhir.


God has bigger plan
and one day you will say that:
Oh! my god, that is why god has chosen me

There will be haters,
There will be nay sayers,
There will be disbelievers
and then
There will be you
proving them wrong.

######

This life is a test and a trial
and tests our trials
I never supposed to be easy
so when you're expecting are from life
and life gives you lemons
then you make the lemonade, 
and then do not blame life for that
because you were expecting ease from a trial
Trial make you stronger a better person
Life is trial

#######

It is okay to be scared
It is okay to cry
Everything is okay, but giving up
should not be an option.

They always say that failure is an option
Failure should be an option because
when you fail, you get up, and then you get up,
and that keeps you going
That's how humans are strong.

#######

In all those imperfections
You have to listen to your heart
You don't have to look for good people
You don't have to be perfect just
because other people want you to be perfect.
If your soul is perfect from within
that's all right.
This is all what you want
This is all what you need to be.

#######

Be grateful for what you have
and you will always, always
end up having more.

but if you'll cry, and if you'll
crip for the little thing that
you don't have or the things that you have lost
You will never ever have enough.

#######

Everytime I go in public,
I will smile
It's always have a big smile on my face.

I have stopped worrying about the
things that i have lost,
The people that I've lost
things and people who were meant
to be with me are with me
and sometimes somebody's absence
makes you a better person.

Cherish their absence
It's always, it's always a
blessing in disguise.

########


Live your life fully
Accept yourself the way you are
be kind to yourself
be kind to yourself
and only then you can be
kind to others
love yourself and spread that love


Life will be hard
There will be turmoils.
There will be trials,
but that will only make you stronger.
Never give up
The real happiness doesn't lie
in money or success or fame
Real happiness lies in gratitude
so be grateful, be alive
and live every moment.

#######

THE BREATH THAT YOU JUST TOOK WAS A BLESSING
EMBRACE IT
EMBRACE EACH, AND EVERY BREATH THAT YOU ARE LIVE IT.



Friday, January 17, 2020

DEMI HATI KU



Kadang kala sesebuah karya merupakan kisah yang dialami oleh penciptanya. Karya tersebut juga merupakan kisah yang sama berlaku dengan kehidupan orang lain. Itulah yang menyebabkan karya itu dekat dengan yang mengalami peristiwa tersebut.

Dalam hidup ku ia tidak terkecuali...Sukar untuk lari dari kebetulan. Seolah-olah lagu ini menceritakan segala-galanya...Demi Hati Mu, aku tak pernah ingin melepaskan mu.Telah ku nyatakan bahawa kasih ku begitu teguh..setia ku tiada penhujungnya.. Aku tidak mahukan perpisahan kerana aku masih ingin kasih dari mu,,

 Kerinduan pada mu sering kau abaikan. Aku cuba berkali-kali  tuk menyatakan kasih ku yang amat mendalam. Namun tidak kau peduli...ingin ku lepaskan kau dari hidupku namun tiada dayaku....Aku tetap bertahan..bertahan sehingga melukakan ...menyakitkan aku. Kerinduan ini mungkin kau akan sedari setelah aku tiada lagi disisi.Itu lah harapan ku..mengharapkan kau sedar supaya hubungan ini berpanjangan.

.Setakat ini aku tetap bertahan demi cinta ini..setia dalam mengasihi mu. Cinta ku teguh dan tiada penghujungnya...Bila mungkin kau akan menyedari akan  setiaku menyayangi diri mu...Sampai bila aku kan bertahan...Demi Hati Ku...



Sampai bila aku akan bertahan..😢



Thursday, January 16, 2020

CURAHAN RASA




Aku tetamu
pencarian mimpi
menerima sapaan mu 
rona-rona ceria
melewati kolam rasa
dalam waktu yang tak terduga

Laungan pengharapan
simpati menjadi debunga cinta
memercik kasih yang dalam
penyerahan mutlak
mematikan kebenaran yang terlarang

Tiba-tiba
angin dingin menyentuh hambar
meniup hati yang membara
kolam rindu
tidak lagi berombak beralun
harum semilir tidak lagi terhidu
hati direndam onak dendam
debar getar
penunggu setia

Barangkali
jiwa remaja
tidak mampu membaca dan mentafsir
kelopak-kelopak kasih
penuh keikhlasan
remeh untuk disantuni

Ku runtuhkan tembok itu
ku pecahkan batu-batu
menjadi permata 
hamparan analisis
mendewasakan
pencarian kehidupan yang sementara


                                                             NorM 16 Januari 2020

Tuesday, January 14, 2020

PERKHABARAN IMAN AMAL DI PAGI HARI


Perkhabaran Iman Amal 


Suatu pertanyaan
muncul bagai terancang
mengingat kepada Allah yang Esa

Di setiap pagi menyinar
panggilan mu tiba
Subhanaulah
dengan doa
aku dalam rahmat yang satu
perkhabaran iman amal kau lontarkan
mengejutkan aku
menyentap aku dari lena

Aku tak mengerti
pertanyaan iman amal tak pernah dipersoal
tiba-tiba terus menerus datang ke pintu hati 
meletakkan aku di persada penuh hormat
penghargaan yang tak pernah aku dambakan
setiap kali kau hadir di pintu maya 

Engkau berbicara tentang seni
sedangkan aku hanya insan biasa yang sering teralpa
meletakkan pengharapan yang melangit
berbicara tentang visual dan keindahan
kepada guru dan anak-anak didik
Alangkah kerdilnya aku

Salam iman amal 
menjadi rutin kehadirannya
mendekatkan aku kepada yang satu
Apakah ini satu peringatan
datang membawa rahmat
membawa hijab diri
menelanjangkan kepuraan
menyingkap dosa-dosa


Setiap kali kau hadir 
dengan perkhabaran iman amal 
kau doakan dengan kasih
  aku dalam rahmat yang penyayang

Ya Allah!!!!
Apakah ini perancangan MU
Diketika aku lemah
hanyut
terbuai dengan angan fana
kau hadir
 mendoakan kebahagiaan ku
mengetuk hati untuk bangun dari mimpi

 Hidup ini penuh drama
hidup ini penuh sandiwara
hidup ini penuh dosa
kebenaran dan kebathilan
namun aku tak pernah berpaling 
sujud kepada MU

Seperti satu panggilan 
untuk aku kembali
ke realiti kehidupan
 Perkhabaran iman amal 
mencetus penghijrahan ku


                                                                               NorM   14 JANUARI  2020